Batas

4
12:41 AM
Seorang peguam didatangi oleh dua orang lelaki, adik beradik yang perbezaan umur mereka tidak begitu jauh.

Untuk berlaku adil dan memperolehi pandangan serta input yang sama, mereka bersetuju mendapatkan khidmat peguam yang sama bagi masalah yang mereka hadapi.

Perbalahan timbul apabila mereka berdua menerima tanah bendang yang diwasiatkan oleh bapa mereka, di mana petak sawah mereka itu terletak bersebelahan.

Maka atas semangat persaudaraan dan darah daging yang mengalir dalam urat-urat, mereka pun berebutlah akan siapa yang lebih berhak terhadap batas antara petak-petak sawah mereka itu. Si abang mendakwa dia yang lebih berhak kerana dia adalah saudara yang tua. Tetapi si adik pula mendakwa yang sebaliknya, di mana dia mengatakan dia lebih layak kerana arwah bapa mereka lebih kerap memberikan kepercayaan terutama dalam satu tugas penting kepadanya.

Setelah meneliti fakta-fakta dan auta-auta serupa fitnah di antara kedua-dua pihak, si peguam pun berfikir beberapa jenak sebelum bersetuju mewakili mereka seterusnya membawa kes ini ke mahkamah.

"Mengikut nilai pasaran terkini, berapakah harga tanah kamu berdua?" soal peguam memulakan bicara serius.



"Untuk bahagian tanah yang terlibat, lebih kurang RM20 ribu tuan. Begitu juga dengan nilai tanahnya, sama." jawab si abang sambil menunjukkan ibu jari kaki ke arah adiknya.

Dengan senyuman yang penuh sinis, si peguam pun menambah. "Kalau begitu, eloklah kamu berdua berambus sahaja dari sini. Kerana saya sebagai orang yang memegang profesion terhormat ini tidak mahu dipandang mempunyai kebodohan sama seperti kamu berdua ini."

Tersentak dengan kata-kata seakan mahu menista itu, kedua-dua beradik itu serentak bangun lalu bertanya. "Apahal ni tuan peguam. Tak boleh cakap elok-elok sikit ke? Kami datang ni nak dapatkan khidmat peguam, dan kami pun bukannya mahukan dengan percuma. Ha, cer cite..."

"Sebenarnya begini wahai kerbau dan lembu yang bodoh. Harga tanah kalian adalah RM20 ribu bagi setiap orang, anggaran. Cuba kamu berdua fikirkan, kos yang perlu ditanggung pula. Perjalanan dari rumah ke pejabat yang indah ini bukannya sekali dua, begitu juga untuk ke mahkamah. Agak mustahil prosedur mahkamah hanya mengambil masa sehari dan perlu dihadiri cuma sekali. Dengan itu, mungkin akan memakan belanja RM1000. Mungkin? Tambahan lagi, kamu berdua perlu juga membayar beberapa kos wajib seperti caj mahkamah untuk membuka fail dan jugak bayaran kepada pihak kami selaku pihak yang mewakili kamu berdua.

"Jadi berdasarkan anggaran kasar saya ni di sini, kos yang perlu kamu berdua keluarkan adalah tidak kurang daripada RM12 ribu. Diingatkan, setiap seorang... Oleh itu, adakah kamu berdua rasakan berbaloi untuk meneruskan proses perbalahan ini yang tidak tahu lagi akan memakan masa berapa lama, dengan kos yang hampir menyamai nilai tanah itu sendiri?

"Tambahan lagi, sesiapa di antara kamu yang menang pasti akan menjadi abu. Yang kalah pulak menjadi debu. Langsung tak bermakna apa-apa pun. Atau pun disebabkan mahu kepuasan, maka kamu berdua pun berebutkan longgokan tanah panjang yang lebarnya tak sampai dua kaki itu?

"Jika jawapannya ya, maka teruskanlah. Tapi sila gunakan khidmat peguam lain. Terima kasih, kamu berdua boleh pergi..." jawab si peguam dengan lancar dan padu, seolah-oleh butir kata-kata yang keluar dari bibirnya itu telah dirancang sekian lama.

...mendengarkan jawapan `main kasar' dari peguam itu, mereka berdua lantas tercengang sesama sendiri. Kelihatan si abang sedang memejamkan mata sambil telapak tangannya menepuk-nepuk permukaan meja, persis kelakuan seorang angkasawan sedang melakukan tayamum di dalam kapsul angkasa.

Manakala si adik pula perlahan-lahan menunduk seterusnya melakukan sujud syukur di sebalik pintu, seakan mensyukuri teguran nyata dari Tuhan.

Sekian, cerita tipu tak masuk akal...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Ia seperti cerita ada orang dari Malaysia yang terbang ke London semata-mata untuk membeli sebatang pensil yang kononnya terang dan tahan lama, sungguh tak berbaloi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau la sebaris ayat dari pensel tu boleh ubah sikap separuh pemimpin malaysia, elok jugak...

      Delete
  2. assalamualaikum sm...lama taksinggah sini....aktif kembali nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok keadaan jugak, kalau ada masa lapang sikit.

      Delete