Dua Bukit, Dua Kubah dan Segerombolan Pensubahat Kencing

9
5:59 PM
~~~MERSING~~~

Isnin, 20 April 2015.

Lebih kurang jam 6:30 petang, langit masih lagi cerah tapi trafik sekitar bandar tak banyak beza dengan keadaan beberapa jam sebelumnya. Sekilas meneruskan perjalanan dari jeti ke arah pusat bandar, aku ternampak satu bangunan betul-betul di atas puncak bukit.

"Woi, woi... Cantik gila. Sempoi gak kalau malam kang kita singgah. Amacam, setuju?" Beberapa kilas juga patah perkataan keluar dari mulut munggil aku. Sedikit dihiasi janggut halus di bahagian dagu.

Dua orang sekutu lagi setuju. Maka, sebaik selesai membersihkan diri yang sememangnya wangi sejak memulakan perjalanan dari office awal tengahari tadi, kami pun bergegas ke sana. Menuruti arahan papan tanda
bermula dari jalan berhampiran pasaraya Giant sehingga sampai ke perkarangan bangunan putih yang aku nampak petang tadi. Risau kalau-kalau terlepas rakaat pertama.


Usai solat Maghrib berjemaah dan Isya' (yang dihimpunkan), kami bertiga pun membuang masa di luar. Memerhatikan keadaan sekeliling macam makhluk asing yang baru pertama kali menjejakkan kaki di atas permukaan tanah.

Aku sibuk mendongak ke arah kubah dan menara yang dipancari cahaya kuning dan sesekali snap gambar barang sekeping dua dengan henpon baru (cewah!). Seorang lagi sekutu entah ke mana, manakala yang lagi seorang pulak sibuk berlakon menjadi Pang Chin Fei, menemubual seorang jemaah yang keluar terkemudiannya daripada kami.

Kesian mamat tu, entah-entah dia nak cepat balik rumah tapi tak pasal-pasal kena tahan dan ditanya pulak dengan soalan-soalan sejarah.

Kisahnya...

Masjid Jamek Bandar Mersing ni dibina pada tahun 1955 (kalau aku tipu, tipu la mamat pakai kopiah tu). Pada masa tu, jarak perjalanan dari kaki bukit atau pusat bandar ke perkarangan masjid ni boleh dikira jauh jugak disebabkan laluan yang lama dulu bukanlah yang macam sekarang. Mungkin kena keliling bukit kot. Membuatkan penduduk sekitar kurang nak bersolat di sini.

Maka, atas inisiatif pihak tertentu, perkhidmatan bas secara percuma pun disediakan.

Begitulah ceritanya serba sedikit tentang sejarah masjid ni. Eh, macam tergantung pulak cerita ni. Hahahaa...!


Apa pun, masjid ni memang cantik kalau dipandang dari jauh atau dekat. Gambar kat atas ni aku tangkap masa dalam feri menuju pulang ke jeti Mersing dari Pulau Tioman. Dari jauh sayup-sayup je. Memang tersangat la strategik lokasi yang dipilih. Pendek kata, kalau la ada apa-apa bencana (contohnya tsunami), aku rasa masjid ni boleh jadi pusat bantuan sementara.

Bagus, aku suka.


~~KAMPUNG TEKEK~~

Kampung Tekek ni adalah penempatan penduduk yang utama di Pulau Tioman. Selain daripada kampung ni, kewujudan kampung sekitar adalah lebih kepada aktiviti resort yang menyediakan kegiatan menonggak air kencing setan. Kiranya, Kampung Tekek ni masih lagi terpelihara la. Sebab tu aku (kami) cuba jugak meluangkan masa untuk berkunjung ke masjid ni.

Malam kedua di Pulau Tioman.

Waktu Isya' dipilih untuk menjalankan misi menakluk Masjid Jamek Kampung Tekek. Juga terletak di atas bukit, yang membuatkan Perodua Kembara kami sedikit menggeletar lutut. Mana tidaknya, berbekalkan tayar yang lebih botak daripada kepala aku, dengan kulitnya yang sudah terkoyak, memang bermasalah jugak nak mendaki bukit yang cuma beberapa puluh meter je tu. Di atas turapan concrete slab, sebab di semua bahagian pulau yang aku dah pergi memang takde turapan jalan bertar langsung.

Belum pun kereta yang kononnya mempunyai fungsi pacuan empat roda kami menghampiri pintu pagar masjid, kami dah dapat mendengar suara seseorang seakan sedang menyampaikan kuliah.

Alamak, rasa-rasanya malam tu kami dah terlepas sesuatu yang menarik. Kalau la tau, boleh la datang awal sikit.

Dan memang betul, kuliah malam itu disampaikan oleh seorang ustaz dari KAGAT.


