Tentang Berak Atas Lopak, Aib Di Hadapan Tuhan Dan Breastfeeding Di Atas Pentas Dunia Sosial

6
1:33 AM
SATU

Pernah satu ketika dulu dalam kelas aku, bertanya seorang murid tu kepada ustaz tentang permasalahan aurat ketika bersolat. Masa tu darjah berapa entah, aku pun lupa. Tapi yang pasti masa tu aku dalam sekolah rendah. Dan soalan itu ditimbulkan semasa sekolah agama.

Memang menjadi lumrah ibu bapa di Johor sana menghantar anak masing-masing ke sekolah agama kelolaan kerajaan negeri pada sebelah petangnya.

Perkiraannya macam ni; kalau kau kebangsaan dalam darjah 3, kau akan dihantar dalam darjah 1 di sekolah agama. Tapi ada jugak ibu bapa yang hantar anak-anak diorang lebih awal sedikit. Kemudiannya, kalau kau tak lulus peperiksaan akhir tahun sekolah agama tu, kau tak layak naik kelas. Jadi, elok la kau belajar elok-elok kalau tak nak malu sebab terpaksa duduk sekelas dengan budak-budak yang dua atau tiga tahun lebih muda.

Hari tu, ustaz terangkan la apa yang membatalkan solat apabila pakaian yang kita pakai tak sempurna. Contohnya nampak bayang-bayang bentuk tubuh atau terdapatnya koyakan kecil sampai memperlihatkan anggota di bahagian dalam.

Tapi yang elok dan bagusnya, ada pulak murid yang cakap lebih kurang macam ni. "Ala, bukannya ada orang nampak ustaz. Batal jugak ke?"


Dijawab pulak oleh ustaz dengan jawapan yang tak memerlukan penghuraian dan pertikaian yang lebih meleret-leret. "Baiklah, kalau macam tu kan elok awak masuk ke dalam bilik, kunci semua pintu, tutup tingkap dan tanggalkan semua pakaian lepas tu awak bersolatlah. Boleh ke macam tu? Sedangkan mandi bogel pun kamu patut rasa malu, inikan pulak nak mengadap Tuhan".

Masing-masing diam, termasuk la jugak aku. Ah, aku apa-apa hal memang diam pun. Duduk meja paling tepi kat depan, memang mudah sangat nak jadi halimunan...


DUA

Mungkin ada yang sedia maklum, kerja aku yang dulu adalah tiap-tiap hari masuk belukar kira tapak kaki beruang. Kalau jumpa tapak kaki rimau, itu la yang aku kira. Tapi kalau takde apa-apa kesan tapak kaki haiwan, kira la tapak kaki sendiri.

Salah satu site yang paling aku tak boleh lupa tapi kalau boleh nak jugak lupakan adalah satu bidang tanah luas berdekatan laut, di tepi jalan antara Bandar Penawar dengan Tanjung Sedili. Site ni agak best jugak sebab kalau datang time malas, aku dengan tiga orang lagi chainman akan singgah mandi laut sebelum balik.

Tapi yang tak best tu pulak, site ni adalah tanah paya yang penuh dengan belukar. Airnya hitam dan kadang-kadang ada la jugak air takungan sedikit jernih bila malam sebelumnya hujan.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu tengah buat kerja tiba-tiba perut aku memulas pulak. Rasa usus besar aku time tu kena peras dengan mesin tebu je. Tak tertahan-tahan nak memuntahkan isi. Siol, tengah hutan paya macam tu kat mana pulak aku nak cari tandas awam! Nak lari balik ke kereta yang aku parking tepi jalan sana lagi la tak masuk akal punya kerja. Sedangkan berjalan dengan santai pun senang sangat terjatuh. Lima kali langkah, dua kali jatuh.

Lepas tu aku rasa ada la dalam sejam baru la boleh sampai ke tepi jalan besar sana.

Keputusannya, hari tu buat pertama kali aku terpaksa membuang kat tempat kerja ditemani pokok-pokok renek dan bunyi mergastua. Rasa kekok gila beb! Makan masa jugak aku nak cari port yang sesuai. Ke sana tak kena, ke sini tak kena.

Kalau boleh aku tak nak membuang jauh dari sumber air yang aku yakini suci untuk dibuat istinjak.

Operasi mengeluarkan hasil perkumuhan tu memang sesuatu yang sangat mendebarkan. Bayangkan la, setiap saat mata aku pandang keliling 360 darjah. Atas dan bawah. Berbumbungkan langit serta berdindingkan daun-daun dan ranting-ranting pokok renek. Suspen gila memandangkan beberapa hari sebelum tu ada seekor ular hitam melintas kat celah kaki aku semasa aku tengah berdiri di dalam air separas betis. Pergh...

Malunya pulak, memang sampai sekarang aku tak pernah cerita kat sesiapa. Gila ah, berak kat tengah alam. Terasa sangat ada banyak mata yang tengah skodeng aku masa tu...


TIGA

Dua tiga hari ni tengah panas isu pasal segelintir ibu-ibu muda yang berselfie semasa menyusukan baby, atas alasan apa pun aku tak pasti. Nak menyokong kempen penyusuan badan mungkin? Entah la.

Dalam tercari-cari ayat yang paling sesuai untuk menggambarkan pandangan aku pasal isu ni, terbaca pulak status yang di'update' oleh seorang pemilik akaun Facebook ni. Yang mana aku memang setuju 99% dengan apa yang dia tuliskan. Terima kasih dan kredit untuk beliau. Dan apa yang penting lagi, orang yang memberikan pendapat ini adalah perempuan sendiri.



(sengaja aku tak tunjukkan nama pemilik akaun, sebab yang penting adalah apa yang dia nak sampaikan)

Korang nampak tak? Aku sebenarnya tak menyokong kedua-dua pihak. Pihak yang menegur tu mungkin betul niatnya, tapi cara yang tak kena. Yang ditegur tu pulak malangnya adalah daripada kalangan manusia yang kehilangan rasa aib dalam diri. Dan tambah malang lagi adalah kaum yang jadi hiasan dunia, perempuan.

Dua-dua tak nak mengalah. Yang pemula isu terus dengan kritikan keras, yang dikritik pulak terus memprovok dengan memperbanyakkan lagi gambar-gambar sensitif (walau pun menutup aurat zahir).

Hmm, abis kecoh bumi Malaysia dalam dua tiga hari ni. Breastfeeding punya pasal. Cukuplah, hentikanlah. Tak semua wanita berpeluang diberikan kelebihan macam kalian. Ada anak, dan mampu menghasilkan susu untuk anak kecil. Yang satu pihak pulak. tak semua orang boleh ditegur dengan cara yang sama. Sedangkan anak kembar pun ada perbezaan personaliti, inikan pulak makhluk bernama perempuan. Berhemah la ye.

Kerana perempuan, dunia boleh hancur. Dua bangsa berperang. Kerana runtuhnya rasa aib yang didorong oleh faktor kegagalan mengawal emosi.

Kerana kegagalan lelaki menggunakan akal, dunia pun turut boleh hancur jugak. Meruntuhkan tembok-tembok malu dan hormat terhadap Tuhan.


~~~~~

Boleh tahan panjang tajuk entri aku kali ni. Sekian, assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. Lepas selfie menyusu apa lagi? Pertama mungkin ada yg lebih kreatif nak berselfie proses budak itu lahir di labor room. Yang terlampau kreatif pula nak berselfie proses mencipta anak di atas katil dengan suaminya.
    Kiamat sudah dekat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Breastfeeding tak salah, buat kat public pun tak salah kalau dah takde pilihan dan dibuat dengan ada rasa malu, selfie jugak tak salah asalkan jangan pada benda mengarut.

      Semua ni jadi salah bila dibuat dengan keterlaluan sampai tak fikir sensitiviti.

      Delete
  2. Saya sokong breastfeeding, tetapi bukanlah dengan cara berdemo begitu dikhalayak ramai. Saya mengaku isteri saya pun terpaksa breastfeeding dikhalayak ramai semasa berada di pasaraya, tapi tidaklah sampai menunjuk-nunjuk atau berselfie. Pasal memerah susu dalam botol juga, isteri saya memerah susunya di pejabat, untuk simpanan bagi anak saya yang baru nak masuk 5 bulan tu. Ketiga-tiga anak saya membesar memang menyusu badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda baik, kita sokong. Tapi benda baik yang dibuat dengan cara tak betul, tak payah la sokong kan...

      Delete
  3. assalamualaikum sm..lama menyepi...pi bertapa ke...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selesaikan masalah negara. Hahaha...

      Delete