Ramadhan: Peluang Di Celah Kesempitan

12
3:29 PM
Petang semalam beberapa minit sebelum azan maghrib, sambil tu sempat jugak tangan mulus aku membelek telefon bijak ni. Belek punya belek, sengaja aku bukak Twitter. Tengok apa update terkini yang betul-betul punya terkini dan sensasi. Tak lain dan tak bukan adalah...

...berkenaan dengan keadaan trafik di luar rumah sana. Sengaja aku tengok sebab nak hiburkan hati. Bila tengok orang lain susah kadang-kadang rasa terhibur pulak. Lebih-lebih lagi yang dalam kesusahan tu adalah jenis pemandu sombong.

Tapi dalam masa yang sama, aku rasa bersyukur jugak Tuhan bagi aku kehidupan serba sederhana. Cuma mampu bermotosikal kategori kapcai je ke tempat kerja. Kalau aku ni kaya, mesti la nak naik kereta pagi dan petang. Kereta takkan la nak beli kompak kan? Kalau beli moto pun, takkan la nak beli kapcai. Mesti la paling koman pun Ducati atau jenis easy rider. Tak ke susah nak mencelah tu.

Dalam banyak-banyak update trafik tu, ada satu je aku berkenan iaitu...








...daripada akaun @WazeTrafficKL (semua imej ni aku baru je screenshot).

Hehehe, susah aku nak imagine macamana agaknya driver malang yang tersangkut dalam traffic jam tu semua. Dah la dekat waktu berbuka, kereta pulak gerak perlahan sikit daripada siput babi celah rumput. Nak lari ke mana pun tak boleh.

Nak buat macamana kan, dah lumrah. Tambahan pulak bila tiba bulan puasa. Dia punya sesak tu lain macam. Mungkin ramai yang keluar pejabat serentak kot.

Dan kesengsaraan umat atas jalan raya ni telah pun mendatangkan idea bernas dalam kepala botak aku.

Dalam kesusahan mereka ni, rasanya tak salah kalau aku cuba rebut peluang sambil menyelesaikan masalah mereka yang mampu berbuka dengan korek hidung semata-mata. Iaitu jual kuih dan air kotak. Lokasi operasi ni aku akan tumpukan di jalan-jalan yang kebiasaannya akan sesak dengan pembeli sasaran adalah para pemandu malang, pejalan kaki, penunggang motosikal yang jauh lagi nak sampai rumah dan jugak brader polis trafik. Kalau polis trafik ni menjalankan tugas beliau dengan jayanya, mungkin aku boleh bagi free je.

Tiga ketul kuih dengan variasi rasa, jenis dan warna aku akan jual dengan harga RM1, air kotak pulak aku akan jual RM1.50 sahaja. Cukup murah kan? Sesiapa yang tengah terdesak mesti akan cukup berterima kasih pada aku ni.

Tapi ada satu je yang jadi penghalang.

Aku keluar ofis paling awal pun pukul 5:30 petang, lepas tu sampai rumah pun dalam setengah jam lagi nak berbuka. Lagi ada hati nak bisnes jual juadah berbuka macam ni. Nak buat hari minggu? Mintak maaf la, kat rumah aku pun ada banyak lagi projek tertangguh. Jadi, aku punya idea tu cuma tinggal idea je la nampaknya.

Sekian, assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. aku pun bersyukur sebab boleh naik lrt pergi balik kerja.kalau bulan puasa, kl ni memang akan jam.tak boleh elak. ingat betul lah tadi nak buat bisnes.ceh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada geng baru sedap berniaga macam ni.

      Delete
  2. iye iye or je sm ni ..last2 sendiri pun bz...huhu...grrrrrr..

    selamat berpuasa sm :-)) ati2 dalam perjalanan pi dan balik kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita sendiri pun golongan pekerja office hour macam diorang, nak buat macamana...

      Delete
  3. baru nk jon bencer...haha.. gud idea nih.. xpayah nega bazaarrr yg pun mmg jem.uhuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau buat kuih, aku jualkan. Untung bahagi 90/10

      Delete
  4. buat duit bulan posa..orang Melayu kreatif habis..lepas bulan posa dah penyakit malas datang balik...kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pikir duit je, tu yang jadi rajin.

      Delete
  5. pada suatu masa dahulu, ketika duduk di KL memang dah biasa bukak puasa dalam kereta.... sebelum keluar office beli makanan skit dulu kat 7E atau bazar, klu tak sempat beli pun, stok kurma sekotak mmg dah ada dalam kereta... sebab mmg dah tahu xkan sempat sampai umah waktu azan maghrib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, terima kasih. Dapat idea tambahan. Boleh jual kurma jugak ni. Usop kuyup... (Nada berbisik)

      Delete
  6. huhuhu...

    terpengaruh rancangan telebisyen ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan drama tv waktu maghrib tu ye...

      Delete