Sri Lanka

20
11:40 PM
...testing, one, two, three.

Ok, cun!

*****

"Ke mana lepas ni?" Soal aku memulakan perbualan. Dia yang tadinya mengeluarkan sekotak rokok dari dalam drawer milik tokan rokok kemudiannya melabuhkan bontot di kerusi sebelah aku. Tersengih. Kurang kacak kalau nak dibandingkan dengan aku.

"Hari tu kau kemain lagi naik vespa masuk Thai. Ada projek baru tak lepas ni..." sambung aku lagi.

Yela siapa tak geram tengok dia update gambar yang cantik gila punya background. Nama tempat pun entah apa, tak pernah aku tau wujudnya.

Memang power mamat ni, ke mana-mana negara yang dia pergi, pandai je cari tempat-tempat yang cantik. Dan tambah respek adalah ada beberapa kali dia travel sorang-sorang. Kadang-kadang tu sampai seminggu. Pow, pow, power siot...

Nak tambah power lagi, dia bagitau yang next project adalah nak backpacking ke Sri Lanka pulak.

What the... kau cari apa kat Sri Lanka sana? Tempat yang sememangnya kita semua tau agak mencurigakan jugak tahap keselematannya. Aku takut kang baru beberapa jam jejakkan kaki ke luar airport, dah kena kidnap dengan kumpulan rebel kat sana. Cis, Botak lu ni mulut manyak cabul...

Katanya, dia sengaja pilih tempat-tempat yang ramai orang tak tau apa yang menarik kat sana. Tempat yang macam itu la ada kemungkinan tersembunyi sesuatu yang istimewa. Dengan cabaran yang kita sendiri langsung tak boleh jangka. Maklum la tempat orang, kita pun tak tau macamana cara hidup diorang. Tahap sosial yang mungkin mempengaruhi pandangan mereka pada orang luar, walau pun pelancong.

Apa pun, aku harap kau selamat pergi dan selamat kembali. Tak bawak balik cenderahati pun takpe, asalkan aku dapat tumpang komen kat gambar yang kau upload tu.

Hehehee...

Sekian, assalamu 'alaikum.

*****

Testing, testing. Ok, ngam...!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

20 comments:

  1. Teringin juga nak travel, tapi apakan daya, belum cukup kemampuan lagi. Kena dahulukan mana yang penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel dalam negara pun cantik jugak. Cuma masa la nak kena setting baik...

      Delete
  2. baru jer tengok satu movie, latar tempatnya Sri Lanka.. cantik sangat. ah jelesssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kalau rajin cari mesti jumpa.

      Delete
  3. Kalau saya berpeluang pergi ke Sri Lanka anatara tempat yg saya teringin nak lawat adalah Adam's Peak - tempat tapak kaki Nabi Adam mendarat - ia antara tempat bersejarah di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pernah masuk dalam Jejak Rasul kan.

      Delete
  4. sebenarnya aku takde apa nak komen. cuma nak bagitahu aku datang singgah baca blog kau kejap. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu je? Aku ingatkan tokey nak payung backpacking ke Bali...

      Delete
  5. sri lanka cantik jugak..ada member pernah gi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kita sama2 ada kawan yang pernah pergi...

      Delete
  6. oh ye..dah dapat kumbang.belum ada masa nak buat tugasan..musim jerebu ni aku rasa nak balik rumah terus tiap-tiap hari..malas menyinggah ke supermarket

    ReplyDelete
  7. memang dia seorang yang suka cabaran dan kelainan. saya bukan orang seperti itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kita pun sukakan cabaran tapi caranya berbeza...

      Delete
  8. asalamualaikum..selamat malam..lama tak singgah sini..apa khabar sm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik-baik saja... Blog ni pun update bila ada masa je.

      Delete
  9. funder aku travel botak?

    aku dh bosan keje ni.

    huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak cantik muka jiran kau... backpacking la, apa lagi. lagi syok woo...

      Delete