Ola Abang Long Padil Bola

6
2:00 PM
muhammad ali knock out
(Gambar dari sini)

Situasi tegang dalam sebuah dewan (atau mungkin balairaya) antara sekumpulan penduduk kampung dengan pemaju yang mahu membeli bidang tanah milik penduduk kampung dengan harga terlalu murah.

Seorang makcik di belakang bangun, menjerit ke arah wakil pemaju dan suaminya yang sedang menandatanagni dokumen jual beli dan pertukaran hakmillik. Menyatakan rasa tidak puas hati, dia berkeras membantah dan meminta suaminya tidak menurunkan sebarang tandatangan.

Berang dengan bantahan makcik itu, seorang gangster upahan berbadan kerbau dengan parang di tangan tangkas meluru ke arah makcik dan menolak wanita itu hingga terjatuh. Parang diacukan ke leher makcik itu.

Orang ramai yang melihat menjerit ketakutan, begitu juga dengan makcik itu dan suaminya. Masing-masing merayu mohon dilepaskan sambil masih lagi meminta pemaju mempertimbangkan semula harga yang ditawarkan agar berbaloi dengan nilai semasa.

Gedegang!

Pintu ditolak dari luar. Muncul seorang lelaki bersongkok, dan diikuti beberapa orang anggota polis lengkap beruniform. Bagaikan babak dalam drama Gelak Keras, semua gangster termasuk si kerbau dan wakil pemaju dengan mudah ditumpaskan. Cuma beberapa minit.

Pemaju yang nampak macam bapak segala penjahat dengan mudah dicekup dan diheret dengan tangan bergari. 

*****

Oh, indahnya dunia. Hmm...

Menyesal aku layan filem ni. Serupa gampang, hahaha! Kalau macam tu punya mudah, kenapa la orang kampung dari awal lagi tak panggil polis. Kan senang.

Dan tambah kartun lagi, polis yang datang tu takde la besar mana ranking dia tapi selamba je boleh tangkap bapak penyamun. Hadui, susah sangat nak tengok kisah polis kawtim dalam filem/drama melayu ni. Selalu apa yang ditunjukkan, sejahat mana pun, sebesar mana pun penjenayah tu, dia tetap akan kalah dengan polis. Walaupun polis tu cuma berpangkat konstabel.

Indahnya Malaysia yang kita tengok dalam filem...

Ah, layan filem tamil lagi syok. Korang nak kata tak logik, itu lantak la. Tapi apa yang aku nampak, dalam filem tamil ni ada lebih banyak realiti yang dipaparkan berbanding filem kita.

Ya, aku faham apa tujuan filem kita bersifat begitu `melindungi', tapi sedikit realiti jugak perlu diketengahkan supaya tikus-tikus di kalangan kita ni cepat sedar, untuk melihat Malaysia sebagai negara yang lebih indah, mimpi di dalam filem tak sepatutnya kita buaikan sampai ke luar sana.

Sekian, assalamu 'alaikum.

Ola Bola
(Filem #OlaBola ni rasa macam nak tengok, tapi tak sempat lagi. Gambar dari sini)

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. yyan dah lama tak.layan movie melayu...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tak sengaja, terlayan pulak. tapi termenyesal layan...

      Delete
  2. filem lebih indah dari realiti.. sbb orang malaysia nk tngok movie utopia untuk distract dari reality.

    ReplyDelete
  3. hahahhahahahahahahha. kelaka sgt cite nye. tp skrg ak lyn sinetron tv9. Pashmina Aisha. Lg serupa ta'k. tp ak tetap layan slamber.hahahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa yang tengok rancangan tak best ni sebab tak sengaja atau malas nak tukar chanel dah. kan?

      Delete