Berkongsi Rasa

9
6:43 PM
Yesterday's story.

I finished my meeting just after Asar prayers and me and my buddy took some bubur (porridge) back to his car. We parked quite a distance from the masjid.

As we putting the porridge at back of the car, an old Indian man was passing by a big gunny sack bag collecting tin cans and recycled items in exchange for cash. He asked us what is that?

...seterusnya di sini.

*****

Ada antara kita yang kadang-kala semacam tinggi pandangan negatifnya akan mereka yang kerap berkongsi sesuatu kebaikan yang dibuat. Kononnya nak menunjuk, riak atau membangga diri.

Tapi pada aku, cerita-cerita baik macam ni elok jugak kita semua kongsikan. Dipanjang sejauh yang boleh sebab hari ini terlalu banyak sangat cerita-cerita indah tetapi sebenarnya terselit isi yang jijik lagi keji (pada aku la), lalu kita pun tanpa sedar terus memuja dan menjaja cerita-cerita sampah sebegini.

Contohnya mudah, kita semua rasa meluat dengan lelaki
Continue reading →

9 nasihat berguna:

Ukiran Bernama

15
8:43 AM

Ok, ini agak kelakar sebab buat aku tersengih. Tu la, tamak sangat sampaikan letak watermark sebesar alam kat tengah-tengah. Jadi, mau bagi berapa bintang ya...

15 nasihat berguna:

Memory Remains

4
5:49 PM

Sekadar berkongsi satu kisah menarik dari page kegemaran aku.

Berbeza dengan aku, langsung takde permainan yang kekal tersimpan sampai sekarang. Bukan sebab dulu aku takde banyak mainan, tapi mak aku ni jenis yang tak boleh tengok barang nampak macam tak pakai. Memang terima nasib buruk la jawabnya. Kalau tak ke tong sampah, mungkin akan berpindah pemilik.

Macam koleksi komik Doraemon kesayangan yang aku start beli sejak sekolah dulu, guna duit belanja harian yang aku simpan. Bila komik tu dah stop keluaran (tak ingat, mungkin tingkatan 2 kot), aku pun simpan la dalam bilik, bertahun-tahun.

Last sekali, bila dah kerja, dah dewasa... Ada sekali tu aku balik kampung, tengok-tengok je rak buku aku dah separuh kosong. Pergh, rasa macam nak gugur jantung...

Oh, ibu. Hehehee...

4 nasihat berguna:

Ramadhan: Peluang Di Celah Kesempitan

12
3:29 PM
Petang semalam beberapa minit sebelum azan maghrib, sambil tu sempat jugak tangan mulus aku membelek telefon bijak ni. Belek punya belek, sengaja aku bukak Twitter. Tengok apa update terkini yang betul-betul punya terkini dan sensasi. Tak lain dan tak bukan adalah...

...berkenaan dengan keadaan trafik di luar rumah sana. Sengaja aku tengok sebab nak hiburkan hati. Bila tengok orang lain susah kadang-kadang rasa terhibur pulak. Lebih-lebih lagi yang dalam kesusahan tu adalah jenis pemandu sombong.

Tapi dalam masa yang sama, aku rasa bersyukur jugak Tuhan bagi aku kehidupan serba sederhana. Cuma mampu bermotosikal kategori kapcai je ke tempat kerja. Kalau aku ni kaya, mesti la nak naik kereta pagi dan petang. Kereta takkan la nak beli kompak kan? Kalau beli moto pun, takkan la nak beli kapcai. Mesti la paling koman pun Ducati atau jenis easy rider. Tak ke susah nak mencelah tu.

Dalam banyak-banyak update trafik tu, ada satu je aku berkenan iaitu...

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Jembalang Kurma Bulan Ramadhan

6
1:48 PM
buah kurma hotwheels ecto a1
(ambilan dari Instagram)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1436 Hijrah. Setakat ini je la yang aku mampu update buat masa sekarang. Almaklum, cari duit lebih nak beraya kat bulan...

Assalamu 'alaikum.

6 nasihat berguna:

Lauk Rindu

21
5:29 PM
Bismillah, dan kemudian tangan kanan aku menghulurkan diri ke pinggan berisi dua jenis lauk. Salah satunya ada di dalam kategori kegemaran aku iaitu berkuah.

Sebaik menyuakan suapan pertama ke mulut, mak aku bertanya. "Biasa makan lauk ni?"

Soalan itu aku jawab dengan gerakan kening ke atas. Gerakan yang aku pelajari daripada Dwayne Johnson semasa aku mengikuti lakonannya di WWE beberapa tahun lalu. Sebenarnya, aku memang jarang makan lauk ni sejak terpisah tempat tinggal dengan keluarga. Cuma malam tadi je buat pertama kalinya dalam beberapa tahun aku dipertemukan kembali dengan menu ni. Rasa rindu pulak.

"Dulu arwah atok suka betul makan lauk ni..." sambung mak aku sambil tersenyum.

Dan entah kenapa, rasa rindu masakan ini tiba-tiba berpindah pulak kepada orang yang dah setahun lebih tinggalkan kami. Rasa sedikit masam dari kuah dan manis dari hirisan buah nanas di dalam mulut aku tadi pun dah hilang entah ke mana. Kosong, tawar...

Sesungguhnya, aku pun seakan berkongsi perasaan yang
Continue reading →

21 nasihat berguna:

Hadiah Untuk Guru

17
10:09 AM
Adik-adik semua, ini abang kacak nak bagi satu tips penting macamana cara nak membodek cikgu-cikgu secara halal. Cara ni memang agak universal dan terpakai untuk semua peringkat umur cikgu, kedua-dua jantina cikgu lelaki atau perempuan, yang comel atau bermuka kelat, yang hensem macam abang ni atau garang macam Hulk Hogan kena sergah.

Caranya senang je. Bila tiba Hari Guru atau hari lahir seseorang cikgu, korang hadiahkan la sebatang pen. Tak kira la murah atau mahal, asalkan pen tu mampu keluarkan dakwat bila matanya ditekan pada permukaan kertas. Dan warna yang paling mujarab adalah pen berdakwat merah. Nak tau kenapa? Sebab inilah pen yang paling kerap cikgu-cikgu korang gunakan dan selalu habis. Kalau bagi pen dakwat hitam dengan jenama mahal nak buat apa, bukannya cikgu korang tu Pengarah Pendidikan pun yang ada banyak surat nak ditandatangan.

hadiah hari guru

Cukup la korang bagi hadiah yang sentiasa ada dalam tangan dia. Sekurang-kurangnya kalau korang ni jenis kuat ponteng dan susah nak nampak dalam kelas, bila dia
Continue reading →

17 nasihat berguna:

Eratkan Hubungan Kita Dengan Mangga Cinta

18
10:23 AM
Aku tak pasti apa tujuan yang sebetulnya diorang buat macam ni. Nak kata sebagai simbolik hubungan cinta yang tak akan putus, takde la pulak. Tak berapa lama lepas balik dari sini mesti ada je yang bergaduh, lepas tu berpisah. Undying feelings? Hehehe, lagi la merepek. Ala, tak payah la buat macam ni. Aku tengok pun serabut je perut ni.

`Love Lock' yang dekat Pont des Art sana pun diorang nak buang, sebab berat sangat sampai menjejaskan struktur jambatan. Sejuta mangga aje pun beratnya mencecah 45 tan, kalau dah 40 juta? Ha, berapa tan pulak berat yang nak kena tanggung. Setan betul la. Nanti kang tak pasal-pasal JKR kena restructure balik jalan tu, buat yang lebih teguh semata-mata nak menampung diorang punya `keteguhan cinta yang tiada penghujungnya'.

Hehehe, sekian. Assalamu 'alaikum

Lokasi: Jalan Pantai Chenang, Langkawi. Di hadapan The Cabin.

mangga love lock jalan pantai chenang langkawi

Continue reading →

18 nasihat berguna: