Sami Ferrari

12
9:57 AM
"Minggu depan hari Selasa, pergi Sabah. Boleh?" Katanya sebaik menghampiri. Satu ajakan yang aku rasa agak menarik jugak memandangkan aku pun dah lama tak melawat kawasan.

"Ok, set." Terus aku setuju tanpa banyak soal. Tanpa bertanya apa yang aku kena buat kat sana, dan siapa lagi yang akan ikut sertai kami ke sana...

Sebabnya, bukan la aku nak sangat naik flight atau kononnya nak melawat kawasan. Tapi aku baru dapat info yang favorite spot aku kat KLIA2 tu agak aktif jugak restock barang. Jadi mana la tau masa aku datang tu, kebetulan ada case baru sampai. Masyiookkk...

Perancangan awal dibuat. Kat mana aku nak parking moto kelak, tren pukul berapa, nak breakfast kat mana dan jugak dengan caragas aku siapkan kerja-kerja yang masih dipikul sejak beberapa harinya. Kalau nak outstation ni kena la setelkan kerja dulu, baru la tenang sikit kan.

Pagi Isnin. "Nah, flight pukul 10. Kita naik MAS dari KLIA..." Dia menghulurkan dua keping kertas A4 bercetak kepada aku.



Apa dia, naik MAS? Dem...! Aku setuju awalnya tu sebab aku ingatkan nak naik Air Asia, lepas tu mesti la depart dari KLIA2. Kalau kat situ, boleh la aku jalankan misi mulia ni. Tapi kalau kat KLIA, apa barang...?

*****

Mujur, ada satu kedai buku kat dalam bangunan terminal yang aku boleh dapat satu lagi barang sebagai pengganti. Iaitu buku yang aku tak dapat beli dulu (entri ini) sebab kurang mendapat keizinan daripada Encik Dompet.

Err, si comel warna putih tu aku dapat kat Sabah. Berbaloi jugak trip sebab benda ni la sebenarnya yang aku nak cari sangat.

lepas baca buku ni, aku cuma tertarik dengan bab-bab awalnya yang mana agak mengujakan jugak la. Menceritakan kisah seorang peguam yang power nak pengsan, kaya dan berjaya. Yang secara tiba-tiba menukar haluan hidupnya setelah mendapat serangan ketika di dalam kamar perbicaraan.

Diceritakan juga pengembaraan peguam tersebut dalam misi mencari ketenangan di pergunungan sampai la dia ketemu dengan seorang sami yang juga mempunyai latar belakang hampir sama dengannya. Tapi aku rasa sedikit sayang bila penulisan dalam bab-bab berikutnya lebih kepada buku motivasi yang lain (biasa) dan disampaikan dalam bentuk perbualan antara peguam itu dengan bekas pekerjanya.

Alamak, sedikit tergelincir daripada apa yang aku mahukan...

Walau apa pun, buku ni berjaya buat aku berjaga sepanjang 2 jam 45 minit di dalam penerbangan. Hmm, jadinya Nora nak bagi 3 binatang...!

Sekian, assalamu 'alaikum. Salam Jumaat semua.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

12 comments:

  1. Kemana pun kita pergi, minat sebagai kolektor tetap akan di bawa bersama.

    Boleh untuk tidak makan asalkan dapat menjamu mata melihat item kegemarann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ke mana2, benda ni sambil2 je cari. kalau jumpa tu kira bonus jugak la...

      Delete
  2. 3 Binatang pon boleh.. hehehhe.. menarik gak. blh carik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba kalau kena dengan taste...

      Delete
  3. kalau dah minat..apa pun boleh...:-))

    ReplyDelete
  4. Belom lagi berkesempatan ke Sabah.. Serawak je yang dah jejak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pulak sarawak baru 2 kali kot...

      Delete
  5. 2 jam 45 minit? mesti Sandakan ni..

    ReplyDelete
  6. Last sekali peguam tu jadi sami tak?

    Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last sekali, kau pun kena beli sendiri dan baca buku motivasi ni...

      Delete