Terus-terang, aku pun sukakan suasana dalam masjid ni. Lebih kurang macam masjid kat kampung arwah nenek/atuk aku dulu sebelum dirobohkan dan digantikan dengan binaan konkrit sepenuhnya.


Selain tu, jemaah kat sini pun agak ramah jugak. Siap offer aku mengopi dulu. Tapi terpaksa aku tolak dengan baik sebab dah ada orang lain yang booking kami terlebih dahulu. Hehehee...


Sempoi tak? Nah ini lagi satu benda yang kita susah nak nampak terutama manusia-manusia yang menghuni hutan konkrit sana. Malam tu baru la aku perasan, langit kat sana agak terang dengan cahaya bulan sabit. Siap aku boleh habiskan masa mengira butir-buir bintang lagi. Punya la jelas. Kalau kat bandar, jangankan bintang kecil, yang sederhana besar pun susah nak jumpa.


Untuk pengetahuan, titik putih kecil di bahagian bawah itu adalah bintang. Bukan lampu daripada mana-mana pesawat udara. Power tak kamera henpon baru aku? Pow, pow, power siot...!


~~KENCING SETAN~~

Satu perkara yang agak menyedihkan, majoriti menduduk pulau ini adalah 95% Melayu dan mungkin jugak beragama Islam. Tapi sayangnya, aku boleh beli bermacam-macam jenis arak (kat Kampung Tekek susah sikit) terutama di resort-resort yang berhampiran.

Petang tu sempat jugak la kami berjalan (memang jalan kaki, sebab takde laluan kenderaan termasuk motosikal dari Kampung Tekek) dari jeti Taman Laut ke Kampung Air Batang. Kat sini cuma ada chalet, resort, restoran dan bar di sepanjang pantai.


Laluan yang aku maksudkan, bertangga. Jadi kalau kalian ada motosikal kat Kampung Air Batang ni, kena stay situ sampai bila-bila. Tak boleh nak ke mana dah. Motosikal dari Kampung Tekek pun tak boleh ke sini, kecuali la kalian angkut bawak naik feri. Eh, rajin pulak kan...


Laluan pejalan kaki dan chalet (termasuk bar) sepanjang pantai. Nampak bersih, cantik dan kemas terjaga.

Tapi itu la, imej air kencing setan terus terpapar atas skrin mata aku sepanjang aku merayau kat sini. Benda-benda ini buatkan aku terfikir. Macamana la agaknya kalau satu masa, Tuhan hantarkan ombak tsunami ke atas pulau ni. Sempat ke aku lari panjat bukit dan berlindung di dalam masjid tadi?

Adakah yang menjadi mangsa ditelan ombak itu cuma para pemilik bar, penjual, penghidang atau peminum air kencing setan itu sahaja?

Ya, biarkan soalan aku ni takde jawapan...


~~NOTA KAKI CAGU~~

Sejak akhir-akhir ni kalau keluar outstation, aku rasa macam seronok pulak singgah mana-mana masjid yang menjadi mercu tanda sesuatu tempat tu. Itu pun kalau berkesempatan la. Sebab pada aku, salah satu kita hendak mengenali masyarakat di sesuatu penempatan tu adalah dengan mendekati masjid mereka.

Maaf kalau entri ni lambat loading. Ada sesetengah gambar yang kepala botak aku ni lupa nak `resize'kan.

Maaf jugak, sebab bulan April ni adalah bulan yang agak sibuk bagi aku. Kadang-kadang sampaikan nak berak pun tak sempat!

Sekian, assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

9 comments:

  1. Tak pernah pergi ke Tioman. khabarnya... air laut amat bersih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, sangat jernih. Airmya warna turquoise. Tapi saya lebih suka pulau redang. Lebih cantik, kurang sesak.

      Delete
  2. Kali pertama (dan itu juga kali terakhir hingga saat ini) saya ke Tioman ialah tahun 2000 dulu kalau tak silap. Ketika itu pulau itu letrik masih gunakan kuasa solar, sekarang saya tak tau macam mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 15 tahun, lama tu. Kalau ada rezeki, datang la lagi..

      Delete
  3. tajuk last paling lain macam..... :-))

    tak pnah pi pulau tioman...rasa gerun nak pi coz ada air kencing setan..dah tentu banyak setan. :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je kalau nak pergi sini. Tapi elok stay kat kg tekek...

      Delete
  4. dulu masa blaja aku ada assignment kat mersing.

    aku sempat singgah masjid ni.

    memang menakutkan tapi bile dah sampai memang rasa teruja oi oi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau yang manusia zaman milenium pun dah takut, macamana agaknya orang tahun 50-an dulu. Nak naik bukit, hutan kiri kanan...

      Delete
    2. diorang pakai jet kot...

      :P

      Delete