E22 Highway To Hell (SDE)

17
8:15 PM
Dua hari lepas, aku ada perasan satu update daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia melalui diorang punya twitter, pasal kerja-kerja menampal lubang yang dah berkurun bersarang atas E22 Lebuhraya Senai-Desaru (SDE).

Sila la menjamu mata dengan gambar-gambar progress yang aku curi dari diorang ni. Hehehee...

lebuhraya senai desaru

Seterusnya...



lebuhraya senai desaru

lebuhraya senai desaru

lebuhraya senai desaru

lebuhraya senai desaru

Masalahnya apa yang aku nak herankan sangat pasal benda tampal lubang ni? Kira bagus la kan. Mana yang berlubang, ditampal. Mana yang berliku, diluruskan. Mana yang berombak, diratakan. Tahniah kepada pihak yang terlibat.

Hek eleh, tak heran korang kata. Aku memang dah lama ada masalah dan tak puas hati pasal highway ni sejak awal dibuka dulu. Rasa tak puas hati ni makin bertambah bila ada la beberapa ekor menteri dan orang-orang besar yang sarankan kita gunakan jalan biasa kalau kadar tol dinaikkan dan membebankan. Kepala hangguk dia hijau!

Nak suruh guna jalan biasa sebab tak nak rasa terbeban bila kadar tol dinaikkan. Tapi macamana pulak dengan highway yang dikenakan tol tapi membahayakan keselamatan pengguna. Lubang sana sini.

Untuk pengetahuan, adik aku pernah kemalangan kat highway ni masa dia sarat mengandungkan anak ketiga dulu. Gara-gara adik ipar aku nak mengelak kereta yang tiba-tiba menukar lorong. Kereta tu pun sebenarnya tukar lorong sebab nak elak lubang. Patut ke?

Patut ke kita membayar harga yang lebih sedikit tetapi keselamatan kita kurang terjamin?

Kepada penduduk Johor khususnya Johor Bahru mesti dah sedia arif yang Lebuhraya Senai-Desaru ni tak pernah dalam keadaan yang baik permukaannya, terutama kalau tiba musim hujan. Highway yang menghubungkan Senai (Johor Bahru) dengan Desaru (Kota Tinggi) ni sepatutnya menjadi laluan alternatif yang lebih pantas dan dekat untuk ke bandaraya oleh penduduk di beberapa gugusan Felda sekitar Kota Tinggi sana. Sebab ramai anak-anak Felda sana yang bekerja di Johor Bahru dan Singapura sejak bertahun dulu terpaksa menggunakan jalan biasa. Kalau kena jalan jem, mau bernanah bontot.

Tapi malangnya, rakyat Johor Bahru dan Kota Tinggi yang setia memangkah parti yang sama sejak puluhan tahun dulu dihadiahkan pulak dengan highway yang merbahaya macam ni.

Tambah bangang, separuh laluan ni memang tak layak langsung dipanggil lebuhraya apatah lagi dikenakan tol sebab... Sebab...

Sebab apa Botak?

Tengok screen shot aku kat bawah ni.

lebuhraya senai desaru

Perhatikan laluan bertanda E22 kat atas. Kalau korang rajin, try la Google dan korang dapat tau yang lebih kurang separuh highway ni yang sejauh 27km bermula sebelum jambatan Sungai Johor sampai la ke simpang tiga ke Bandar Penawar cuma mempunyai dua lorong! Ya, dua lorong. Satu lorong menghala ke Ulu Tiram dan begitulah sebaliknya.

Tak percaya? Aduyai, takkan la aku yang kacak bergaya ni nak kencing kot. Tengok gambar kat bawah yang aku tangkap masa balik sana bulan Februari yang lepas.

lebuhraya senai desaru

lebuhraya senai desaru

lebuhraya senai desaru

lebuhraya senai desaru

lebuhraya senai desaru

lebuhraya senai desaru

Gila babun ar, nak lalu jalan yang macam ni kena bayar tol! Ada ke patut? Patut atau tidak, kita kena la tanya menteri baghal dan jugak para pengundi kat sini.

