Lauk Rindu

21
5:29 PM
Bismillah, dan kemudian tangan kanan aku menghulurkan diri ke pinggan berisi dua jenis lauk. Salah satunya ada di dalam kategori kegemaran aku iaitu berkuah.

Sebaik menyuakan suapan pertama ke mulut, mak aku bertanya. "Biasa makan lauk ni?"

Soalan itu aku jawab dengan gerakan kening ke atas. Gerakan yang aku pelajari daripada Dwayne Johnson semasa aku mengikuti lakonannya di WWE beberapa tahun lalu. Sebenarnya, aku memang jarang makan lauk ni sejak terpisah tempat tinggal dengan keluarga. Cuma malam tadi je buat pertama kalinya dalam beberapa tahun aku dipertemukan kembali dengan menu ni. Rasa rindu pulak.

"Dulu arwah atok suka betul makan lauk ni..." sambung mak aku sambil tersenyum.

Dan entah kenapa, rasa rindu masakan ini tiba-tiba berpindah pulak kepada orang yang dah setahun lebih tinggalkan kami. Rasa sedikit masam dari kuah dan manis dari hirisan buah nanas di dalam mulut aku tadi pun dah hilang entah ke mana. Kosong, tawar...

Sesungguhnya, aku pun seakan berkongsi perasaan yang
sama dengan mak aku ketika itu. Rasa rindu...

*****

Biasanya kita akan cepat teringatkan seseorang yang dah takde atau yang dah tinggalkan kita secara automatik bila kita melihat sesuatu yang ada kaitan dengan mereka. Betul tak? Jadi, kalau aku takde esok lusa, apakah perkara yang akan mengingatkan kalian tentang aku?

Sesiapa sebut toyol sebab fizikalnya yang berkepala botak dan kurus dengan perut buncit, memang aku tepuk kepala dia laju-laju sampai berjoget kat situ. Hehehee...

*****


Inilah lauk yang aku maksudkan, beberapa jam kemudian. Sikit? Memang la, dah nama pun mentong*, mana boleh banyak-banyak. Dan aku pulak kalau mentong* dengan lauk berkuah, memang suka stail macam ni. Letak dalam mangkuk, kuah kasi lebih.

Hehehee...

*****

Ohye, sesiapa tau maksud perkataan mentong* ni, kita boleh makan nasi ambeng sedulang...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

21 comments:

  1. mentong ni lebih kurang mcm makan malam atau makan tengah hari untuk kali kedua la kan....

    ReplyDelete
  2. mentong nie ..makan berulang ulang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab lauk ni kena dengan tangan orang yang masak.

      Delete
  3. aku pun suka lauk ni.. suka gilaaa..
    perkataan mentong tu aku selalu pakai. sebab tu gemok taknak turun2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka je cukup, jangan sampai gila sudah... Gemuk aje pun takde hal, janji hati senang...

      Delete
  4. Nasi ambeng sedap...

    Mentong sabtu ahad selalu lebih 2 kali.

    Kbai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku suka mentong waktu malam, kalau ada belen la...

      Delete
    2. rumah mak mertua aku jarang ada belen bile dh lebih 1030 malam...

      pandai-pandai sendiri la jawabnya...

      Delete
  5. Ni lauk masak pindang ke?

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka makan dgn kuah lebih. Tapi taklah sampai nasi boleh berenang dlm kuah.

    Apapun, jangan membazir.... ha..ha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka banjir, lepas tu makan dengan sudu. lagi best, duduk depan tv...

      Delete
  7. haha..mentong pas terawih! dah lama xmakan nenas mask cmni..lebihkan cilipadi...perghhhh....


    singgah blogwalking...salam perkenalan! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas terawikh? ok, malam ni boleh sebab dah puasa...

      Delete
  8. mentong...1st time dengar

    ReplyDelete
  9. "mentong wak Miiii.."itu kata ipar duai kalau aku balik ke kampung time raya...aku pun mentong le apa lagi..sekejap mentong...sekejap sekejap mentong hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu biasa, dah nama pun beraya. makan la di luar lunch hour...

      Delete
  10. mentong ni..makan kali kedua. arwah nenek aku suka guna perkataan ni..halamak, ni dah tetibe teringat bulan-bulan puasa ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi nak raya, aku pun dah start bila nak ziarah...

      Delete