Di Menara

25
11:14 PM

Lagu yang membuka satu topik perbualan baru ketika kami di dalam kereta tempoh hari. Dari frekuensi Sinar fm (sori, aku tak minat stesen ni terutamanya waktu awal pagi), lagu ini kami dengarkan sehingga habis tanpa sebarang gangguan. Tanpa celahan percakapan. Seolah sudah dirancang yang kami akan diam mendengarkan setiap lirik lagu yang disulam senada dengan melodi tahun 90-an itu.

Tanpa disuruh, dia mengambil tempat sebagai pencerita pertama.



~Berubah Hati~

Dikisahkan, di tempat kerjanya ada la seorang lelaki yang sudah agak berusia dengan kisah silam yang sedih. Sedih yang boleh membawa kepada gugurnya air mata kalau diperdengarkan selepas waktu tengah malam sambil melayan lagu-lagu Kitaro.

Tidak berpelajaran tinggi, tetapi mempunyai buah hati yang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat tinggi. Kalau tak silap sehingga memperolehi gelaran doktor. Apa yang dramanya kisah ini adalah tentang pengorbanan si lelaki ni.

Sepanjang bercinta, dia telah banyak memberikan segala macam bentuk sokongan. Sama ada dari bentuk tenaga atau kewangan, atas alasan cinta. Dan si perempuan pulak bersungguh-sungguh membalas cinta sambil menyatakan kata-kata janji yang `engkau tetap memiliki hatiku sampai mati' itu.

Tapi, seperti yang kita semua jangkakan. Panas tidak la sampai pukul 11 pagi. Lepas habis sarapan, hujan pun turun mencurah-curah dengan membawa segala harapan si lelaki hanyut ke dalam parit monsun. Mujur juga tiada lurang najis yang melimpahkan isinya. Kalau tidak, sudah tentulah hampas-hampas harapan tu akan turut bergenang di dalam lopak najis!

Sedang dalam tempoh pengajian, si perempuan ini berjumpa dan berkenalan pulak dengan seorang lelaki. Yang menurut mata nafsunya lebih baik berbanding si kekasih hati. Lalu dipendekkan cerita, tinggallah si lelaki ini hidup dengan berbekalkan sisa-sisa harapan (kalau ada) sampai kini.

Sedih tak? Pada aku agak sedih jugak, lebih-lebih lagi kalau lelaki tu tiap-tiap hari dengar lagu ni.


~Mengenang Luka~

Ini pulak giliran aku mengambil tempat bercerita.

Namanya Md Diah. Berumur awal 40-an tetapi melalui susuk tubuh yang kurus dan sedikit kecil, ditambah dengan wajah yang disentiasa disembunyikan dengan cap, aku telah tersalah sangka bahawa dia baru berumur lewat 20-an ketika awal dia diletakkan dalam kumpulan kerja luar yang sama dengan aku.

Bukan aku je, malahan orang lain pun macam tu jugak. Tapi siapa sangka, wajah dan susuk tubuh yang awet muda itu juga ada menyimpan kisah duka.

Pernah bertunang tapi akhirnya tersandung di pertengahan jalan. Aku tak pasti (atau dah lupa) apa punca kepada insiden kejatuhannya itu. Cuma apa yang aku pasti, sejak itu dia memang dah tutup pandangan dia pada perempuan lain. Kecuali ada yang setanding dengan Siti Nurhaliza (masa tu Datuk Siti belum kahwin lagi), memang confirm dia tak banyak fikir punya.

Kesudahannya, membujang la dia sampai ke waktu itu. Tinggal berdua dengan emak dia yang dah tua dan berkhidmat kepada orang tuanya itu.


~Lagu~

Eh, siapa yang hafal lirik lagu ni dan beberapa lagu lain hasil suara Amir ni, berkemungkinan kita sebaya. Hahahaha....

Assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

25 comments:

  1. aku selalu ingat lirik lagu part chorus je.

    memula dengar mcm tak tau lagu ni.
    masuk chorus, ooooooooooo.. lagu ni ke..? ok. aku muda sikit la dr ko. haha.

    aku terbayang ada org tolong bacakan entry ni macam pencerita film merong mahawangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca sendiri la, lemak la macam ni...

      Delete
  2. AKU TAKNAK KOMEN YANG LAIN, AKU NAK KOMEN 1 JE.. AKU SUKA DENGAR SINAR FM.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sinar fm, aku boleh dengar selain daripada waktu pagi tu je. Sebab aku ni seorang anti-gedik.

      Delete
  3. zaman zaman ni banyak dengar lagu slam dari ukays.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slam pun sama naik masa tu.

      Delete
  4. "...Lepas habis sarapan, hujan pun turun mencurah-curah dengan membawa segala harapan..."

    adoiiiii.. terus rasa bersalah sebab makan sarapan lewat jam 11 pagi... errrkkk... :p

    pilu menangkap-nangkap dalam hati.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ada bangun lambat, atau sibuk kemas rumah, atau sibuk kat tempat kerja tak sempat makan. Biasa ar orang bandar lagu ni...

      Delete
  5. kisah sedih..yg menjadi lawak dek kreatip nya si pengarang. :D

    zaman muda remaja dulu, mmg tgh top lagu ni. mungkinkah kita sebaya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Why so serious, kan?

      Mungkin...

      Delete
  6. :-)) lagu ukays memang thumbs up....

    ReplyDelete
  7. eh eh. tak semua macam lagu tu tau.

    aku ni jadi engineer laki aku tukang binaan.

    tu lah cinta namanya.

    but, the thing is cinta pertama Lokman tinggalkan Lokman sebab dia masuk U, amik degree.

    tapi Lokman die kawen dgn aku. ade jugak die eksyen ngan ex die.

    aku malas layan.

    hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ada tanya dia tak? Masa tu dia dengar lgu apa...

      Delete
    2. aku cuba usulkan nnt.

      huahua.

      Delete
  8. lagu fav kalau karok.. haha

    ReplyDelete
  9. ye UKAYS, SLAM, UMBRELLA dan sewaktu dengannya kita sebaya bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau beza, mungkin setahun dua je...

      Delete

  10. lagu-lagu yang ada kissah di dalamnya memang menarik minat saya seperti lagu tiara, isabella dll.

    kalau amir ukays ni saya suka lagu disana menanti di sini menunggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang sana menanti, yang sini menunggu... kita pulak buat tak tau. hehehe...

      Delete
  11. aku syak, aku lagi tua dari kaulah. kekeke.

    abg aku siap beli kaset ukays lepastu kitorg dgr sebelah2 guna walkman setiapkali balik kampung. bateri memang cepat gila habislah masatu sebab asyik undur je nak dgr lagu best.

    aku nak komen.
    walaupun aku masih membujang, aku masih prefer yg sekufu. takut kalau-kalau, aku takboleh nak hormat pasangan aku kalau tidak sekufu.

    sekufu dalam erti kata, dia mesti lebih dari aku atau sama. tapi, apapun, terpulang pada jodoh dan takdir juga. Jodohkan memang sudah tertulls.

    eh, terserius pula aku komen. kekeke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sebelum wujudnya youtube, macam dunia ni terlalu luas. tengok mtv pun dah seronok.

      ya, sekufu tu penting. cuma aku ada jugak dengar kes2 yang agak rare, si lelaki sangat kurang berbanding perempuan. mesti mencabar gila kan. maksud aku, cabaran dari luar (contohnya keluarga)...

      Delete
  12. Aku rasa kita sebaya. Liriknya mendalam. Ada mesej yang nak disampaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sayangnya, kita ni walau pun hafal lirik tapi jarang nak faham betul2 cerita dalam lagu tu.

      Delete