Laluan berbukit dan permukaan jalan yang kerap rosak. Aku tak tau dah berapa banyak kemalangan yang berlaku kat sini dalam masa sebulan. Nak tambah syok lagi, nah aku belanja screen shot dari Google Street View.

lebuhraya senai desaru

Lepas letih follow bontot lori atau bas yang terhegah-hegeh dan sambil mengelak lubang tanpa ada peluang nak memotong, kat depan sana korang kena standby bayar tol. Oh dunia, di manakah keadilan? Tunjukkan wajah keadilan jika benar masih lagi wujud. Apakah keadilan hanya terpakai untuk orang-orang besar semata-mata.

Kehkehkeh, relax bro. Chill... This is Johor.

Dan sampai sekarang aku masih teringat kata-kata kawan aku yang mungkin korang jugak biasa dengar, lebih kurang macam ni... "Kat sini, kami tak pangkah calon. Tapi kami pangkah logo. Kalau letak bangkai lembu jadi calon pun, tetap akan menang jugak."

Oops...! Jangan marah ye ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak, bilang aku. Aku yang sedang malu (ini lirik lagu)...

Sekian, assalamu 'alaikum.

Untuk pengetahun, segmen bidaan kumbang minggu lepas telah pun tamat. Terima kasih kepada yang sudi membida.

AC/DC - Highway To Hell

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

17 comments:

  1. ek elehhh..highway apa satu lorong?! mmg jilake

    ReplyDelete
    Replies
    1. rilek, biar aku sorang je yang marah. nasib baik adik aku dulu takde apa2. cis...!

      Delete
  2. Lorong sebelah kiri memang cepat rosak sebab laluan kenderaan berat.

    Dulu aku sempat belajar sejarah tentang bagaimana rekabentuk sepatutnya sesuatu jalanraya yang diasaskan 0leh oleh john Mc Adam.

    Aku rasa jalanraya sekarang tidak lagi mengikut rekabentuk tersebut. Sebab itu cepat berlubang... nak sep kos...

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa pun, saya rasa memang diorang buat tak ikut specs. mana mungkin kerap sangat rosak walau pun kenderaan berat yang lalu.

      Delete
  3. ada lebuhraya bertol mcm ni no...makcik baru tau.

    ReplyDelete
  4. ada lebuhraya bertol mcm ni no...makcik baru tau.

    ReplyDelete
  5. Aku pernah lalu highway ni mse die tak siap lg dulu. Melawat kerja kursus mata pelajaran highway. Ape info tak ingat dah. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah. kau rupanya yang jadi punca...

      Delete
  6. Kurang budget agaknya tu.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, patut la dia buat tol. sebab nak cover kos akan datang.

      *setahu aku, peruntukan tu disediakan ikut berapa bajet yang diperlukan. bergantung pada peringkat perancangan, penilaian dan bla bla bla. tak timbul soal kurang peruntukan walau pun ada delay (kos bahan meningkat). ini bukan kecik punya hal...

      Delete
  7. Yan orang johor..yan tak pangkah logo mahupun parti..apa yang yan buat...syhhhh undi adalah rahsia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang terfikir nak buat parti baru, cuma logo je tak tau lagi. Any idea?

      Delete
  8. erkk..highway satu lorong je? dah le tampal tak cun! mmg mengundang marah ni!

    mmg betul statement kwn tu..puas kita bercerita mcm2, logo yg sama tetap menjadi pilihan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu masih ada yang lebih selesa guna jalan lama. Walau pun jauh sedikit.

      Delete
  9. nasib baik coverage Johor aku sampai ke Muar je..tapi setuju kat part pangkah calon..This is Johor..walau sekadar Johor celup, aku faham sangat perangai orang sana..kah kah

    ReplyDelete