...Dan Hari Itu Kami Pun Tuang!

8
2:13 PM
Kurang dua kilometer sebelum ke pekan Selandar, Melaka.

Kalau tak silap, masa tu muka jam yang melilit pergelangan tangan aku baru je menunjukkan pukul 10 pagi. Tapi dia punya terik, ya ampun. Cuma Tuhan je tau.

Dan memang kebetulan pulak tanda reference tempat aku berdiri masa tu di tepi jalan yang langsung tak terkena bayang teduhan dari mana-mana pokok besar berdekatan. Ditambah pulak dengan permukaan jalan yang semakin membahang. Boleh dikira aku ni macam seekor ayam togel yang dimasukkan dalam ketuhar dengan kaedah pembakaran dari atas dan bawah.

Di atas, matahari memancarkan cahaya bersama-sama dengan teriknya yang menggigit kulit. Dan dari bawah pulak permukaan jalan seolah cuba mencairkan tapak safety boot aku.

Entah kenapa, cuaca hari tu memang lain macam betul la. Walau pun belum lagi masuk tengahari.

Aku memandang Angah yang mencangkung dalam dua atau tiga depa dari aku. Atoi pulak sedang berjalan beberapa puluh meter dari kami berdua sambil memikul tripod dan reflector di bahu. Macam biasa la, mamat ni kalau berjalan memang bergaya sikit. Sama ada dalam hujan atau di bawah panas matahari.

"Macamana Angah, aku dah tak boleh blah ni. Lutut ni rasa menggigil, lain macam betul la," kata aku pada angah. Kata-kata yang sebenarnya tidak la berupa soalan atau cadangan, tapi lebih kepada nak mendapatkan input daripada orang bawahan.


"Entah la bang, saya ikut je." Cis, aku dah agak.

"Takpe la, kau pergi beli roti dengan air kat kedai sana. Lepas tu panggil Atoi balik kat kereta. Kita calo dulu, lepas tu tengahari kang kita sambung balik." Balas aku sambil menghulurkan duit entah berapa ringgit aku pun tak ingat, sebab kejadian ni berlaku dah lebih 10 tahun yang lepas gitu.

Sesampai je di bilik yang kami sewa selama seminggu tu (jarak ada la dalam sejam kot dari site), tanpa berlengah kami pun setelkan beberapa ketul roti setiap sorang dengan setiap gigitan dan kunyahan disertai perasaan penuh kasih sayang serta disulam dengan air sejuk. Kalau tak silap aku air botol kot yang si Angah ni beli kat kedai runcit tepi jalan tadi.

Malamnya...

Lepas puas mengopek daun dan dah declare beratus kali, aku pun pesan kat Atoi dan Angah untuk yang ke sekian kalinya.

"Aku nak tido ni. Korang jangan lupa set alarm kat henpon. Kang terlepas pulak sahur macam pagi tadi..."

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. Seingat aku, aku tak pernah tuang puasa kecuali masa zaman sekolah dulu. Ada satu pengalaman, training bola bulan puasa, balik training beli air tebu.. Perghh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau air tebu, tak payah bulan puasa pun aku boleh 'ngences'.

      Delete
  2. Tahun ni insyaalah saya tak terlepas sahur. Tahun lepas 2 kali terlepas sahur tapi esoknya masih berpuasa macam biasa, sempat joging lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni dua kali saya terlepas sahur. Tapi takde masalah sebab dah kerja dalam bangunan.

      Delete
  3. salah baca.. ingatkan TUNANG.. rupanya tuang.. hahahhahaa jgn lupa ganti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terselit satu huruf, jadi jauh sangat maknanya...

      Delete
  4. kihkihkih...

    kalau tak site, hari konkrit adalah hari paling mencabar....

    ReplyDelete