Empat Dalam Satu Rabu

11
3:25 AM
SATU

Pernah tak korang ada kawan masa belajar dulu satu kelas. Kemudian bila tamat belajar, masing-masing bawak diri. Korang melangkah ke alam pekerjaan dengan kelayakan yang tak seberapa manakala dia pulak sambung belajar lagi.

Beberapa tahun kemudian, korang pun ambik keputusan nak sambung lagi pelajaran. Konon-kononnya sebab nak dapatkan kedudukan yang lebih baik dalam pekerjaan.

Tapi...

...tapi kawan korang yang sama kelas dulu sekarang ni pulak jadi pengajar.

Nah, macamana tu. Profesional la kan...


DUA

Dalam ofis aku sekarang kami kadang-kadang ada gunakan bahasa kiasan untuk menggambarkan kedudukan. struktur organisasi kakitangan dan jugak tugas-tugas yang dibuat. Gambaran yang paling tepat kami gunakan adalah sekolah!

Ya, sekolah...

Bos jabatan kami adalah cikgu besar, staf senior dalam perjawatan dan kaki bodek sebagai penolong kanan, staf senior umur tapi jawatan sederhana sebagai cikgu disiplin, staf yang kaki ponteng tapi kerja power pulak sebagai cikgu pendidikan jasmani.

Mana-mana staf yang cemerlang tu kami gelar sebagai cikgu fizik, cikgu kimia atau cikgu sejarah. Cuma...

...cuma, kenapa pulak aku ni dipanggil pembantu makmal? Cis.

Ok, mentang-mentang jawatan aku paling kecik. Tunggu la esok aku jadi presiden kesatuan. Dengan bos semua aku pangkah dia punya petak parking khas.


TIGA

Berkenaan dengan cerita team Liga Malaysia yang nak ditaja oleh syarikat produk kecantikan.

Aku sebenarnya tak kisah pun, lagi suka pun ada. Taja la seberapa bilion yang korang mampu sebab itu semua kan strategi perniagaan. Tak cukup pasukan yang nak ditaja, kalau nak taja liga tu sendiri pun bagus. Lepas tu bila dah kuat dan banyak pengaruh, silakanlah bertanding jawatan presidan FAM.

Confirm aku akan sokong sepenuh jiwa dan bakul. Cuma...

...cuma, sampai sekarang aku masih lagi dengan anggapan bahawa sukan dan hiburan tak mungkin boleh bersatu. Kalau nak buat, nescaya akan jahanam la salah satunya. Dan biasanya yang akan menang pastilah hiburan.

Belum pun dikahwinkan, dunia sukan ni dah dicemari dengan gosip-gosip murahan, cerita-cerita tak elok dan jugak gimik yang agak keji. Nak buat macamana, dah memang selera orang kita sukakan hiburan yang hodoh macam tu.


EMPAT

Eh, sambung tadi...

Ada satu je gabungan sukan/hiburan yang berjaya iaitu gusti. Aku dulu follow masa zaman WWF (World Wrestling Federation), WCW (World Championship Wrestling) dan jugak WWE (World Wrestling Entertainment).

Sebab tu aku suka tengok Dwayne Johnson berlakon. Jauh lebih baik daripada Hulk Hogan, John Cena atau pun Steve Austin (setakat yang aku ingat).

Sekian assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

11 comments:

  1. Bukan semua gabungan akan menghasilkan produk yang 'bermutu penuh keunggulan'...

    ReplyDelete
  2. nasib baik jadi pembantu makmal....ok lah juga..dari jadi pekerja kebun..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha, sebenarnya watak tukang kebun dengan pak guard pun ada.

      Delete
  3. owhh.. sangat setuju yg nombor 3 tu..!!
    please lahh..! please lah...!

    :(

    ReplyDelete
  4. Mmg gandingan yg sgt tak sesuai..sukan + produk kecantikan. Mungkin dah terdesak sgt. Lain la johor..ada yg payung berpuluh juta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur bukan syarikat tembakau...

      Delete
  5. Haha... Steve Austin tu zaman saya kecik tu Yop... Yang boleh bagi orang pengsan dengan kilasan tangan di tengkok tu kan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni Stone Cold. Saya suka dia punya comeback bang, agak dalam tahun 2000 gitu. Semua orang abis dia bagi stunner.

      Delete
  6. Suda femes dengan produk kosmetik. .

    ReplyDelete