Pesawat, Van dan Slave

6
11:25 PM
(I)

"Mana dia kapalterbangnya?" tanya mak aku. Di atas lapangan sana, terdapat juga sebuah ATR 72-500 yang sedang memuatkan manusia-manusia kerdil ke dalam perutnya.

"Tu ha, yang baru sampai tu." tunjuk aku pada satu lagi pesawat Airbus muatan tak sampai 200 orang.

"...yang terhempas tu ke? Kaler macam sama je!" gulp, serta merta aku telan liur. Tapi rasa macam tersekat di celah kerongkong, seolah-olah air liur aku dah bertukar jadi ketulan air bergerigi kasar.

Hehehe, ini la first time mak aku naik flight. Walau pun jarak perjalanan cuma mengambil masa 30 minit je. Masa sampai kat airport tu, sempat jugak la aku ajar cara-cara nak check in (kalau bukan beli online atau on the spot kat kaunter), mana lorong nak masuk, kat mana nak check-in dan masukkan lugage walau pun aku tau mak aku ni kalau datang rumah aku memang jarang bawak beg besar. Lepas tu aku siap tunjuk kat mana nak tengok sama ada dah boleh masuk dalam departure hall atau belum.

Comel siot. Hahahaa... Lebih-lebih lagi bila aku bagitau
dalam flight kena matikan telefon. Flight pukul 12:50 tengahari, tapi dia terus matikan telefon dia masa kat rumah lagi, sebaik je aku pesan.



(II)

Susah gila nak cari Case G sekarang ni. Kat KL tak jumpa, kat JB ni pun takde jugak.

Yang jadi mangsanya hari tu adalah adik aku. Sekejap-sekejap aku suruh singgah kat 7eleven dalam perjalanan ke airport. Sebelum tu ke Giant, dan aku la pelanggan pertama yang masuk. Kalau ikutkan hati, nak je aku suruh dia berhenti kat AEON atau Tesco jugak.

Tapi memandangkan time tu dia tengah drive sambil dukung Raina, dengan gear manual lagi, cukup-cukup la setakat berhenti tiga tempat je.

Nasib baik bila masuk ke dalam bangunan terminal, aku nampak satu kedai buku MPH. Apa lagi, serbu la.

Walau pun kat depan kedai tu ada buat sale buku-buku sampai 15%, itu masalah kemudian. Masuk dalam, cari barang bertayar dulu.


Memang takde apa yang menarik pun. Aku beli van ni sebab ini salah satu varian yang sefamili dengan $uper TH yang aku dapat hari tu. Agak rare sebab ni first time aku jumpa.

Buku tu? Ada tiga sebab aku beli.

Pertama, harga asalnya yang mampu milik pada aku iaitu RM19.90. Masa tu ada satu lagi buku tajuknya Monk... Monk entah apa entah! Lupa pulak. Tapi buku tu menceritakan tentang seseorang yang berjaya dalam hidup, tapi sanggup meninggalkan kesenangan dia semata-mata mahu mencari ketenangan. Caranya, dia jadi seorang sami. Hmm, menarik tu... Takpe, lain kali je la.

Kedua, sebab ada diskaun 15% tu tak kira la sama ada pembeli tu kacak atau tidak. jadi, bila beli buku kat sini secara automatik aku akan rasa sama level dengan orang-orang kacak yang lain.

Ketiga, dulu aku terlepas nak tengok filem ni. Nak cari dvd dia pun dah agak mustahil rasanya. Jadi, aku angkat je la tanpa fikir pendek.

Hehehe, sekian. Assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. Eh. Pinjam.
    Perangai mak mmg comel. Walaupun anak2 xcomel. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pinjam apa. van tu? cari sendiri la...

      Delete
  2. sempat lagi memancing 4 tayar tu :-)) ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempoh balik JB paling sekejap. sempat-sempatkan la jugak...

      Delete
  3. Orang tua-tua zaman sekarang lebih berani dari orang tua-tua zaman dulu. Sekali cakap dah paham. Dua kali cakap lebih pandai dari orang muda...

    ReplyDelete