Juara Syawal 1436

18
2:35 PM
Mengumumkan tempat kedua bagi carta Juara Syawal bagi tahun ini adalah...

kerepek pisang sedap

Keperek pisang dari Kampung Parit Jawa, Batu Pahat. Dia punya rasa lemak dari hirisan pisang entah apa ke nama memang sedap, sederhana masin kena dengan lidah orang tua yang aku miliki. Sampaikan geng-geng lelaki pergi lepak luar pun aku tak join. Lebih khusyu' mengadap benda ni. Sesuai untuk yang gigi berlubang macam aku ni.

Manakala kedudukan juara pula dimiliki oleh....

Dum, dum, dum, dum (drum roll)...

popia mini sedap

Popia mini inti bilis! Gila sedap, aku malas nak describe macamana. Yang penting, memang aku dah setelkan satu telap. Nak mintak tuan rumah top up, segan la pulak. Lokasi Kampung Parit Mustaffa Darat, Batu Pahat jugak. Ini la dia agaknya berkat dua hari berturut-turut ulang-alik ke Batu Pahat untuk jadi bodyguard mak aku beraya.

Abis tu tempat ketiga takde ke? Takde sebab raya tahun ni aku tak jumpa lagi kerepek ubi yang aku jangka mampu menjadi finalis. Mungkin dua ni pun dah cukup sebab raya pun dah nak abis kan?

Ok la, salam Jumaat semua. Assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

18 comments:

  1. kedua duanya hanya tinggal kenangan..coz dah tak boleh makan kerepek macam ni..batuk

    ReplyDelete
  2. Btl itu..kerepek pisang mmg terbaik..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. saya tahun ni banyak makan kek lapis sarawak... ntah kenapa ntah... maybe sebab tu je kot yg kuih yg rare skit nak jumpa time syawal ni.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek lapis sarawak ni sedap jugak. padat, makan sikit dah puas...

      Delete
  4. Kuih fabret saya - kuih bakar - tak saya jumpa Syawal ini sampai sekarang. Terkilan juga...

    ReplyDelete
  5. Kepek pisang makan sambil tengok TV memang licin le jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi sedap daripada popcorn. elok jugak kalau tengok wayang sambil makan kerepek pisang...

      Delete
  6. segala jenis kerepek memang kegemaran saya. selalu ada stok dalam kereta untuk makan bila ngantuk masa drive.

    tapi selalu beli yang dah pek siap tu, keras terutamak kerepek ubi.

    sakit bila tercucuk kat gusi yang ditinggalkan gusi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kalau memandu jauh2 memang akan standby kerepek (atau jajan), makan kalau mengantuk. tapi sejak jumpa lipas dan segala macam jenis sisa makanan kat bawah seat (pernah jumpa tulang ayam), terus haramkan memakan sebarang jenis makanan.

      minum air atau kunyah chewing gum je boleh...

      Delete
  7. kerepek pisang naik harga, pisang susah dapat..kalau boleh beli tu kira bertuah la dimusim perayaan gini. Popia bilis pulak memang terbaik..memang ralit makan tak sedar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnya kalau ada tanam pokok pisang sendiri...

      Delete
  8. kerepek pisang terbaik! sedar2 je dah abes sebalang.. popia x minat sgt

    ReplyDelete
  9. Tu pisang nangka tu. Mesti tipis2 rasa die kan...

    ReplyDelete
  10. Tu pisang nangka tu. Mesti tipis2 rasa die kan...

    ReplyDelete