Now Everyone Can...

8
8:16 PM
*****

Lebih kurang separuh perjalanan pulang dengan feri dari pekan Song ke Bintulu menyusuri Sungai Rajang, tiba-tiba feri diperlahankan sedikit demi sedikit sehingga berhenti sepenuhnya. Aku perasan lebih tiga suku penumpang di dalam bot itu sedang membuta dan tak ramai yang terjaga apabila feri dihentikan di tengah-tengah perjalanan.

Aku rasa sedikit kaget. Apa hal pulak tiba-tiba berhenti ni. Takkan nak isi minyak kat tengah-tengah sungai ni, ingat highway PLUS ke.

Pintu di hadapan yang menghubungkan kabin penumpang dengan ruang pemandu terbuka, dan muncul seorang lelaki menjengukkan kepalanya.

"Tengok luar sana..." arahnya ke arah kami, beberapa orang penumpang yang berjaga sambil tangannya menunjuk ke luar.

Cepat mengikut arahannya, di sebelah kanan berhampiran tebing sungai sana, mata aku cepat menangkap sesuatu yang... yang...

What the, besar gila...



Gila kucing dia punya besar. Aku agak benda yang tengah bersidai kat tebing tu mungkin hampir sama besar dengan sampan milik penduduk yang parking kat jeti tadi. Siot, patut la driver tu siap suruh kami tengok ke luar sana. Agaknya dia pun jarang-jarang tengok buaya yang sebesar tu, sebab tu dia sanggup berhenti di tengah-tengah perjalanan.

Tapi apa yang tak syoknya, aku tak sempat nak snap gambar lagi feri dah mula bergerak. Nasib la, walau pun aku pakai henpon cap itik masa tu, aku tetap nak cuba snap jugak gambar buaya paling besar aku pernah tengok, yang bukan di dalam zoo...

*****

Perbualan kami bertiga pagi itu meleret hingga ke cadangan untuk mewujudkan konglomerat perniagaan yang memonopoli industri pengangkutan air, khusus untuk penduduk luar bandar.

Cerita pasal monopoli orang-orang besar bidang pembekalan tenaga, telekomunikasi dan jugak stesen tv rasa memang takkan habis dengan segelas teh tarik. Ditambah pulak dengan hal-hal berkaitan dengan Melayu makan Melayu, Melayu tipu Melayu dan jugak Melayu jilat Melayu...

Sebab itu pokok perbualan sengaja aku pesongkan ke arah yang kurang realistik sikit.

Cadangannya, aku nak wujudkan satu sistem pengangkutan air yang bersepadu di Borneo sana. Dengan penyediaan feri yang serba selesa dan selamat, kekerapan yang tinggi dan yang paling penting sekali adalah tambang yang murah. Persis syarikat penerbangan tambang murah yang dipenuhi awek-awek cun sebagai peramugari tu.

Dan konsep pun aku cedok dari syarikat penerbangan itu jugak. Sesekali aku nak bagi tiket percuma bagi tempahan secara online. Kalau nak kopi panas semasa dalam perjalanan, cuma tambah RM1. Begitu jugak dengan hidangan lain macam kuih keria, karipap pusing, kuih koci dan jugak biskut lutut. Harga tiket pun memang murah berbanding yang sekarang.

Sebagai menguatkan lagi teras perniagaan aku tu, aku nak lengkapkan lagi dengan sistem perkhidmatan sokongan di sekeliling. Contohnya perkhidmatan feeder bus dalam lingkungan 3km dari jeti ke kawasan sekitar dengan harga tiket yang dah sedia disepadukan dengan tambang feri.

Lepas tu aku siap nak jual cenderamata dalam bentuk figura selebriti tempatan. Jual murah untuk para penumpang.

Tak lupa jugak, aku kena taja satu team bola yang bermain dalam Liga Suffer. Tak payah taja team yang power sangat, yang biasa-biasa pun dah cukup. Asalkan bisnes aku cukup dikenali ramai.

"Kalau macam tu, hang nak letak tagline apa? Kalau AirAsia depa letak Now Everyone Can Fly..." tanya si Nazir. Lelaki berkeluarga yang baru melengkapkan hidupnya apabila akhirnya berjaya membawa isteri dan anaknya untuk tinggal bersama.

Lima saat dahi aku berkerut. Kemudian, aku terus dengan satu tagline yang sedap didengar dan mampu membuatkan jiwa penumpang terhibur sepanjang perjalanan.

"Now Everyone Can Swim..."

*****

Ohye, ada lagi tak yang nak bid harga kumbang? Cepat sementara aku belum nak bid sendiri ni. Bagi harga keras sikit... (klik sini)

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. weh mane gmbarnya ?! sembang je mne buktinya...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, masa tu aku pakai nokia 5800. kalau aku snap kena zoom sampai abis, lepas tu kau kata itu gambar anak cicak. cis...!

      Delete
  2. Now, everyone can cruise..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cruise. hahaha, aku gagal cari perkataan yang sesuai...

      Delete
  3. Singgah sini jup...selamat hujung minggu ;-))

    ReplyDelete
  4. naik bot kat Sarawak ni memang pengalaman rare..dahla takde jaket keselamatan..aku pernah, tapi mujur tak jumpa si bujang senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik dari Sabah minggu lepas. Rupanya ada kawan dari wilayah sana yang pernah lalui pengalaman sama...

      Delete