Beberapa Hal Terpilih Dalam Sehari

15
12:56 PM
SATU

Serious shit, mee goreng yang aku makan tengahari semalam sebelum solat Jumaat adalah mee goreng yang paling sedap aku pernah jamah. Aku yakin, sesiapa yang bukan kaki mee goreng pun akan setuju dan secara automatik akan bagi pendapat yang sama macam aku. Sedap, sangat sedap. Kena pulak bila perut tengah kebulur...

Dan dengan ini, sesiapa yang nak makan mee goreng mamak tapi bukan di restoran mamak boleh la datang ke sini. Tempatnya di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Nama restoran tu adalah Restoran Sri Bistari KK, terletak di Jalan 7/7C. Ala taip je nama jalan ni kat Google Map tu, mesti jumpa punya.

Tapi kalau tak tau, boleh la ajak aku. Aku boleh tunjukkan jalan tapi dengan syarat, kena payung siap dengan teh ais sekali.

***************

DUA

Begitu fokus aku dengan hidangan depan mata, ditambah pulak dengan teh ais mantap di waktu tengahari yang panas terik. Seolah-olah aku tak mahu diganggu oleh persekitaran.

Suapan pertama, sangat lazat. Rasa macam tak cukup je.

Suapan kedua, membuatkan aku sedar akan kenikmatan dunia pinjaman Tuhan.

"Assalamu 'alaikum, bang. Maaf ganggu. Mintak masa sekejap..." aku didatangi seseorang dari depan yang mana aku perasan akan kehadiran dia di restoran tu sejak awal lagi. Bergerak dari meja ke meja, bertemu dengan hampir setiap pelanggan yang tak ramai tu tanpa sebarang hasil.

Ya, aku rasa sedikit terganggu bila baru dua kali suap dah kena tegur. Mujur dia datang dengan cara yang elok dan bersopan, dan dengan tujuan untuk mencari rezeki. Kalau la yang datang tu adalah pegawai kastam nak buat penerangan pasal kebaikan dan keindahan GST di dunia dan akhirat, memang confirm dia akan masuk ICU dengan perut masih tertusuk garpu!

"Berapa ringgit ni?" belum sempat dia menghabiskan ayat, aku dah bertanya soalan akan harga DVD selain senaskhah buku berkulit keras. Kedua-duanya adalah berkenaan sirah 25 orang Rasul.

Sengaja aku potong cakap dia awal-awal sebab aku memang dah jangka akan apa yang bakal dia katakan. Sebab dulu masa cuti semester pun aku pernah kerja macam ni. Jual set screwdriver, buku kanak-kanak atau VCD pelajaran dalam bentuk animasi dengan harga RM10, termasuk RM2 komisen untuk aku di penghujung hari.

***************

TIGA

Pada mulanya aku nak jugak gunakan skill tawar-menawar yang separa tebal di dada, tapi mengenangkan dari situlah dia akan memperolehi komisen, aku redha je. Harga satu set DVD yang ada dua keping di dalamnya adalah RM27, termasuk GST.

What, GST lagi...?

Salah satu sebab aku beli DVD budak ni adalah cara dia approach aku, agak bersopan. Walau pun muka kurang cantik (pada mata manusia) tapi tetap manis. Hehehe... Sorry dik, abang perlu sembunyikan (mungkin) nombor telefon kamu.

Takpe la, teringat akan ayat seseorang sedikit masa dulu. Duit yang kita ada ni bukan semuanya milik kita. Kita cuma menjadi tempat pemegang amanah buat sementara sebelum berpindah kepada pemilik yang sebenar. Terpulanglah atas kebijaksanaan kita untuk memilih saluran mana yang betul, yang diredhai. Cewah, berfalsafah pulak aku ni!

Tapi memang betul pun. Aku keluar tengahari buta tu pun atas satu urusan yang akan mendatangkan duit. Makanya, duit yang bakal aku terima tu tak semestinya seratus peratus untuk kegunaan sendiri. Beli hotwheels, servis moto, belanja makan atau buat bayar saki-baki hutang. Mungkin kedatangan dia sebagai jurujual tu cuma sebagai alasan untuk Tuhan melihat sejauh mana aku mampu melapangkan dada.

***************

EMPAT

Kali pertama aku rasa lonely gila. Bukan sebab makan sorang-sorang, itu perkara biasa pun. Takkan la nak ajak orang teman dalam usia yang dah tua bangka ni. Takut kena kidnap ke? Lagi pun aku lebih selesa keluar atas urusan kerja macam ni sendirian. Naik moto, lebih mudah.

Rasa lonely yang disebabkan oleh kehilangan sesuatu. Lebih-lebih lagi bila sesudah makan.

Aaargh, aku mau rokok!!!

***************

LIMA

Solat Jumaat di kawasan perumahan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi... Di masjid yang pertama kali aku kunjungi dan tak pernah tau pun akan kewujudannya. Aku sampai situ pun sebab follow beberapa lelaki bermotosikal yang berkopiah.

Macam tu la aku, kalau ada urusan luar waktu Jumaat makin menghampiri. Terpaksa pasang mata dengan lebih teliti. Agak-agak dah dekat nak masuk waktu, aku akan perhatikan lelaki yang berpakaian macam nak pergi masjid. Dengan penuh yakin, aku akan ikut je ke mana diorang pergi. Dan setakat ni memang tak pernah gagal. Kejayaan yang membuatkan aku lebih banyak menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid yang pertama kali dijunjungi.

Cuma lain kali aku harap aku tak tersalah follow. Kalau aku follow orang yang nak ponteng solat Jumaat, pergi lepak kat mana-mana ceruk, takkan la aku nak join jugak. Cis...!

Tapi, takkan la yang nak ponteng tu siap pakai kopiah kan... Agak-agak la Botak kalau nak buat andaian pun...

Dan, di masjid ini aku masih lagi dapat melihat pemandangan yang menyedihkan, sama seperti di masjid-masjid di bandar sana. Beberapa orang peminta sedekah duduk di atas tangga, di bawah terik matahari. Hmm...

***************

LIMA PERPULUHAN SATU

Sampai ofis dalam lebih kurang pukul 3:30 petang, aku mula termenung. Dengan bantuan jus mangga yang aku beli kat kafe bawah, tekak perit aku mulai terasa lancar pergerakannya menelan air liur.

Dalam menungan tu, aku dapat `merojakkan' apa yang aku nampak selama empat jam setengah di luar sana.

Tentang rezeki orang lain yang ada dalam saku kita. Tentang mensyukuri nikmat-nikmat kecil yang akhirnya akan menjadikan kita lebih bahagia, seolah perkara-perkara runcit seharian itu adalah satu kurniaan yang tak terhingga besarnya. Tentang keadaan dunia di bawah pimpinan manusia yang taraf tapak kakinya lebih tinggi daripada ubun-ubun kepala kita marhaenis ni, langsung tak pernah memijak tanah berlumpur.

Dan tentang mensyukuri juga keperitan yang Tuhan turunkan kepada kita, sebenarnya telah menampakkan ada ramai lagi orang lain yang lebih bahagia menjalani dan menerima keperitan yang sama itu.

***************

ENAM

Sekian, assalamu 'alaikum.

Rasanya ini adalah antara bulan yang paling tak produktif pada aku dalam ber`blogging'. Nak jalan-jalan pun macam tak sempat.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

15 comments:

  1. no 4 tu :-))....sabar luaskan kuasa pertahanan nafsu nak merokok..sm boleh..chaiyok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduyai. Boleh kira masalah negara ni.

      Delete
    2. beli la rokok elektrik.

      kegilaan budak pejabat aku skrg.

      hahaha,

      Delete
    3. Dah beli dulu sebelum berhenti. Cuba elakkan sebab takut "kembali ke pangkal rokok"...

      Delete
    4. aku tengok jugak member yang baru beli tu.

      pagi hari die agak kagum la die sehari tak hisap rokok.

      tapi makin lama kawan-kawan bakar die, die telah kembali mengambil rokok.

      die telah tewas.

      hahaha.

      Delete
    5. kawan2 aku takde pulak yang melarang, takde pulak yang menyokong. so, sekarang bergantung pada aku je.

      Delete
  2. Nk try..mee goreng tu...seksyen 7 byk kedai mkn...sebelah manaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran Sri Bistari KK, yang ada jual sate, lot paling hujung bertentang dengan bengkel servis kereta. Ikut je nama jalan tu sampai hujung, mesti jumpa. Cuba la...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kalai nak try pari bakar dgn sorong bakar yang best boleh try kat restoren D'Limau Nipis, seksyen 8 bangi.... harga agak mengancam, sesuai dimakan selepas dapat gaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. sokong ewan,

      aku pun pernah makan kat situ. not bad la rasa dia. not bad juga harga dia.

      huuu.

      kbai.

      Delete
    3. ya, aku pernah makan kat situ. memang sedap. apa yang bagusnya kat d'limau nipis ni, semua makanan dah ada harga termasuk jugak lauk selain ikan bakar tu.

      *kat sini ada minuman special, betul tak?

      Delete
  5. Mi goreng memang kegemaran saya. Sayangnya, Bangi tu jauh.

    Tapi kat sini teh ais memang sedap. Kedai tepi Masjid kubang Semang... pergghhhh...

    25/4 hingga 5/5 musim raya. kedai sini mesti penuh punya..he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada urusan ke utara, mungkin boleh juga jalankan misi cari makanan yang biasa-biasa tapi luar biasa rasanya...

      Delete