Double Strikes, Kena Kencing...

18
5:46 PM
Percayakah anda dengan apa yang aku nak sampaikan sekejap lagi? Sila percaya memandangkan aku jarang kencing pembaca blog ni, tambahan pulak bulan puasa kan...

Aku nak bagitau bahawasanya, selain daripada peniaga pasar ramadhan, penjual durian tepi jalan atau pasar malam adalah antara golongan yang tidak boleh dipercayai.

Kisahnya begini...

Malam tadi, lebih kurang jam 8:15 malam bila dah setel berbuka dan solat maghrib, tiba-tiba satu-satunya anak aku yang sejak lahir dah duduk dalam tekak (anak tekak la!) mula merengek nak merasa buah yang baunya boleh buat orang mengandung sakit kepala. Ini gara-gara malam sebelumnya, lubang hidung aku ada terbau aroma semerbak dari rumah sebelah (agaknya). Jadi, rasa mengidam pun datang la tak mengira waktu. Padahal, dalam setengah jam lagi nak masuk waktu isya'.

Sudahnya, aku capai wallet dan kunci belalang tempur,
lantas terus memecut ke arah pasar malam yang letaknya kurang 500 meter dari rumah. Dengan harapan brader yang jual durian tadi masih ada lagi. Sesampai je aku tengok, stok memang tak banyak. Ada la dalam 5 longgok durian kampung dengan harga RM10 selonggok.

Harga yang berbaloi dan aku pun malas nak nego memandangkan brader ni dah bagi aku keyakinan akan kualiti buah durian yang dia jual tu dalam hanya beberapa minit.

Servis bertukar tangan. Not berwarna merah dalam sekelip hidung berubah menjadi 5 biji buah durian bersaiz kecil dan dimuatkan ke dalam bakul belalang tempur.

Sampai rumah, ngam-ngam sebelum azan isya' aku pun belah dengan harapan menggunung dan lebih tinggi daripada Elizabeth Hurley.

.
.
.
.
.
.
.

Dem! Daripada 5 biji, cuma 2 biji je yang boleh makan! Jilake betul la. Tambah jilake, ini kali kedua aku terkena dengan brader ni. Jadi, siapa yang samdol sebenarnya dalam kes ni?

Aku kot. Hehehe...

Argh, pergi angkat wudhu' dulu dan bersiap-siap lagi bagus...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. alahai..kesiannya...laim kali tengok dulubaru beli..kita kan pembeli ..ada hak memilih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalut nak cepat punya pasal...

      Delete
  2. kalu 1st time beli..naseb ko xbaik. kalu ni dah 2nd time..hahaha..kira xde rezeki.
    smlm beli durian jugak.
    sebiji..rm24. kalau jumpa org jual durian ade durian d24 dgn durian kg.. d24 menang. kalau tak..ahhh..belasah je asal nama durian.
    Tp durian kg kalau dpt yg molek mmg berbaloi beli.Puas mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantu durian jugak kau ni. Buat bubur kacang pun sedap...

      Delete
  3. nak rasa kesian, tapi macam tak mampu.
    hahaha. bertabah la bro. lain kali beli durian kt brader lain k.. pilih elok2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alu rasa penjual lain pun lebih kurang je. Cakap berdentum, tapi kualiti tak seberapa...

      Delete
  4. Selonggok RM10 oklah tu kot. Yang masam tu boleh buat tempoyak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat nak setelkan one shot je...

      Delete
  5. nasib baik ada yang boleh dimakan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tak berbaloi pulak, 2 biji je elok...

      Delete
  6. Saya tak suka durian. Baunya saja boleh buat saya diserang migrain. Tapi isteri saya memang kaki durian. Sebagai kaki durian dia memang sangat pro, ketuk2 dan bau dia dah boleh teka yg mana durian elok dan yg mana tak elok. Sebab itu dia tak pernah kena tipu kalau pasal durian. Kalau pasal lain kadang2 dia tertipu juga termasuk ditipu suaminya, hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka durian. Tapi tak gemar pulak dengan bau yang terperap lama dalam kereta. Lebih sanggup drive sambil hulur kepala ke luar tingkap...

      Delete
  7. ni kira citer kencing ke sohih ni keh3

    ReplyDelete
  8. ibu_suri banyak kali merengek minta aku belikan durian untuk dia. aku katakan, aku dah serik bab beli durian dalam bentuk biji ni. banyak kali terkena macam tuan...

    aku tunggu jualan durian dah siap kupas. mahal pun takpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tau makan je, tak tau sangat memilih...

      Delete
  9. suami aku cakap kalau nak makan durian, makan yang boleh makan kat situ. dan makan sampai muntah.

    kihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena makan ramai2. Kalau sorang2 je tiga ulas dah cukup...

      Delete