Spekulasi Dan Manipulasi 50 Sen

8
4:02 PM
Dunia ni penuh dengan manipulasi dan spekulasi, kan? Sebab benda-benda yang berkaitan dengan dua perkara ni la yang sebenarnya memainkan peranan penting terutamanya dalam hal-hal ekonomi. Kenapa tiba-tiba aku cakap macam ni, nak ganti jadi gabenor Bank Negara ke?

Sebenarnya, aku rasa pelik dengan harga sekeping not RM1 yang ada tandatangan Tan Sri Ali Abul Hassan Sulaiman (gabenor Bank Negara yang k-6) tiba-tiba mencanak naik tak lama dulu. Sampai cecah beribu ringgit tu. Apa gila...

Ada yang kata duit ni ditandatangan Aishah (klik sini untuk entri dari blog brader hensem ni), dan ada kata pulak duit ni tak sepatutnya memasuki pasaran untuk dipergunakan disebabkan terdapat masalah teknikal. Jadi bank Negara pun dah tarik balik duit tu dan pengeluarannya dihentikan. Tapi walau macamana pun ada la terlepas sedikit, membuatkan jumlah duit yang berada di luar adalah terhad. Atau pun dalam istilah bagi pengumpul adalah `rare'.

Ahaaa, di sini la timbulnya apa yang aku maksudkan spekulasi dan manipulasi.

Ini aku punya teori...

Apa yang aku perhatikan, dalam dunia pengumpulan termasuk pengumpulan
duit-duit lama ni ada beberapa jenis collector. Jenis pertama yang akan mengumpul, mencari dan membeli mengikut pada kemampuan kewangan dan jugak kelapangan masa. Pendek kata tak la terlalu tegar. Kalau dapat apa yang dicari, kira nasib baik la. Sesekali pulak kalau jumpa benda yang betul-betul rare dan bernilai tinggi memang bonus la tu.

Jenis yang kedua pulak adalah yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit demi nak mendapatkan barangan yang rare dan bernilai tinggi. Tak kisah la dari mana dia dapat pun. Beli dari pihak lain, hasil pertukaran (swap) dengan collector lain atau pun dibeli secara online. Biasanya diorang ni memang tak kisah pasal harga, asalkan dapat apa yang dihajati dah cukup puas hati.

Yang ketiga pulak adalah jenis yang membabi-buta dalam mengumpul. Maksudnya mereka ni kadang-kadang langsung tak fikir pasal harga sama ada berbaloi untuk dibayar atau pun tidak. Asalkan mereka rasa tak ketinggalan dalam memiliki barang-barang rare macam collector lain.

Ok, jenis ketiga inilah yang merbahaya dan menjadi sasaran dan mengsa dalam rancangan spekulasi sebahagian kecil collector yang niatnya cuma nak mendapatkan keuntungan.

Tak paham ke? Macam ni... Kata la aku ada simpan 30 keping duit lama yang boleh dianggap sebagai collector's item tapi harganya tak la begitu tinggi. Kalau jual pun demand dari kalangan para collector tak seberapa sangat. Jadi aku dengan beberapa collector lain pun akan membuat satu pakatan yang akan membuatkan nilai duit lama aku ni naik.

Jadi kami pun sebarkan la cerita-cerita palsu yang nampak macam logik, padahal langsung takde kaitan. Contohnya banjir tahun 1973 yang memberi kesan pada keluaran duit pada tahun tu menjadi berkurang. Atau cerita-cerita lain lagi yang boleh dikaitkan dengan sejarah. Maka akan berkembanglah cerita yang kami reka ni dari mulut ke mulut.

Mula-mula aku akan tawarkan harga RM100 untuk setiap keping duit yang dijual oleh kawan aku tu. Bila benda ni dah tersebar, secara automatik minat para collector lain pun akan lebih tertumpu untuk mencari duit lama ni. Lama-kelamaan permintaan (demand) akan meningkat disebabkan orang ramai pun dah mula menunjukkan kecenderungan untuk mengumpul duit yang sama macam aku.

Di sini la umpan aku akan mengena. Mula-mula harga RM100, tak mustahil akan meningkat jadi RM1000. Mana tau kan, collector kalau dah gila bukannya diorang kira sangat. Cuba bayangkan 30 keping duit tu kalau aku dapat jual dengan harga RM500 setiap keping, tak ke untung tu. Pendek kata dalam masa yang singkat je aku boleh dapat RM15 ribu dengan hanya bermodalkan spekulasi sesama sendiri dengan menjadikan para collector yang kurang berhati-hati sebagai mangsa manipulasi pasaran.

Hmm, ini cuma teori aku je. Kalau salah jangan marah.

**********


Gambar kat atas ni adalah antara duit syiling 50 sen yang aku kumpul sejak syiling yang baru dikeluarkan. Aku suka duit syiling yang lama ni disebabkan saiz dan jugak beratnya yang kalau baling kat kepala penyamun pun dia boleh jatuh berguling-guling macam tenggiling.

Lagi satu aku dapat rasa yang nilai duit masa tu lebih hebat berbanding sekarang. Cuba korang tengok perbandingan dengan duit baru tu, beza gila kan? Jadi sesiapa yang ada duit syiling 50 sen lama ni boleh la tukar dengan aku. Tapi nilai tetap sama la. Tidak lebih, tidak kurang.

Amacam, orait?

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

8 comments:

  1. Setem pun antara barangan yang ada nilainya.. Di tempat aku dulu pernah buat lelongan setem, ramai peminatnya datang dari seluruh pelusuk negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tiba2 aku teringat filem Setem. Best cerita tu...

      Delete
  2. nanti aku cari kalau ada..memang sayang nak guna syiling lama ni.syiling baru ni aku benci sebab saiz dan tebal lebih kurang sama.setiap kali nak bayar pun kena belek dulu macam tourist!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20sen yang seakan-akan dengan 50sen, selalu tersilap kan...

      Delete
  3. hehehe. tak lama lagi syiling bulat ko ni jadi rare la. aku pun suka syiling ni sebab die ada lekuk kat tengah.

    sabo botak, ur time will sampai.

    hehe. kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiling 50sen yang ada belahan tu ke? Lagi la rare...

      Delete
  4. yan simpan duit rm1 lama dengan rm2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu banyak simpan syiling RM1 tapi dah kena kebas masa rumah kena pecah masuk.

      Delete