Kami Datang, Kami Serang, Kami Timbang...

6
11:26 AM
Setelah kegagalan memujuk penghuni Sungai Bernam agar menjengah darat tempohari (entri raya dua, tiga minggu sudah kat sini), aku pun memberikan janji lisan kepada Arab untuk memenuhi kegersangan dia menaikkan ikan dengan set joran baru dia. Rasa kesian pulak sebab sejak beli set pancing secara diam-diam ni langsung tak pernah dapat bawak naik ikan, walau pun seekor anak ikan bilis.

Ikan duri yang dia dapat sebelum ni pun cuma pinjam aku punya joran je. Sebab tu la bila tau aku nak mengail bawah jambatan hari tu dia punya excited lain macam betul. Pantang tengok aku bukak pintu rumah, terus tanya `nak pergi mana?' Haram jadah betul. Tapi tu la, kesian pulak bila balik dengan tangan, kaki dan perut yang kosong.

*****

Minggu lepas, aku pun bawak la dia pergi ke satu kolam pancing dekat Banting. Menurut kawan aku yang dah pernah try kat sini, tempat ni memang syok. Kalau pergi memang tak pernah tak dapat. Kononnya kalau letak udang kat tebing pun ikan boleh bawak lari ke tengah kolam. Phuiihh, kemas jugak dia punya sembang. Boleh mendatangkan keghairahan pada orang-orang yang dah lama tak bawak naik ikan macam aku ni.



Tambah syok lagi, stail kolam ni yang tak mengenakan kadar bayaran masuk ikut jam. Tapi bayaran adalah per entry. Bermakna dengan sekali bayar, korang boleh memancing seberapa lama yang korang nak selagi tak kena marah dengan mak bapak atau bini kat rumah. Dia punya harga pun tak mahal, cuma RM3 untuk siang dan RM5 untuk waktu malam iaitu selepas pukul 7 malam.

Kemudahan? Jangan risau kawan, kalau agak2 tak tahan nak terberak, tandas yang selesa pun ada disediakan selain daripada surau. Jadi memang takde alasan nak skip solat. Kalau ponteng jugak, jangan menyesal kalau jari tu kena gigit ikan.

Kat mana lokasinya? Nah, tengok dulu koordinate GPS ni...


Apa yang aku tau, kat sini ada dua tokey yang berlainan. Kolam pertama adalah tempat di mana aku mengail malam tu, di mana terdapat 6 buah kolam (kalau tak silap) dengan setiap kolam tu ada terdapat spesis ikan yang berlainan. Senang sikit. Kalau ada bajet lebih dalam wallet, boleh la gatal tangan mengail kat kolam yang ikannya mahal. Kalau saje nak cuba try test macam si Arab ni, pancing je la kat kolam siakap iaitu yang paling murah dengan harga RM17/kg.

Sebabnya, kalau dapat ikan kat sini barulah korang akan dikenakan bayaran tambahan mengikut berat dan jenis ikan. Lagi banyak atau besar ikan tu, lagi menipis la wallet korang tu. Jadi, tepuk wallet, tanya kemampuan.

Kaedah yang sama jugak untuk kolam yang lagi satu. Tapi kawan aku kata, ikan kat kolam ni tak diasingkan. Kalau dapat ikan murah, senyum la nak membayarnya. Tapi kalau dapat jenis yang sampai RM38/kg memang tersengih sambil bergenang air peluh di celah hidung.

Koordinate yang aku bagi kat atas tu adalah simpang tiga yang memisahkan kedua-dua kolam tu. Kalau nak ke kolam yang aku pergi, sila la belok ke kanan. Dan inilah rupanya kalau korang seekor burung dan sedang memandang ke bawah, ke arah kolam di sebelah kanan selepas simpang tiga tu.


Nasib kami agak baik malam tu, sebab bila kami sampai je kat situ hujan daripada gerimis dah menjadi renyai. Tak ubah macam tepukan selamat datang daripada sekalian penghuni kolam.

Selepas bayaran dibuat untuk dua batang rod, kami pun pilih kolam siakap untuk memulakan perjuangan. Nak cuba kolam bawal atau kerapu rasa tak terdaya pulak akaun bank nak sampaikan ke gaji. Sebabnya malam tu aku yang payung semua sekali. Dah janji kan, kena la tunaikan. Barulah dipandang berintegriti.

Zap! Tu dia, pancing hikmat aku terus me`landing'kan tubuhnya dalam usaha memujuk para penghuni memakan umpan di tengah-tengah hujan renyai.


Memang kami sengaja tak sediakan umpan dari rumah sebab kat sini pun dah ada dijual udang. Aku rasa tak mahal pun. Cuma RM1 untuk tiga ekor yang kecil atau 40 sen seekor untuk yang besar.

*****

15 minit pertama, tiba-tiba pancing hikmat aku cuba untuk terjun ke dalam kolam. Mujur aku sempat melakukan aksi balik kuang dan terus menyambar batang pancing, seterusnya menggagalkan percubaan beliau untuk terjun. Bagaikan seorang pahlawan berpakaian merah jambu dan bergincu ayu, aku pun mengayuh paddle mesin Shimano siri 500 dengan tali 20 paun yang baru ditukar waktu petangnya. Hmm, takde la berat sangat. Tapi ok la. Tengah sedap-sedap menarik tu tiba-tiba, ploops...!

