Pecah Lubang

13
10:33 AM
Berjalan ke arah parking kereta dari bangunan utama, aku perhatikan jugak mana pulak mamat ni letakkan dia punya Myvi.  Kereta yang ada kat situ tak sampai pun 20 biji dan hampir separuh daripadanya adalah buatan Malaysia, tapi Myvi yang ada pun bukan berwarna yang aku pernah naik dulu.

Nak tengok nombor plat, aku tak cam pulak apa nombor dia.

Tap, tap...

Sistem kunci dinyah-aktifkan. Dia membuka pintu sebuah kereta putih, berkilat memancar. Aku jadi gamam.

"Mana kau punya Myvi?" gamam yang seterusnya bertukar menjadi soalan ringkas. Dan tanpa disuruh, aku pun ikut membuka pintu kereta, terus masuk mengisi perut kereta.

"Ha, macamana. Ada bau kedai tak?" Cilakak mamat ni, beli kereta baru ke. Honda pulak tu. Kau punya Honda sampan yang dah tersangat bodol tu takde pulak nak repair. Aku bawak hari tu pun boleh jadi gayat. Boleh pulak dia angkat kereta baru. Macam siot.

Sebelum perbualan tengahari tu bertukar ke topik lain dalam perjalanan menuju ke hostel, dia sempat lagi bagi warning kat aku.
"Yang tau aku beli kereta baru ni dua orang je. Kau la salah satunya. Kalau orang ofis tau, kau la yang kasi pecah lubang."

Hahaha, dah siap-siap bagi warning ke brader? Rasanya aku ni orang yang boleh dipercayai kalau bab nak simpan rahsia. Tak pernah pecah lubang, pecah di mulut atau pecah kat perut. Pecah rumah jauh sekali.

Tapi kalau pecah masuk dalam hati orang tu pernah la! (Ayat budak-budak zaman sekarang) Hahahahaa... Selamat berhujung minggu semua.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

13 comments:

  1. :-)) ada satu lagi sm....pecah kaca ..pecah gelas..sudah baca...harap balas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelasss kau jah! hahaha...

      Delete
  2. Dalam tak pernah pecah lubang sekarang dah pecah rahsianya dalam blog ini. Tapi tak pa lah kami bukan kenal pun kawan SM tu, kalau pecah cerita dlm blog pun tak apa-apa, bukan ada odit nak check pun, hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, kat dalam ni tak dikira pecah lubang. sebab jangankan dia, saya pun abang JR tak kenal yang mana satu. hehehee...

      Delete
  3. amboi ayat, pecah masuk hati orang.. mau tak "sakitnya tuh disini..", sbb dah kena pecah.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pecah masuk lepas tu selamba keluar tak bagitau, memang la sakit...

      Delete
  4. dari myvi ke honda....ok la tu ada peningkatan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tumpang gembira bila dapat tumpang kereta baru...

      Delete
  5. Hmmm....

    Botak, nk no ofis ko boleh? Biar aku pecahkan lubang.

    Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nombor depan 03, lepas tu pandai2 la teka...

      Delete
  6. Hmmm....

    Botak, nk no ofis ko boleh? Biar aku pecahkan lubang.

    Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak aih, sampai tiga kali ni...

      Delete
  7. Hmmm....

    Botak, nk no ofis ko boleh? Biar aku pecahkan lubang.

    Hahaha.

    ReplyDelete