Kali Terakhir, Mungkin...?

8
2:43 AM
Aku rasa mesti ada yang tertanya kenapa aku tiba-tiba berhenti. Tanpa sebab, tanpa sebarang alasan yang kukuh.

Sebab kebiasaannya orang macam aku ni akan memerlukan satu kejadian tertentu untuk berhenti. Contohnya terlibat dalam satu kemalangan, kehilangan orang tersayang atau kenalan rapat, atau paling kurang pun sebab dah pokai. Pokai sangat sampai nak beli stok paling murah pun tersedak-sedak poket.

Aku? Aku takde la sampai ke tahap terjadi salah satu perkara tu. Tapi masih juga ada satu sebab utama yang mendorong untuk aku berhenti. Cuma aku terpaksa simpan, tak boleh cerita kat sini. Kalau nak tau, korang kena belanja aku cendol bawah pokok. Tak kisah la bawah pokok ke, janji bukan atas pokok.

Memang aku ni ada bakat panjat pokok, tapi tak tergamak nak makan cendol kat atas sana!

Ini bukan main-main. Serius, aku akan cerita pada sesiapa yang belanja aku makan cendol bawah pokok.

Berbalik kepada cerita tadi, kenapa aku berhenti...

Entah la. Sebenarnya aku ni kira dah lama jugak menceburkan diri dalam bidang `memberi jin makan' ni. Sejak sekolah aku dah cuba-cuba. Masa tu cuma mintak kawan-kawan je. Sesiapa yang baik hati tu, ada la hulur barang sepam dua.

Bila sambung study kat UTM, aku stop sekejap sebab duit yang ada aku nak buat benda lain. Lepas tu, bila dah kerja dan dah dapat pegang duit sendiri, baru la aku kembali menjadi penagih. Jenama yang aku biasa beli adalah kotak warna merah yang ada gambar burung terbang. Harga untuk pek 10 batang cuma RM2.80 sahaja. Kemudian bila ada duit lebih lagi, aku pun upgrade hisap yang harga RM3.60 sekotak.

Jenama apa? Ah, pandai-pandai la cari. Yang penting masa tu pek 10 batang masih lagi wujud. Tak macam sekarang, pek 14 batang pun dah kena ban!

**********

Dinner. Kalau tak silap dah hampir pukul 9:30 malam. Agak lewat sebab masa tu aku berada di Tawau.

Duduk semeja bersama seorang bos baru dan empat orang lagi sekutu sepejabat, sambil menghabiskan saki-baki topik perbualan. Kebanyakannya berkisar tentang projek dan jugak penjawatan. Antara topik yang malas aku nak ambik port sangat.

Sedang aku sibuk menyelak helaian biru di atas muka telefon bijak, tiba-tiba mata aku tertarik dengan satu notifikasi dari whatsapp. Aku tarik ke bawah notification bar, dan terus membaca apa isinya.

Rasa macam tak percaya. Betul ke ni?

...akhirnya, aku terpaksa percaya bila aku bukak dan semak update terkini daripada portal berita Bernama.

**********

12 Februari 2015, lebih kurang jam 10:30 malam. Yang tinggal kami berempat. Bos baru yang tadi dah pun balik ke bilik hotel.

Bila aku periksa kandungan kotak aluminium berwarna merah aku, yang tinggal cuma tiga batang. Mungkin cukup untuk malam ni kalau takde apa-apa aktiviti tambahan (aku maksudkan snuker).

Merenung mereka bertiga yang terbaring di dalam kotak, dan mengimbas kembali akan kehilangan seseorang yang semua orang kenal, rasanya dah tiba la jugak masanya untuk aku berbuat sesuatu.

Iaitu berhenti.

Biarlah itu menjadi malam terakhir aku `memberi makan kepada jin'. Mulai esok pagi dan sampai bila-bila, aku berjanji pada diri sendiri yang aku takkan keluarkan walau sesen pun dari dalam wallet untuk dibuat modal `memberi jin makan'. Cukup-cukuplah...

**********

Ya, tarikh perginya seorang tokoh juga menjadi hari terakhir aku merokok secara serius! Walau pun selepas itu aku mengaku yang aku ada jugak curi-curi menghisap sepam dua, tapi aku yakin yang aku boleh teruskan. Dengan atau tanpa sokongan sesiapa.

Kecuali...

**********

Pertama kali aku beli majalah ni. 

Tertarik untuk membeli dari MyNews (sambil usha-usha Hotwheels) disebabkan muka depannya, dan jugak tajuk yang bagi aku sangat bermakna. Kiranya lepas ni kalau aku rasa nak sangat hisap rokok, boleh la aku ulang baca isi majalah ni. Sebagai peringatan.


Sekian, assalamu 'alaikum kawan-kawan...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. asalamualaikum sm... :-)) perlahan lahan sm...lama2 behenti betul..good luck...jangan curi2 sepam dua lagi tau...nanti jin bertepuk tangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. curi2 tu untuk melepaskan rasa gatal tekak je...

      Delete
  2. TERUSKAN USAHA BRO.. JANGAN JADI MACAM SAYA, SUDAH SETAHUN BERHENTI NAMUN HISAP SEMULA..

    ReplyDelete
  3. aku rasa....

    "kau mampu mengubahnya"

    hehe.

    kbai.

    ReplyDelete