Kerenah

6
1:13 AM
SATU

Ada kaitan dengan hal aurat dan aib yang perlu disembunyikan seperti mana isu breastfeeding di khalayak awam tempoh hari. Kadang-kadang aku terasa pelik jugak dengan sesetengah mereka ni, seolah dah menipis je tembok aib masing-masing. Terutama yang sesama berlainan jantina.

Bergurau tanpa batasan. Hal-hal waktu malam yang sengaja jadi bahan ketawa. Kalau sesama jantina itu mungkin boleh dimaafkan, tapi macamana kalau berlainan jantina. Seolah-olah perkara tu macam aktiviti makan roti canai je. Siap boleh gelak-gelak lagi.

Bukan itu je yang patutnya mesti disembunyikan. Tapi jugak objek yang ada kaitan dengan tempat-tempat sensitif.

Aku maksudkan pump. Ya, aku tau kau kena keluarkan susu mengikut jadual untuk dibuat stok untuk anak yang masih menyusu badan,  Tapi apa perlunya pump tu kau biarkan terdedah. Dem! Jangan sampai aku campak ke luar tingkap, terus jatuh masuk dalam tasik yang jaraknya tak habis peluh dari lobi bangunan pejabat aku ni.

Siot. Aku pulak yang naik segan.



Macam biasa, aku duduk diam-diam, ambik headphone, tekap kat telinga. Lepas tu klik je kat mana-mana lagu yang mampu memisahkan antara aku dengan dunia mereka. Selesai.


DUA

Isu semasa, pasal Menteri Besar Kedah yang baru ni.

Aku tak nak sentuh bab permainan orang-orang politik ni, sebab memang di luar jangkaan kita. Ah, diorang ni bukan boleh percaya sangat. Siang bercekak pinggang, saling memaki-hamun, keji-mengeji, tapi bila nak sampai petang boleh tersenyum. Lusa pulak dah jadi kawan baik.

Podah, ptuiiih...!

Cuma yang aku terkilan kat sini adalah sikap sebahagian besar kita sebagai orang biasa dan penyokong cabuk ni.

Apa perlunya kita merendah-rendahkan tahap pendidikan seseorang tu? Adakah dengan mempermainkan tahap seorang pemimpin itu menjadikan kita lebih hebat mentadbir? Lebih bijak berdiri di depan dan menyelesaikan masalah rakyat? Tidak...

Pada aku, tak kisah la kalau seorang pemimpin tu tak habis sekolah menengah pun. Apa yang penting dia mestilah seorang yang betul-betul bersih (jujur), mampu memberikan yang terbaik untuk rakyat dan bijak mengelakkan masalah,

Tak guna kalau ada pemimpin cerdik belajar sampai peringkat doktor sampah pun, tapi kaki kelepet duit rakyat...

Ptuiihhh...!


TIGA

Dah lama aku dok perati je perangai rakyat Malaysia ni. Tak kira tua, muda. lelaki, perempuan, miskin dan kaya memakai baju baru warna-warni. Mengunjungi sanak kaum famili. Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini. Tua muda wajah berseri-seri.

Yang bermotosikal, yang berkereta mewah. Masing-masing perangai sama acuan.

Awal pagi keluar rumah, hantar anak ke sekolah. Mestilah dengan harapan untuk menjadikan anak-anak tu manusia yang lebih baik. Terpelajar.

Tapi kalau lampu merah pun tak reti nak berhenti, nampak lorong dah tersumbat macam lubang jamban penuh najis tapi masih jugak nak memotong barisan, apa sikap macam ni ke yang patut ditunjukkan depan anak-anak?

Aku tak hairan pun kalau negara kita ni terpaksa ambik tempoh sampai sekorang-kurangnya tiga generasi untuk memiliki kalangan pengguna jalan raya yang betul-betul beradab. Sebabnya anak cucu kita membesar dengan menghadamkan sikap kurang ajar kita bila di atas jalan, dengan mengandaikan tidak mengapa kita melanggar undang-undang jalan raya selagi tiada yang mati kepala digilis tayar.

Lampu merah? Ah, jalan je la sebab line clear...

Bukannya accident pun.


EMPAT

Sekian, assalamu 'alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. kesimpulan : serba serbi semakin rosak

    ReplyDelete
  2. rosak habis....mmg janam ler..erk

    ReplyDelete
  3. tp kan..kt cyber ni kalau mlm2 lmpu merah xde kete...aku jln jerrr..huhu.

    ReplyDelete