Bawah Jambatan

8
4:36 PM

Gambar diambil lebih kurang jam enam petang, sebelum penemuan aku dengan Viva Forever di pekan Sabak Bernam. Hmm, air surut. Mungkin dalam enam jam lagi air akan pasang sepenuhnya. Cantik sangat la tu. Lokasi pun strategik. Betul-betul bawah jambatan Sungai Bernam yang menjadi sempadan antara negeri Perak dengan Selangor. Siap ada platform dan boleh baring-baring lagi, kalau dah boring sangat tak dapat ikan. Lampu jalan yang bersusun di atas jambatan sepanjang jalan pun aku rasa mampu memancarkan cahayanya hingga ke bawah sini, tanpa ada apa-apa halangan. Biarpun tidak lagi cerah.

Jadi la tu, daripada kami terpaksa meraba-raba dalam gelap. Kan?

Malamnya, operasi bermula lebih kurang jam 12 tengah malam.



Kami bertiga iaitu aku, Arab dan Angah sedia dengan joran masing-masing. Angah dengan joran pinjam manakala Arab pulak bergaya dengan joran baru tapi belum pernah menaikkan hasil, walau pun dah dua kali guna termasuk malam sebelumnya.

Tunggu punya tunggu, punya tunggu. Punya tunggu, punya la tunggu sampai la air pun dah mula surut... Masih lagi takde hasil. Kedai makan yang terletak tak jauh dari situ pun dah matikan lampu menandakan akan menamatkan operasi mereka.

Tiada hasil, kecuali kedapatan sebuah kereta yang berhenti (aku tak pasti dari arah mana) di bawah jambatan tu dengan gelagat seorrang lelaki yang kencing betul-betul di bawah cahaya lampu. Ewah, kau ingat tandas awam ke? Macam air paip aku tengok! Bengong.

Dua orang lagi (seorang lelaki dan seorang perempuan) hilang di sebalik column besar. Mungkin muntah kot. Aku tengok gelagat masing-masing macam orang tak betul je. Macam mabuk pun iye jugak. Hmm, betul-betul menggangu konsentrasi.

Takpe la Arab. Takde hasil kali ni. Next week aku bawak satu port baik. Cuma RM3 je sekali masuk...

Sekian assalamu 'alaikum...


Tambahan: Si Angah kata, perempuan tu muntah kat sebelah tiang column. Hmm...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. mancing kat pasar je sm..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia punya feel lain. Lagi pun kat pasar banyak godaan...

      Delete
  2. Seronoknya dapat memancing. Tenang perasaan. Cuma kalau pakai umpan cacing, mau melompat-lompat tukang pacing ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai umpun-umpun je, lagi seram daripada cacing...

      Delete
  3. Replies
    1. kerapu? jangankan ikan, anak udang pun tak muncul...

      Delete