Jangan Ikut Orang Tak Dikenali

23
7:49 AM
...itulah pesan mak aku masa kecik-kecik dulu. Bukan itu je, kalau ada orang bagi gula-gula jangan ambik. Takut ada sesuatu tak elok kat situ.

Tapi peraturan tu rasanya dah tak terpakai untuk aku sekarang yang dah mancapai tahap terlebih aqil baligh ni. Tak kira masa, tak kira siapa. Kalau dah difikirkan dengan semasak-masaknya, tak salah rasanya kalau kita mencuba sesuatu yang baru, dengan kenalan baru, dan lebih seronok kat tempat baru.

Cuma kena beringat sikit dengan sikap ingin tahu tu. Kan ada pepatah inggeris, "rasa ingin tahu boleh membunuh seekor kucing". Pernah dengar?

*****

Beberapa minit sebelum tepat jam 1 pagi. Dekat sejam jugak aku berdiri atas jambatan tu, menantikan sesuatu yang memang aku jangka agak sukar malam tu. Sebab
berdasarkan keadaan air yang surut, ikan dari celah mana aje yang nak ragut umpan baru aku ni.

 Saje nak test, dia punya bau manyak sedap wo.
Macam sotong kering yang banyak jual kat Pangkor tu.

Sekejap duduk nongkrong atas palang besi, sekejap bersandar sambil-sambil membelek twitter dan jugak facebook yang nampaknya macam kurang meriah sepanjang hari tu.

Tengah malam tu, bukan aku sorang je yang port atas jambatan tu. Ada lagi beberapa orang. Aku syak diorang mancing udang.

Tak berapa lama, datang la sorang budak ni (aku sebut budak je sebab umur dia yang beberapa belas tahun lebih muda) datang tegur. Datang dengan motosikal, melawan arus trafik. Ala, takde hal pun sebab kenderaan tak banyak masa tu.

Dari perbualan yang singkat tu, entah macamana dia boleh offer aku satu port lain pulak. Katanya kat situ ada banyak udang. Ikan patin pun ada. Dan tanpa berfikir panjang, aku pun setuju. Ikut je la kan, orang dah nak tunjuk port baik. Bukan nak ajak pecah rumah pun.

Sedikit perbincangan dibuat. Aku perlu menunggu dia balik ke rumah untuk mengambil rod udang (aku pakai rod biasa je) dengan sorang lagi kawan dia. Lepas dia parking moto kat depan kedai makan hujung jambatan, aku pun pick up budak dua orang ni dengan kereta. Senang sikit, kan?

Nah, ini la dia port ngail yang aku maksudkan. Memang terbaik.


Power tak? Siap ada sangkar patin lagi kat sebelah tu. Patut la jadi port ikan-ikan lain. Kalau tak dapat ikan, aku boleh je baling umpan masuk dalam sangkar tu. Memang selamba je naik ikan 2, 3 kilo.

Cuma malangnya, malam tu air memang surut. Jadi memang kami bertiga balik dengan tangan kosong je la. Takpe la kot, sekurang-kurangnya aku dah dapat satu port baru. Lain kali kalau datang Kuala Terengganu, boleh la try lagi.

Bulan terang, waktu yang sesuai untuk mencandat. Katanya...

Ha, nampak tak ada dua orang kat situ? Tak nampak? Eh, macamana aku boleh nampak ni...

Sebelum berpisah malam tu (sebenarnya dah awal pagi) sempat jugak diorang ajak aku minum dulu. Tapi memandangkan aku kena keluar jam 8 pagi keesokannya, aku terpaksa tolak walau pun dalam hati nak lepak lama sikit.

Port parking moto.

Eh, konfiden je aku ikut diorang ni kan.  Entahkan orang, entahkan tidak.

Ah, kalau bukan orang, takkan la budak tu boleh whatsapp aku kot. Memang sengaja aku mintak contact number, senang lain kali kalau takde geng mengail kat situ...

Sekian, assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

23 comments:

  1. aku ingat lintah tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku geli lintah la... Hehehe...

      Delete
  2. Ikan pun pelik dan risau nak makan umpan baru tu kot...wangi semacam je :-)

    ReplyDelete
  3. LAMA JUGAK TAK MANCING.. RINDU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melaka pun bantak port yang best kan...

      Delete
  4. mujur sm tak kena culik....huhuhu...kalau yan tak der nya berani ikut orang tak dikenali..takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik kita culik dia dulu...

      Delete
  5. Kalau kena culik.. sunyi sekejap blog ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sunyi sampai bila2 tu, paham2 je la...

      Delete
  6. Kalau boring2 tak de ikan yg datang makan, apa salahnya makan sendiri umpan tu, rangup katanya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tergamak pulak nak kunyah bang! Walau pun bau macam sedap je...

      Delete
  7. Pergh... cuak jugak rasanya masa mula2 baca entry ni tadi, ingatkan story ni nak berakhir dgn "aku kena rompak dgn 2 org tu, alhamdulillah aku tak dicederakan dgn teruk, masih boleh menaip"... hihihih ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Sebelum rompakan, mereka banyak memberikan tip tentang port yang bagus..." Hehehe...

      Delete
  8. Geng mancing ni biasalah. Mudah mesra. Belum pernah jumpa dan tak kenal pun boleh jadi kawan bila hobi sama-sama ngam. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kadang2 ada jugak jenis yang kedekut nak share...

      Delete
  9. mancing sampai terengganu ke? wah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergh. Kalau ke sana semata-mata nak mengail atas jambatan, memang takde la kot...

      Delete
  10. kadang2 kna berani ambik risiko... baru hasilnya lumayan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi setakat ni masih belum berhasil lagi...

      Delete
  11. Oooo umpan baru ke. Aku ingat jajan jeli tadi.

    Bile org dok komen umpan, aku bce sekali lagi.

    huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jajan pun, tapi untuk ikan. wah, kemain semangat kau ye!

      Delete
  12. Oooo umpan baru ke. Aku ingat jajan jeli tadi.

    Bile org dok komen umpan, aku bce sekali lagi.

    huhuhu.

    ReplyDelete