Aku Tak Nak, Baziiiiirrrrrrr.....

12
2:36 PM
"Ada offer untuk staff kat resort, satu kepala RM25. Sorang staff boleh bawak lima orang je..."

Lebih kurang macam tu la ayatnya tengahari tu. Ayat yang kalau diterjemahkan secara halus lebih membawa erti permintaan. Permintaan tersirat.

Eleh, macam la aku baru kenal setahun dua.

Tapi apa yang tersurat dalam kepala botak aku ni, tahun ni aku akan tambah satu lagi NO dalam bulan ramadhan iaitu berbuka di luar. Lebih-lebih lagi secara buffet, tak kira la berapa kosnya. Murah atau mahal. Cuma kalau ada sesiapa yang berkenan nak payung tu, mungkin aku akan fikir 13 kali sama ada nak terima atau cuba untuk mereka beberapa alasan yang nampak cerdik, seterusnya dapat menjaga hati orang lain.

Aku rasa, macam boleh je. Sebab dah beberapa tahun ni aku berjaya memboikot pasar ramadhan. Kalau tak silap tahun ni dah masuk tahun ke-4 kot. Ketepikan kes istimewa kat Kota Bharu (entri ini) dan Kuala Kangsar tahun lepas.

Jadi, apa alasan paling padu aku nak bagi pada permintaan kat atas tu?



"Tunggu la nanti dah dekat hujung-hujung bulan puasa ke. Sekarang ni ramai orang, malas nak berebut-rebut ambik makanan." jawab aku dengan muka serious shit...

Ya, jangan pelik sangat dengan aku ni. Pasar ramadhan tak suka pergi, berbuka makanan buffet pun tak suka jugak. Apa kejadahnya aku ni? Bukannya apa. Pertama, pada aku RM25 tu masih lagi nilai yang besar untuk orang yang berbuka dengan satu atau dua hidangan je. Biasa kalau aku tapau nasi bungkus, separuh daripada harga tu aku boleh buatkan untuk tiga orang makan!

Lagi pun, berebut-rebut mengambil makanan adalah satu pandangan yang kurang enak pada mata aku. Biasa la orang kita ni kan, kalau pasal bab makanan mesti laju je berebut. Tamak. Atas meja dah penuh dengan makanan pun nak ambik lagi. Penuh, sampaikan nak letak siku pun dah takde tempat.

Nak lagi alasan? Sebab aku tak nak jadi penyumbang kepada budaya pembaziran.

Eh Botak, tapi kau lupa satu perkara. Bukan ke kat resort tu kalau bulan puasa akan ada show daripada seniman yang kononnya kau minat sejak beberapa tahun tu?

Hmm, aku di dalam dilema... Aku harap mereka tak main lagi kat situ tahun ni. Kalau tak, goyang jugak pegangan aku ni.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Setiap kali ramadhan pasti akan bawa family at least sekali berbuka buffet... saja nak bagi wife rehat memasak sehari dua :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang sama ke? Atau cuba cari kelainan setiap kali?

      Delete
    2. Setahun sekali mesti berbuka kat PICC. Kat ctu puas hati makan sampai kul 10.. hehehe surau pun selesa.

      Delete
    3. PICC? Ikan bakar tu ke? Ye, kalau surau selesa, cantik jugak tu..

      Delete
  2. mmg bazir..lg2 kalau utk perut kecik mcm aku. rm25 boleh pakai mkn utk 5 hari tu. time buka santak air je pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembung air la macam tu...

      Delete
  3. lama jugak ek x pergi Bazar Ramadhan.. bagus2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Layan pasar malam je, walau pun kurang meriah berbanding hari biasa...

      Delete
  4. setakat ni berjaya menahan diri dari pi bazar ramadhan...huhu...masak sendiri lebih jimat
    :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbuka kat rumah tak payah berebut untuk solat maghrib...

      Delete
  5. tahun ni merasa satu kali je buka buffet, pegi sebab nak jaga air muka ofis je.

    nasib takde orang ajak. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbuka kat rumah lagi, pada aku la...

      Delete