Viva Forever

15
12:43 AM
Lokasi : Pekan Sabak Bernam, simpang empat Sungai Besar - Bagan Datoh
Masa : 6:10 pm
Tarikh : 25 Julai 2015

Masa aku keluar je dari mini market 99 Speedmart (pekan Sabak Bernam), tiba-tiba pulak kereta Viva ni berhenti kat depan kedai makan yang letaknya bersebelahan dengan mini market tu. Pemandunya pulak sedang bercakap dengan seseorang di kedai makan tu.

Segera aku masuk ke dalam kereta (kebetulan tak jauh dari Viva ni), start enjin dan terus mencari kedudukan yang baik untuk mengambil gambar. Tapi baru je kaki kiri aku menekan foot brake, si Viva ni pulak dah gerak.



Menggelupur jugak aku keluar dari lot parking di seberang jalan dan terus mengekori Viva ni keluar dari pekan Sabak Bernam menuju entah ke mana. Semata-mata untuk mengambil gambar. Ya, untuk mengambil gambar.

Korang ingat senang ke nak jumpa orang yang sanggup buat kereta dia macam ni, atas sebab yang aku sendiri tak pasti. Dan kalau berpeluang tadi, memang aku nak je tahan dia lepas tu ajak bersembang.

Gambar kat atas tu aku tangkap masa kami berhenti kat simpang empat sebelum dia (aku follow belakang lepas tu) membelok ke kanan. Mujur, aku sempat jugak memotong Viva ni dan membunyikan hon sambil mengangkat tangan tanda menyokong kata-kata yang diconteng di sekeliling badan keretanya.

Dan, `teguran mesra' aku dibalas juga dengan bunyi hon sedikit panjang.

Kalian rasa, siapa pemandu ni? Apa yang dia buat (pekerjaan)? Kenapa dia menconteng kereta dia sampai macam tu sekali?

Apa yang aku perasan, dia ni macam aktivis Green Peace pulak. Cuma ayat-ayat dia banyak tertumpu pada rumput.

Ha, rumput?

Spice Girls - Viva Forever

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

15 comments:

  1. ada juga zaman sekarang orang kurang kerja macam sm...huhu...sanggup kejar kereta semata mata nak ambik gambar... :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ada... ini la namanya paparazi yang mencari sumber dalam perspektif tersendiri. hahaha.

      Delete
  2. Ini namanya kreatibut, maknanya kreatif yang serabut. Pemilik kereta itu mesti punya mesej utk dipertontonkannya kepada dunia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam berguna jugak mesej dia ni. penuh makna...

      Delete
  3. Adalah tu tujuan dan alasan dia buat camtu....selain nak dapat perhatian ramai kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak sampaikan mesej, kena la tarik perhatian kan?

      Delete
  4. Adalah tu tujuan dan alasan dia buat camtu....selain nak dapat perhatian ramai kot...

    ReplyDelete
  5. Kontraktor lanskap kot..

    ReplyDelete
  6. die kerja cikgu.

    kereta tu, budak-budak yang conteng.

    sekian analisis saya.

    kbai.

    :)

    ReplyDelete
  7. teringat di waktu waktu puncak ibu_suri menghidap bipolar disorder. boleh baca catatan saya tentang kancil saya yang penuh dengan patung keroppi di sini:

    http://hujan-petang.blogspot.com/2012/11/episod-keroppi.html

    moral of the story... kita hormatilah mereka kerana kita tidak tahu apa sebenarnya kisah di sebalik yang pelik pelik di mata kita itu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang saya hon dan angkat tangan (tegur). Tak dapat peluang nak sembang dengan pemandu ni... Macam ada kisah yang menarik je kan.

      Delete
  8. Nak naik pun tak tergamak rasanya....hehe

    ReplyDelete