Putih mata aku tengok ikan yang dah hampir sampai ke tebing berjaya menyelamatkan diri. Lebur, punah harapan aku nak berlagak depan Arab. Cis...

Takpe, ada lori ada bas, sekali lagi kau rentap memang aku libas!

Hasilnya, lebih kurang 15 minit kemudian, aku berjaya jugak menaikkan seekor siakap bersaiz 10 tapak tangan (bayi baru lahir). Hahaha, bermula dari ikan mencecah lantai sampai la aku memasang umpan yang baru, memang kaw-kaw aku punya berlagak. Bukan apa, saje je nak bagi mamat ni panas hati.

Ikan yang aku dapat ni kecik je pun, tapi aku punya berlagak dah macam tokey kolam ni bapak mertua aku pulak. Hahaha...

Dan tambah power nokharom, dua ekor lagi menyusul selepas itu dengan ikan kedua aku dapat naikkan tak lama selepas hujan berhenti. Setiap ikan yang naik tu pulak lebih besar berbanding sebelumnya.

"Macamana ni Rab, makin lama makin besar pulak. Letih la nak bayar ni karang..." baik punya ayat sampai merah jugak telinga. Bila je dah dapat ikan yang ketiga dengan berat dalam setengah kilo, aku dah mula relax. Takde beria sangat, tengok joran pun dari jauh je sambil layan Facebook. Rasa macam laju pulak internet malam tu walau pun bukan tengah bandar punya tempat.


"Arab, apa kata kau pakai dua mata pulak. Mana tau boleh dapat..." Dengan gerakan macam dah malas nak mancing sebab dah dekat dua jam takde hasil sambil mendengar ayat pembakar darah, dia pun mula la mengikat tali perambut yang baru hasil tunjuk ajar aku sebelum ni.

Ploops...! Bunyi umpan dan pelampung dilepaskan ke air. Hmm, nampaknya skill melemparkan umpan dia ni masih perlu diperkemaskan. Aim tempat lain, tapi ke lain pulak umpan tu jatuh. Ah, kira halal la. Asalkan bukan baling ke belakang!

Memang betul, kaedah yang aku syorkan tu tak perlu menunggu lama untuk menampakkan hasilkan. Dengan sekali rembat, Arab berjaya mendapatkan lesennya dengan ikan siakap kecil sedikit daripada yang aku dapat mula-mula tadi. Fuh, menggigil kau! Maklum la pertama kali dapat ikan saiz macam tu. Dulu setakat mancing ikan duri je, tu pun paling besar ada la dalam tiga jari.

"Macamana ni bang, nak pegang macamana? Tak reti."Tersengih dia menagih simpati dengan harapan aku sudi menghulurkan bantuan mengeluarkan mata kali dari mulut ikan. Hehehe, nama je nak mancing tapi pegang ikan pun takut. Podah! Buat sendiri la. Tak kuasa aku...


Hehehe, tu dia muka penuh kepuasan. Tu baru kecik. Ada lagi tangkapan yang hampir menyamai dengan ikan ketiga yang aku dapat. Amacam bro, puas hati?


Ok la, hari pun dah lewat. Esoknya kerja.

Inilah hasil keseluruhan tangkapan kami malam tu selama tiga jam bertapa. Kira ok la untuk orang baru macam kami ni. Jumlah keseluruhan hampir 3 kg semuanya. Berapa ringgit, korang kira la sendiri.

Pada aku masih lagi agak murah untuk dua orang memandangkan rate biasa untuk kolam air masin untuk sebatang joran paling kurang pun RM45 untuk minimum 3 jam tempoh memancing. Kalau ada lagi tempat lain yang lagi mahal atau murah tu aku tak tau la sebab aku bukan kaki kolam.

Manakala tangkapan paling besar dan bersaiz hidangan secukup rasa adalah hasil kecekapan jejari halus, mulus dan runcing aku iaitu lebih kurang 0.66 kg, kedua pulak daripada orang yang baru dapat lesen iaitu si Arab ni dengan perbezaan kurang 50 gram. Fuh, selamat. Kalau tak mesti tercalar jugak status abang yang aku pegang sepanjang kami memancing bersama selama ni.

Sekian, majulah siakap kolam untuk negara...

Assalamu 'alaikum.

*Aku sampai rumah pukul 2:30 pagi, esoknya memang abis rabak mata aku kat tempat kerja. Phuii...!
*Minggu ni kau pindah JB kan, dapat offer kerja kat sana. Kalau cari port ngail tu jangan terlajak sampai ke Batam, karang lain pulak jadinya...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. asalamualaikum sm..alhamdulilah ada rezeki...
    masak 3 rasa sedap ni sm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yang penting masa dapat tu ada satu rasa je, rasa puas hati...

      Delete
  2. saya pernah ikot kawan memancing, dan lepas naik ikan, saya tak reti nak keluarkan mata kail dari mulut ikan. sama macam arab gamaknya.. haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut2 je takpe, kalau nak serius kena la belajar pegang...

      Delete
  3. Lame benau aku tinggalkan kancah pancing memancing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada rod dengan mesin yang nak tolak tu, roger la...

      Delete