Sami Ferrari

12
9:57 AM
"Minggu depan hari Selasa, pergi Sabah. Boleh?" Katanya sebaik menghampiri. Satu ajakan yang aku rasa agak menarik jugak memandangkan aku pun dah lama tak melawat kawasan.

"Ok, set." Terus aku setuju tanpa banyak soal. Tanpa bertanya apa yang aku kena buat kat sana, dan siapa lagi yang akan ikut sertai kami ke sana...

Sebabnya, bukan la aku nak sangat naik flight atau kononnya nak melawat kawasan. Tapi aku baru dapat info yang favorite spot aku kat KLIA2 tu agak aktif jugak restock barang. Jadi mana la tau masa aku datang tu, kebetulan ada case baru sampai. Masyiookkk...

Perancangan awal dibuat. Kat mana aku nak parking moto kelak, tren pukul berapa, nak breakfast kat mana dan jugak dengan caragas aku siapkan kerja-kerja yang masih dipikul sejak beberapa harinya. Kalau nak outstation ni kena la setelkan kerja dulu, baru la tenang sikit kan.

Pagi Isnin. "Nah, flight pukul 10. Kita naik MAS dari KLIA..." Dia menghulurkan dua keping kertas A4 bercetak kepada aku.

Continue reading →

12 nasihat berguna:

Kami Datang, Kami Serang, Kami Timbang...

6
11:26 AM
Setelah kegagalan memujuk penghuni Sungai Bernam agar menjengah darat tempohari (entri raya dua, tiga minggu sudah kat sini), aku pun memberikan janji lisan kepada Arab untuk memenuhi kegersangan dia menaikkan ikan dengan set joran baru dia. Rasa kesian pulak sebab sejak beli set pancing secara diam-diam ni langsung tak pernah dapat bawak naik ikan, walau pun seekor anak ikan bilis.

Ikan duri yang dia dapat sebelum ni pun cuma pinjam aku punya joran je. Sebab tu la bila tau aku nak mengail bawah jambatan hari tu dia punya excited lain macam betul. Pantang tengok aku bukak pintu rumah, terus tanya `nak pergi mana?' Haram jadah betul. Tapi tu la, kesian pulak bila balik dengan tangan, kaki dan perut yang kosong.

*****

Minggu lepas, aku pun bawak la dia pergi ke satu kolam pancing dekat Banting. Menurut kawan aku yang dah pernah try kat sini, tempat ni memang syok. Kalau pergi memang tak pernah tak dapat. Kononnya kalau letak udang kat tebing pun ikan boleh bawak lari ke tengah kolam. Phuiihh, kemas jugak dia punya sembang. Boleh mendatangkan keghairahan pada orang-orang yang dah lama tak bawak naik ikan macam aku ni.

Continue reading →

6 nasihat berguna:

...Dan Dia Pergi Tanpa Diketahui.

10
10:58 PM
Tingkatan tiga, selepas habis sesi persekolahan. Hanya kami bertiga iaitu aku, Pedi (nama sebenar) dan Sani (nama sebenar) yang melalui short cut ke bus stand untuk mengambil bas masing-masing. Ini adalah laluan kegemaran kami dan juga beberapa kumpulan yang lain kerana lebih dekat dan tidak terdedah dengan panas terik matahari. Sepanjang perjalanan bermula dari celahan lubang pagar di sisi kanan kawasan sekolah hingga ke bus stand, kami akan melalui ladang kelapa sawit (kini telah tiada kerana sudah didirikan pasaraya) dan sebuah tokong cina selain melayan salakan anjing-anjing belaan di tokong itu. Beberapa minit kami berjalan, di sudut selekoh jalan tanah merah sana kelihatan beberapa pelajar (seingat aku ada empat orang) dari sekolah yang sama dengan kami sedang duduk-duduk di atas pelepah kelapa sawit dan ada antara mereka yang mencangkung sambil asap berkepul-kepul keluar dari rongga hidung. Kami bertiga meneruskan perjalanan. Sebatang rokok yang aku pau dari Apis (nama sebenar) ketika di sekolah tadi sudah tinggal separuh aku hadam. Dari jauh, aku sudah dapat mengagak akan perkara yang bakal berlaku. Sani kelihatan tenang seolah mempunyai kuasa ajaib untuk mengetahui kejadian pada masa hadapan. Di tangannya juga terselit rokok, juga tinggal separuh. Antara kami bertiga, Sani adalah perokok tegar, manakala aku hanya `perokok tumpang' dan cuma Pedi seorang sahaja yang tidak merokok. Aku kira sehingga sekarang dia masih lagi bebas dari tabiat itu.

Beberapa depa sebelum kami bertiga mendekati tempat mereka berkumpul, semua mereka bingkas bangun dan masing-masing mula bergerak ke arah kami. Pedi dan Sani memperlahankan langkah. Begitu juga aku yang berjalan di belakang sekali. Kemudian, kami bertiga berhenti...
Continue reading →

10 nasihat berguna: