Hadiah Untuk Guru

17
10:09 AM
Adik-adik semua, ini abang kacak nak bagi satu tips penting macamana cara nak membodek cikgu-cikgu secara halal. Cara ni memang agak universal dan terpakai untuk semua peringkat umur cikgu, kedua-dua jantina cikgu lelaki atau perempuan, yang comel atau bermuka kelat, yang hensem macam abang ni atau garang macam Hulk Hogan kena sergah.

Caranya senang je. Bila tiba Hari Guru atau hari lahir seseorang cikgu, korang hadiahkan la sebatang pen. Tak kira la murah atau mahal, asalkan pen tu mampu keluarkan dakwat bila matanya ditekan pada permukaan kertas. Dan warna yang paling mujarab adalah pen berdakwat merah. Nak tau kenapa? Sebab inilah pen yang paling kerap cikgu-cikgu korang gunakan dan selalu habis. Kalau bagi pen dakwat hitam dengan jenama mahal nak buat apa, bukannya cikgu korang tu Pengarah Pendidikan pun yang ada banyak surat nak ditandatangan.

hadiah hari guru

Cukup la korang bagi hadiah yang sentiasa ada dalam tangan dia. Sekurang-kurangnya kalau korang ni jenis kuat ponteng dan susah nak nampak dalam kelas, bila dia
tengok pen tu je dia terus teringat kat korang. Ha, macam tu la cara nak bodek dia. Tak payah susah-susah offer diri tolong dia bawakkan buku sampai ke bilik guru, buat wayang konon-konon rajin tanya soalan dalam kelas padahal benda tu korang memang dah tau pun, atau pun pergi sekolah pakai mekap cantik-cantik dengan harapan cikgu-cikgu kacak akan perasan akan kehadiran korang. Muka cantik je tak guna dik kalau belajar macam tungau.

Amacam, adik-adik semua dah sedia ke nak praktikkan? Ala nanti dakwat pen merah tu pun akan turun atas korang punya kertas ujian jugak...

*****

Benda ni akak aku yang bagitau. Tiap-tiap tahun bila tiba Hari Guru, ada la bermacam-macam jenis hadiah yang dia dapat. Kadang-kadang tu sampai bertahun cuma tersimpan je, langsung tak terusik. Jadi dia pun bagitau la yang dia suka betul kalau anak murid dia bagi hadiah pen merah. Diulangi, pen merah...

Tapi aku rasa ada satu lagi hadiah yang agak rare jugak iaitu rotan. Cuma zaman sekarang ni dah kurang sesuai sebab mak bapak suka main report polis. Bahaya wooo. #Jilake! #Kipidap!

*****

Ohye, masa aku sekolah rendah kat sini dulu ada sorang cikgu perempuan yang ada nama unik, iaitu Cikgu Puspa. Comel orangnya, anak Cikgu BESAR sekolah yang sama. Korang pulak, apa nama cikgu yang paling unik, yang pernah ajar korang?

*****

Pow, pow, pow, power siot...!

Assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

17 comments:

  1. waalaikumsalam sm....:-))

    dulu masa sekolah rendah suka bagi cikgu pen hitam..bila fikir balik apa yang sm cakap ..banyak betul nya....pen merah :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pen hitam, nanti dia buat tulis surat untuk pen pal. hehehe...

      Delete
  2. Hadiahkan rotan adalah rare bro, tapi sesuai utk cikgu disiplin..haha

    Nama cikgu paling unik?
    Hmmm..jap aku fikir..mental blocked pulak petang2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama 'mental block' ni terlebih unik bro. hahaha...

      Delete
  3. Nanti tips ini saya nak bagitau kat anak saya, hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berkesan, jangan lupa saya. kalau tak, eerr....

      Delete
  4. What u give, u get back.. Masa hari guru yang lepas, orang rumah saya berikan 7 helai tudung kat cikgu wanita.. Tak sampai sehari, ada tempahan 40 helai tudung.. Alhamdulillah.. Hari ni dapat lagi berita gembira, dapat tempatan 80 helai tudung.. Syukur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, beri dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan. tuhan akan beri mungkin dalam bentuk yang lain pulak. siapa sangka kan?

      Delete
  5. Mmg pun..jimat cikgu tak payah beli sbb stok byk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap haribulan, sepanjang kerja tak pernah beli pen.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum abg botak.. lama x singgah sini. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa alaikum salam.
      aku dah warning dari dulu. jangan panggil abang, geli tau tak? nak sedap, panggil datuk sri. lepas tu aku aminkan...

      Delete
  8. dulu pun bagi pen juga. siap ikat reben pen tu. tapi, ada tahun, tak bagi pun. ikut ke beradaan lebihan duit belanja ketika itu. seingat aku, zaman sekolah rendah dulu, duit belanja 40 sen dan lega aku hidup zaman tu. zaman kalau beli gula-gula seposen dapat 3 biji. zaman kenderaan tak laju lalu boleh jalan kaki 2 km dari rumah ke sekolah tanpa perlu risau nak lintas jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman di mana kita tak perlu risau kalat takde gajet di tangan. public phone pun banyak lagi yang boleh berfungsi...

      Delete
  9. Segan nk bg cikgu hadiah. Slalu bg mknn je. Hahs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi makan hati? Gila jahat...

      Delete