Cikgu 2016

10
11:47 AM
Genap seminggu sesi persekolahan dibuka. Minggu awal sesi tahun 2016 yang membawa pelbagai cerita suka-duka dari segenap penjuru masyarakat. Bermula daripada permasalahan anak-anak yang mustahil merasai kaki disarung sepasang kasut baru, tentang sungutan pihak ibu bapa mengenai kepincangan sistem tadbiran yang dijalankan di sekolah, sehinggalah rungutan para guru tentang tugas hakiki yang mereka terpaksa galas kini semakin membebankan.

(Pergh, power jugak muqodimah aku ni.)

Biarkan itu semua kerana itu adalah asam-garam yang perlu ada untuk memeriahkan dunia sosial kita, menjadi bahan bicara ketika bersarapan pagi bersama rakan sekerja walau pun ada sesetengah isu itu tidak sepatutnya ditimbulkan, apatah lagi diambil peduli sedikit pun. Seperti mana marahnya ibu bapa terhadap para guru yang membiarkan anak-anak mereka duduk di atas dataran ketika waktu perhimpunan.

Bodoh!

Tolonglah jangan bebankan para guru dengan hal kasut sekolah anak-anak kalian yang comot ketika pulang dari sekolah, baju yang bersalut debu kesan dari duduk di atas permukaan tarmac selama 20 minit, atau pun mengadu akan mee goreng pedas yang disediakan di kantin sekolah.

Jangan jadi dungu sebegitu sekali.



Kenapa aku rasa sedikit sentap dengan perangai ibu-bapa zaman sekarang ni? Ya, memang sudah sepatutnya sebab sehingga kini ada tiga profesion di dalam perkhidmatan awam yang aku pandang tinggi dan mulia walau pun ada sesekali kes yang mendukacitakan kita kesan kecuaian mereka yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan itu. Mereka ini adalah jururawat, polis dan cikgu.

Jadi, takkan la takde langsung rasa hormat para ibu-bapa ni kepada orang-orang yang dijadikan Tuhan untuk mendidik anak-anak mereka?

Dah kenapa dengan aku ni, tiba-tiba emosi pulak.

Ya. Hari ni aku merungut bagi pihak akak dan adik aku yang juga seorang cikgu. Seorang cikgu di bandar (akak aku), dan seorang lagi mengajar di sekolah pedalaman di kaki gunung dengan jumlah pelajar lebih kurang seratus orang.

Yang paling kesian aku tengok adalah cikgu-cikgu kat bandar ni. Masalah mereka ni bukan sahaja nak berhadapan dengan para pelajar, tapi jugak nak melayan sejuta macam kerenah ibu-bapa. Sukar diuruskan dan ditangani.

Bila surat dah dikeluarkan sebulan sebelum sekolah dibuka yang melarang ibu-bapa berada di kawasan sekolah kecuali kantin, tapi hampir semua buat tak reti je. Jangan kan bersidai sepanjang kaki lima kelas, sampai ke tandas pun diorang nak escort anak masing-masing. Belum kira lagi yang jadikan budak-budak macam panda gergasi dalam kandang. Sekejap-sekejap nak snap gambar. Rimas dowh!

Situasi agak berbeza dengan sekolah pedalaman. Ibu bapa kat sana lebih menghargai guru kepada anak-anak mereka. Kepercayaan diserahkan dengan sepenuhnya.

Bayangkan la hari pertama sekolah ada ibu bapa yang siap tapaukan kuih kat cikgu. Terharu tak? Itu belum lagi tiba musim buah, memang boleh buat kenduri doa selamat.

Ok la, cukup setakat ini je update aku untuk yang pertama tahun ni. Ada nyawa, aku sambung lagi. Nak pergi hunting jap...

*****

Soalan:
Dah beberapa bulan tak update entri baru, kau ke mana Botak?

Jawapan:
A. Aku masuk lokap, lepas tu kena penjara 3 bulan.
B. Pergi kursus ikhtiar hidup kat hutan Nicaragua.
C. Lupa password akaun Google lepas kepala terhantuk bucu signboard masa balik kerja.
D. Tiada semua (atau salah satu) di atas...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. "kau tak ada anak lg, apa tahu?" ayat cliche mak pak balas..

    hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Eh, macam awak je yang ada anak. Cikgu2 sini takde anak ke? Sebolehnya mereka akan layan dan sayang anak murid sama macam anak2 sendiri" kata aku kalau aku jadi cikgu besau...

      Delete
  2. hahaa..mcm panda dlm kandang, asik nak snap je ya! mmg betul la apa yg dibebelkan ni. Untung adik yg ajar kat pedalaman tu kan..cuma kena tahan hati sbb dok pedalaman je lah.

    yelah..lama SM menyepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat bandar ni kerja apa pun memang stress lebih sikit.

      Delete
  3. itulah pasal... aku pun tak puas hati gak dgn mak bapak zaman skrg ni... semua x kena....

    tapi nak cakap banyak pun tak bleh jugak sebab aku ada anak kecik, esok lusa bila anak aku naik sekolah takut aku pun serupa dgn diaorg ni, walaupun aku hari2 doa supaya aku tak terikut dengan perangai jelik mak bapak zaman skrg ni dalam bab menghantar anak ke sekolah.


    sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh benda2 remeh jangan la dibebankan atas bahu cikgu, diorang pun manusia jugak. sama macam kita yang tau melenting kalau diberi kerja yang tak sepatutnya oleh bos kat tempat kerja.

      apa pun, letakkanlah kepercayaan pada orang yang diberi tanggungjawab. pantau pada perkara sepatutnya.

      Delete
  4. isu anak duduk kat lantai tu memang bodoh.. skrg ni benda kecik2 pon diperbesarkan.. rimas jugak kdg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mendatangkan kebaikan. Ok fine. Tapi benda remeh je kot...

      Delete
  5. kalau tak da sebab ..mana ada mak bapak melenting ..kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ramai mak bapak anggap cikgu ni macam pekerja yang jaga anak mereka. Sampaikan keluar ayat "gaji cikgu ni pun kami yang bayar tau!" Patut ke macam tu. Hilang rasa hormat...

      Delete