Berkongsi Rasa

9
6:43 PM
Yesterday's story.

I finished my meeting just after Asar prayers and me and my buddy took some bubur (porridge) back to his car. We parked quite a distance from the masjid.

As we putting the porridge at back of the car, an old Indian man was passing by a big gunny sack bag collecting tin cans and recycled items in exchange for cash. He asked us what is that?

...seterusnya di sini.

*****

Ada antara kita yang kadang-kala semacam tinggi pandangan negatifnya akan mereka yang kerap berkongsi sesuatu kebaikan yang dibuat. Kononnya nak menunjuk, riak atau membangga diri.

Tapi pada aku, cerita-cerita baik macam ni elok jugak kita semua kongsikan. Dipanjang sejauh yang boleh sebab hari ini terlalu banyak sangat cerita-cerita indah tetapi sebenarnya terselit isi yang jijik lagi keji (pada aku la), lalu kita pun tanpa sedar terus memuja dan menjaja cerita-cerita sampah sebegini.

Contohnya mudah, kita semua rasa meluat dengan lelaki
lembut yang mengada-mengada dan tergedik-gedik di tengah khalayak; atau pun tak suka dengan perjanjian perkahwinan yang menjadi buah gurauan atau permainan pasangan muda (pada aku agak menghina, kurang ajar dan mengarut). Tapi pada masa yang sama, kita suka pulak tengok drama Suamiku Encik Sotong Bodoh, Eksperimen Cinta Bernanah atau Teman Lelaki Pembunuh Upahan. Tak cukup dengan itu, kita repeat lagi tengok drama-drama ni secara online.

For what? Nak memenuhi tuntutan imaginasi kot. Suka bila terbayang kita la watak perempuan malang yang akhirnya hidup bahagia ever after dengan lelaki kacak anak bangsawan. Macam tu? Cis! Sumpah, aku rasa macam nak terajang je tv. Mujur la tv baru dan remote Asstro pun dekat je nak capai. Terus aku tekan button ke bawah satu kali, dan layan berita dalam bahasa Tamil.

Jadi, daripada korang layan drama macam tu, baik la kita sama-sama baca kisah-kisah kerja membantu orang ramai yang selalu jugak mamat nama Syed Azmi ni kongsikan. Ketepikan rasa curiga, sebaliknya marilah kita raikan kerja-kerja dan sumbangan yang orang-orang macam dia ni lakukan.

Sekian, assalamu 'alaikum dan selamat berbuka...

#TamakPahala

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

9 comments:

  1. cerita melayu kita indah indah belaka.... tapi hakikatnya.....hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kena sediakan "timba muntah" kat sebelah kalau layan cerita macam ni.

      Delete
  2. Semua tajuk-tajuk drama yang kau sebutkan aku tak ikuti cerita dan perkembangannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak nampak berkembang langsung. Hehehe...

      Delete
  3. mujur lah ko tak kaya. kalo kaya tiap2 hari ganti tv baru.

    aku suka orang berkongsi kebaikan; ada cara orang menunjuk dan berkongsi.

    yang penting kita membaca / mendengar kena fahami ayat tersebut baik-baik.

    hehe.

    ReplyDelete
  4. Antara sebab Tuhan bagi aku hidup sederhana, kali tak mesti jadi kawan baik tokey kedai elektrik.

    Ada beza antara kongsi kebaikan sendiri untuk tujuan menunjuk (riak) atau dengan tujuan menyedarkan orang lain. Dari segi penyampaian pun kita boleh tau ikhlas atau tidak.

    ReplyDelete
  5. Maaf kalau saya katakan, saya lebih suka tonton citer Superman, Spiderman atau lakunan Bruse Willies dsb dari citer Melayu zaman sekarang yang ntah apa-apa.

    Baik citer zaman 50an...

    ReplyDelete
    Replies
    1. superman yang lakonan christopher reeves tu pun seronok. zaman di mana penggunaan visual effect masih kurang...

      Delete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete