Kisah Kombi Dengan Lelaki Karburetor

16
3:02 AM
Persiaran Perdana, Putrajaya.

Di hadapan bangunan Perbadanan Putrajaya, berbentuk seakan-akan kek sarang semut yang dililit dengan chicken mesh secara berserabut.

Waktu hampir tengahari iaitu beberapa minit melepasi jam 11 pagi. Seperti waktu yang dijanjikan.

"Bro, kat parking moto sekarang." Pesanan ringkas dihantar melalui aplikasi Messenger. Lebih mudah dan pantas pada telefon pintar aku yang kerap buat perangai sekarang. Berbanding Whatsapp.

"Otw..." Balas lelaki yang juga seorang collector. Sama macam aku.

Sambil menunggu, aku menghitung orang-orang yang keluar masuk dengan dan mungkin tanpa urusan di dalam Maybank di dalam bangunan perbadanan itu. Berdiri di sebalik tiang agar terlindung dari panas matahari, kaki aku tepat memijak bayang-bayang legap yang jatuh ke atas lantai.

Beberapa minit lagi berselang, aku perasan di hujung kaki lima sana ada seorang lelaki mungkin dalam usia lebih kurang 40 tahun, datang menghampiri aku. Langkah dia sedikit teragak-agak. Tersekat-sekat atas sebab yang aku kurang pasti. Mungkin disebabkan penyakit gout?

Ah, peduli apa aku. Takde kaitan dengan aku. Bukan dia pun yang aku tunggu. Dan aku pun mengalihkan semula pandangan ke arah Maybank. Tiba-tiba...

Continue reading →

16 nasihat berguna:

Kelebihan Jadi Lelaki

16
11:09 PM
...antaranya adalah kau tak perlu buang masa mengemas pakaian, segala macam alat solek, produk penjagaan diri atau pun dua (atau tiga) persalinan, hanya untuk perjalanan pergi balik sehari semalam. Buktinya, nah ini dia...


Bertolak balik kampung waktu malam dengan bas dan balik semula keesokannya. Cukuplah dengan sehelai t-shirt ganti (sekali pakej seluar Superman), deodoran, berus gigi (ubat gigi boleh pau tuan rumah punya), telefon bijak (charger pun boleh pau tuan rumah punya jugak), mp3 player dan kunci rumah.

Cuma ada sedikit kelegaan ruang kat sini bila aku tak perlu lagi sumbatkan `kotak ubat' dengan lighter sekali. Pergh, tiba-tiba rindu pulak.

Nak kata semua lelaki suka minimumkan barang dan perempuan suka bawak banyak barang bila keluar travel ke? Tak semestinya. Aku pun ada kenalan lelaki yang akan
Continue reading →

16 nasihat berguna:

Pesawat, Van dan Slave

6
11:25 PM
(I)

"Mana dia kapalterbangnya?" tanya mak aku. Di atas lapangan sana, terdapat juga sebuah ATR 72-500 yang sedang memuatkan manusia-manusia kerdil ke dalam perutnya.

"Tu ha, yang baru sampai tu." tunjuk aku pada satu lagi pesawat Airbus muatan tak sampai 200 orang.

"...yang terhempas tu ke? Kaler macam sama je!" gulp, serta merta aku telan liur. Tapi rasa macam tersekat di celah kerongkong, seolah-olah air liur aku dah bertukar jadi ketulan air bergerigi kasar.

Hehehe, ini la first time mak aku naik flight. Walau pun jarak perjalanan cuma mengambil masa 30 minit je. Masa sampai kat airport tu, sempat jugak la aku ajar cara-cara nak check in (kalau bukan beli online atau on the spot kat kaunter), mana lorong nak masuk, kat mana nak check-in dan masukkan lugage walau pun aku tau mak aku ni kalau datang rumah aku memang jarang bawak beg besar. Lepas tu aku siap tunjuk kat mana nak tengok sama ada dah boleh masuk dalam departure hall atau belum.

Comel siot. Hahahaa... Lebih-lebih lagi bila aku bagitau
Continue reading →

6 nasihat berguna:

Hal 10 Sen Yang Diperbesarkan

10
5:24 AM
Dah alang-alang keluar dan cuaca masih lagi mengizinkan, aku pun singgah sekejap kat Putrajaya Sentral sebab nak dapatkan tiket bas untuk mak aku.

Memang aku lebih suka beli tiket kat sini berbanding kat tempat lain walau pun tiket tu aku gunakan untuk naik bas dari TBS sebab kat sini tak terlalu sesak dengan umat manusia. Nak parking pun kacang je kalau naik moto. Kalau naik kereta, entah la pulak.

Selesai beli tiket, pekena nasi dulu kat satu restoran mamak berhampiran dengan tangga. Restoran Shahjee namanya...

Setelah beberapa suapan nasi, tukang ambil order pun sampai. Berdiri di sebelah aku sambil menulis sesuatu di atas sekeping kertas lalu diletakkan di celah gelas minuman aku.

Tertulis di situ, makanan aku berharga RM4.50 dan teh ais pulak RM1.70, jumlahnya RM6.20. Harga yang ok pada aku, memandangkan teh tarik yang aku minum paginya pun dah RM1.50 kat satu kedai melayu. Tapi teh ais ni baru RM1.70 dengan rasa manis melekit macam ada susu tumpah. Cuma aku ada perasan satu keganjilan
Continue reading →

10 nasihat berguna:

Tiga Nenek

10
1:08 PM

Semalam.

Rupa-rupanya dalam timbunan wajah-wajah buatan plastik para pelakon dan penyanyi dari sana, masih lagi terdapat butiran kristal halus yang mencerminkan masyarakat yang sebenar. Tentang kerisauan hidup tanpa peneman ketika usia melangkah tua, tentang pergelutan mencari kebahagian destinasi perlancongan dan jugak ikatan perjanjian persahabatan yang tidak termeterai secara langsung.

Eh, kenapa serius sangat. Ini filem komedi la. Filem komedi yang tidak memaksa aku untuk ketawa, cukup untuk aku tersenyum sepanjang setengah jam pertama.

Cukup setengah jam, ada rezeki boleh sambung lagi.

Sekian, assalamu 'alaikum.

*Nasib baik kat Citra ni ada lagi saki-baki filem yang bagus, mungkin peninggalan daripada Kirana dulu kot.

10 nasihat berguna:

Menyentuh Gie Yang Datang Dari Jauh

8
4:34 PM
Dah terlalu lama aku teringin menyentuh kulit Gie ini. Dari hadapan ke belakang, dari belakang ke hadapan lantas menyelak helaian-helaian kesat pada hujung jari aku yang runcing dan mulus ni. Sebabnya, dulu aku cuma mampu menatap wajahnya pada skrin monitor, membaca alur urat-urat dakwat di badannya daripada salinan lembut yang aku muat turun dari internet secara haram.

Apa sangat kepuasan yang dapat diberikan oleh fail berformat pdf kepada mata aku. Jauh sekali untuk kulit tangan aku merasai sensasi menatang tubuh cetakan kertas berdakwat ni.

Bila sekali dah dapat, memang puas hati. Gila best! Terima
Continue reading →

8 nasihat berguna: