Kumbang Untuk Dibida

0
1:19 PM
...dipendekkan cerita.

Dua atau tiga minggu lepas, salah satu group yang aku join ada bukak satu bidaan khas untuk kami para collector. Tuan punya group ni buat bidaan ni bukannya nak jual barang atau mendapatkan keuntungan, tapi sebagai salah satu saluran untuk membantu satu keluarga ni. Di mana hasil jualan daripada bidaan tertinggi akan disalurkan terus kepada pihak yang memerlukan bantuan ni.

Aku rasa, benda ni sesuatu yang agak menarik jugak. Korang collector dapat memiliki beberapa barang rare yang tergolong dalam kategori "collector's item" dan pada masa yang sama, dapat jugak buat sumbangan. Si penjual pun macam tu jugak. Mungkin dia ada lebihan barang yang dia tak perlukan dan berniat nak lepaskan kepada collector lain yang sudi, tapi pada masa yang sama dia pun nak menyumbang sekali.

Dan aktiviti bidaan amal ni membuatkan dunia mengumpul sebagai hobi ni tambah meriah lagi.

Jadi lepas berfikir beberapa ratus jam, aku pun nak buat benda yang lebih kurang sama jugak la. Di mana pada aku sekarang ada la beberapa item yang aku nak lepaskan memandangkan item ni ada lebih daripada satu dalam simpanan. Nak buat apa simpan benda yang sama kan. Baik aku lepaskan je.

Cuma aku tak pasti sama ada kalian sudi atau tidak nak join bidaan ni. Sebab aku takde barang yang tersangat rare, tapi cukup la seadanya untuk digantung di dinding atau nak masukkan dalam poket (kena loose la, takkan carded pulak).

Apa benda barang yang aku nak lepaskan tu? Ini la dia...



Tadaaa... Hot Wheels Volkswagen Beetle.

hotwheels volkswwagen beetle metal base
Khas sempena 40 tahun Hot Wheels. 

hotwheels volkswwagen beetle metal base
Kondisi kad adalah 9/10 tapi dia punya isi masih virgin lagi...

hotwheels volkswwagen beetle metal base
Salah satu kegemaran aku sebab `metal base', susah nak cari base macam ni zaman sekarang. Dengan casting tahun 1988. 

hotwheels volkswwagen beetle metal base
International card yang release pada tahun 2008. Kalau US card, lagi la gempak. Tak sanggup pulak nak lepaskan.

Macamana cara nak join bidaan ni? Macam ni ha...

1. Aku bukak bidaan bermula pada RM15, harga paling rendah mengikut nilai pasaran sekarang. Sesiapa yang berminat, boleh tinggalkan komen kat bawah (komen anda tidak disiarkan) berserta dengan berapa nilai yang sanggup anda bayar untuk sebiji kereta kecil ni. Perlu diingat, nilai bidaan itu bukan sahaja untuk kereta. Bermakna, kalian takkan tau berapa nilai bidaan orang lain. Terpulang nak letak berapa. Kalau nak bida banyak kali pun boleh, asalkan bidaan berikutnya lebih tinggi. Kira macam bid syok sendiri punya la...

2. Pembida yang berjaya akan dipilih berdasarkan nilai bidaan tertinggi. Jika ada nilai yang sama, pemenang akan aku pilih mengikut siapa yang menghantar komen dahulu. Jangan risau, walau pun aku tak siarkan komen kalian (tak tau siapa dulu), aku buat benda ni telus. Lebih telus, halus, mulus dan kudus daripada Suruhanjaya Pilihanraya.

3. Aku kemudiannya akan maklumkan menerusi blog si pemenang itu. Kalau takde blog, sila tinggalkan alamat email kalian bersama dengan nilai bidaan tu.

4. Lepas tu, si pemenang perlu berikan alamat supaya aku dapat hantarkan barang ni. Aku sarankan kalian bagi aku alamat tempat kerja, lagi mudah. Dan kalau penghantaran nak dibuat secara byhand, sila maklumkan jugak. Kawasan liputan operasi aku adalah di sekitar Petaling Jaya, Puchong dan Serdang.

5. Tempoh bidaan adalah bergantung kepada keadaan cuaca dan iklim yang tak menentu sejak kebelakangan ni, iaitu kalau rasa-rasa ada sambutan mungkin aku akan biar sampai dua minggu. Kalau sunyi sepi je, elok la aku bida sendiri. Hehehe...

6. Apa dia, nak bayar? Bayar apa? Owh, nak bayar bidaan tu ke. Tak payah, bukan bayar pada aku. Dan bukan pulak `bank in' kepada mana-mana insan yang kurang bernasib baik. Maka di sini tiba la part yang penting. Sila baca lagi...

*
*
*

Aku nak si pemenang ni belikan makanan kucing yang harganya sama (kalau lebih pun lagi bagus, tapi jangan la kurang, berkira seh!) dengan nilai bidaan yang dibuat tu. Ala, bukan susah pun nak cari makanan kucing ni. Ada yang murah, ada yang mahal. Kat kedai runcit pun ada jual.

Tapi aku nak makanan kucing yang dijual kat kedai tu, bukan nasi putih yang digaul dengan ikan selar kuning goreng. Hahaha, demand pulak aku ni kan. Bukan aku yang nak makan pun.

Aku nak si pemenang tu pergi la ke mana-mana tempat yang dia familiar dan berikan makanan tu kepada kucing terbiar. Diingatkan, kucing terbiar. Orang putih sebut `stray cats'. Kalau kucing sendiri tak aci. Dan jangan nak mengada-ngada suruh kalian punya kucing berlakon jadi kucing jalanan. Sebabnya...

Langkah terakhir yang perlu si pemenang buat adalah, terbitkan satu entri khas berkenaan aktiviti memberikan kucing ni makan. Itu kalau anda ada blog. Kalau takde, bagi je gambar dan kisah ringkas akan kerja murni kalian tu ke email aku (email yang sama la). Nanti aku terbitkan.

Amacam, setuju? Jika setuju sila angguk kepala dan bida dengan hati yang ikhlas. Aku buat ini pun bukan untuk suka-suka je, tapi ada tujuan tersendiri.

Kalau ada apa-apa pertanyaan, jangan la segan komen ya.

Sekian. Happy bidding, friend...!

Assalamu 'alaikum.

*Aku sangat berterima kasih kepada sesiapa yang sudi promote entri khas ni kat blog dia (tabik spring lori)...

Update terkini, 8:10 malam, 16 September 2015. Bidaan ini telah ditutup...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

0 nasihat berguna: