Eratkan Hubungan Kita Dengan Mangga Cinta

18
10:23 AM
Aku tak pasti apa tujuan yang sebetulnya diorang buat macam ni. Nak kata sebagai simbolik hubungan cinta yang tak akan putus, takde la pulak. Tak berapa lama lepas balik dari sini mesti ada je yang bergaduh, lepas tu berpisah. Undying feelings? Hehehe, lagi la merepek. Ala, tak payah la buat macam ni. Aku tengok pun serabut je perut ni.

`Love Lock' yang dekat Pont des Art sana pun diorang nak buang, sebab berat sangat sampai menjejaskan struktur jambatan. Sejuta mangga aje pun beratnya mencecah 45 tan, kalau dah 40 juta? Ha, berapa tan pulak berat yang nak kena tanggung. Setan betul la. Nanti kang tak pasal-pasal JKR kena restructure balik jalan tu, buat yang lebih teguh semata-mata nak menampung diorang punya `keteguhan cinta yang tiada penghujungnya'.

Hehehe, sekian. Assalamu 'alaikum

Lokasi: Jalan Pantai Chenang, Langkawi. Di hadapan The Cabin.

mangga love lock jalan pantai chenang langkawi


mangga love lock jalan pantai chenang langkawi

mangga love lock jalan pantai chenang langkawi

mangga love lock jalan pantai chenang langkawi

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. mungkin da boleh start bisnes mangga kunci kt depan tu. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukang kunci pulak tak boleh cari makan. sebab lepas lock, anak kunci semua diorang buang entah ke mana...

      Delete
  2. mungkin kena cipta mangga plastik la pulak...nk melayan kerenah meleis yg suka meniru2 bnda cekonon suwitt..ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. plastik tak tahan lasak, tak menggambarkan keutuhan cinta diorang tu. hahaha. seolah macam `cinta plastik' pulak...

      Delete
  3. oo..ada ekk? hahaa..nampak beno cinta budak2 je ni, main mangga2 pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebudak-budakan, ikut-ikutan...

      Delete
  4. Cinta mangga besi boleh kenyang ke? Cuba pi cinta kat buah mangga, kenyang juga perut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas tu buat mangga asam boi. fuh, tengah naik sekarang ni. baru tengok dah meleleh air liur...

      Delete
  5. yan ingat kat luar negara jer ada cam nie....huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. ohye, kat penang pun ada jugak...

      Delete
  6. org kita dah terbiasa ikut cara orang luar.... benda yg takde faedah pulak tu yg diikutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. padahal orang luar datang sini sebab nak tengok cara kita, tertarik. tapi kita pulak yang ikut cara diorang. macam tu, baik encik edward norton smith balik rumah dia kat california sana...

      Delete
  7. Ko fikir korea je hado?

    Malaysia pun hado ok.

    Bab nak restructure jambatan tu aku sokong. Ada jugak la skop kije aku akan datang botak...

    Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi tempat yang aku search ada. korea, china, german...

      kau! ambik kesempatan atas kesempitan orang lain... nak bawak masuk mesin yang besar bagak ke jalan chenang ni bukan kerja enteng...

      Delete
    2. Sbb tu kite perlukan sistem lightweight...

      Ehh?

      Haha

      Delete
    3. Sbb tu kite perlukan sistem lightweight...

      Ehh?

      Haha

      Delete
  8. hurhhh haritu honeymoon kt langkawi xde pun nampak. wuwu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tak abis explore ni. aku siap tengok wayang lagi masa lepak sana...

      Delete