Menukar Stokin Telinga

19
10:51 PM
Rasa-rasanya, dah nak masuk tahun ketiga kot aku gunakan gambar profail yang sama. Dan kalau sesiapa perasan, cermin mata yang aku pakai tu sebenarnya adalah antara kesayangan aku sebab design kerangka yang agak sporty dan jugak selesa dipakai (mula-mula je macam tak sedap, lepas tu lama-lama memang syok) walau pun frame yang aku beli ni bukannya original pun. Kalau original, banyak ratus jugak aku kena belanja. Tapi yang ni seingat aku cuma RM150 je. Power tak?

Disebabkan frame ini adalah kesayangan aku, jadi aku jarang pakai buat `basahan'. Cuma priority aku berikan kalau aku nak keluar dating, tengok wayang atau untuk aktiviti yang perlukan aku tampil segak bergaya, kacak, menawan, menarik, tertarik aku memang da bomb...!

Tapi sejak beberapa minggu ni, bahagian yang paling penting pada frame ni dah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan dan perlu dipencenkan dengan segera. Sampaikan aku terpaksa balut dengan selofan tape kat bahagian hujung `earsock' tu. Sekali imbas, nampak macam gonjeng pulak. Hahahaa...!

Akhir sekali, aku terpaksa mengalah.


Cari punya cari, aku pun jumpa la satu set `earsock' yang jugak bukan original dengan harga yang sama dengan duit minyak moto aku selama 15 hari. Adui, pasrah je la. Nak kedekut sangat, tak boleh pulak. Kang boleh mendatangkan fitnah oleh orang sekeliling yang melihat kegonjengan frame cermin mata aku.

Lens dah nampak perkasa dengan transition yang boleh bertukar jadi gelap, tapi frame pulak serupa haramjadah...

**********

Petang tadi. Sampai je kat rumah, aku pun memulakan pembedahan transplan yang pertama untuk si oren ni.

menukar earsock oakley crosslink
Tu dia, kalau korang jalan beriringan dengan aku pun mungkin akan rasa segan kot. Apa la punya nasib dapat kawan selekeh macam ni. Cermin mata pun main balut dengan selofan tape je. Siap ada daki lagi tu!

menukar earsock oakley crosslink
First, ini la dia rupanya `earsock' tu. Nampak macam remeh, tapi kalau ada kepincangan, boleh menjejaskan produktiviti keseluruhan organisasi. 

menukar earsock oakley crosslink
Sebelum operasi, tanggalkan dulu tangkai dengan bingkai. Baru la selamat tanpa ada apa-apa risiko kecederaan yang lain. Memang la tak original, tapi aku sayang woo... 

menukar earsock oakley crosslink
Tanggalkan selofan tape, dan cabut `earsock' tu sekali. Sekali aku tarik, berderai dan ada jugak yang melekat. Dah bukan macam getah terbakar, tapi macam gumpalan taik hidung pekat menempel pada hujung jari...

menukar earsock oakley crosslink
Siap dibersihkan daripada sisa taik hidung di celah-celah tangkai, dan sedia untuk disarungkan dengan stokin baru. 

menukar earsock oakley crosslink
Dia punya seksa nak masukkan, ya ampun. Lebih susah daripada seorang awek baru dapat lesen memandu yang cuba nak memasukkan Triton dalan ruang sempit, yang Kancil pun boleh bergesel side mirror. Tapi berkat doa, kesabaran dan bantuan alatan lain (cangkuk langsir), sedikit demi sedikit berjaya aku sarungkan.

menukar earsock oakley crosslink
Ok, siap satu. Lupakan dulu pasal jemari mulus aku yang sakit dan melecet. Usaha mesti diteruskan. 

menukar earsock oakley crosslink
Dan akhirnya, selamat... 

menukar earsock oakley crosslink
Amacam, hebat macam Sultan Melaka kan. Dengan warna orennya lagi. Belum pakai lagi dah terserlah ketampanan keyboard yang kat sebelah tu.

Mulanya aku ingatkan nak belanja satu gambar aku yang tengah posing dengan `earsock' baru ni, tapi takpe la. Aku pun hampir terlupa tentang polisi kerahsiaan identiti dan wajah yang aku jaga selama ni. Kang kalau bagi, ada baby yang tak tidur malam sebab mimpi hantu. Hahahaha...

Sekian, assalamu 'alaikum...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

19 comments:

  1. bkn taik idung kan..tp sebenarnya taik telinga kan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha, pandai pun... kaler dia sebijik. aku je tak tergamak nak bagitau. ceh!

      Delete
  2. rasanya entri sm yang ni paling meloyakan anak tekak...huhu

    selamat hari raya sm.. :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak...

      Delete
  3. Selamat Hari raya..

    Saya pun selalu bermasaalah dengan cermin mata ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cermin mata je takpe bang. tapi kalau mata yang ada masalah besar, susah jugak tu...

      Delete
  4. oh, dia boleh buka tukar-tukar ke? baru tau. ingatkan kena beli seketul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun baru tau. niat nak tukar tangkai tu. jadi, boleh la tukar warna lain kononnya. tapi terjumpa pulak ada orang jual sarung getah tu je...

      Delete
  5. x sangka.. memang power! hebat2

    ReplyDelete
  6. Dah berkerak dah tu.. Memang harus ditukau.. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. kalau tahap klasik, boleh simpan...

      Delete
  8. beli la sebelah hijau (mak kau hijau) sebelah oren.

    barulah stail bro.

    huahua.

    ReplyDelete
  9. Bro, mana boleh sy beli earsock ni.. ?

    ReplyDelete
  10. Bro, mana boleh sy beli earsock ni.. ?

    ReplyDelete
  11. Bro, mana boleh sy beli earsock ni.. ?

    ReplyDelete