Sedikit Ganjaran, Jaga Diri

10
2:45 AM
Lebih seminggu yang lalu...

Stesen minyak Petronas...

"Assalamu 'alaikum, pakcik..." terdengar suara perempuan yang tiba-tiba menegur aku dari belakang. Boleh tahan terkejut jugak walau pun suara tu bukan dalam nada menyergah. Ye la, tengah syok layan bau petrol yang keluar dari muncung nozzle sambil nyanyi lagu John Legend dalam hati, ada pulak orang panggil aku pakcik dari belakang.

"Wa 'alaikum salam. Haa, pakcik?" aku yang berwajah muda remaja ni dia panggil pakcik. Tengok je tarikh lahir dalam mykad macam dah berkurun, tapi jiwa masih kanak-kanak lagi tau. Atau pun pakaian aku ni yang melambangkan seorang lelaki usia lewat 60-an, tambahan pulak kalau dilihat dari belakang. "Ya, ada apa..." tanya aku.

Dengan sopan, budak perempuan yang aku kira pertengahan 20-an itu menerangkan, "Saya dari, bla bla bla dan bla bla bla. Nak mintak sumbangan untuk bla bla bla..." panjang jugak penerangan, aku agak mungkin lebih 100 patah perkataan. Yang mana tak sampai separuh pun aku faham sebab aku tengah sibuk tengok muka dia yang manis, sesekali selang beberapa saat melihat ke muncung nozzle, takut minyak melimpah pulak.

"Ha, ok la. Sekejap eh..." selesai memenuhkan petrol ke dalam tangki, aku seluk poket dan mengeluarkan wallet yang lebih banyak resit kedai serbaneka dan kad ATM berbanding duit kertas. Serius, aku tak tipu dalam wallet aku cuma ada tiga keping not merah dan beberapa keping not biru bernilai paling kecil.

Aku keluarkan dua keping not yang paling kecil dan terus hulurkan ke budak perempuan tu.

Sebelum blah, aku interview dia sikit lagi. "Tinggal kat bla bla bla, datang sini bla bla dan bla..." jawabnya. "Ok bang, terima kasih."

Nampak tak, bila dia tengok muka aku baru panggil abang. Bila tengok dari belakang, dia panggil aku pakcik. "Ok dik, jaga diri..."

Power tak nasihat last aku ni, jaga diri. Bukannya apa, zaman sekarang aku kurang percaya dengan orang sekeliling. Penipu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada yang cantik, ada yang kacak, ada yang bulat dan ada jugak yang bersegi macam tv contohnya. Tambahan pulak, kata-kata "jaga diri" tu memang ikhlas aku tujukan pada dia.


Balik ofis...

Hmm, berbaloi jugak aku keluar merayap sekejap masa lunch hour hari tu. Sebab dapat apa yang aku dok tunggu dan mencari.

Renault ni yang aku cari sangat. Cantik dia punya casting dan warna. Aston Martin ni pulak sempena filem Spectre. Filem terakhir Daniel Craig jadi Bond.

Nah, ini la dia keluaran khas sempena tahun lompat tahun ni. Kalau nak tunggu next casting, mungkin 4 tahun lagi kot. Itu pun kalau ada la...

Apakah mungkin budak perempuan muka manis kat Petronas tu dah doakan aku agar aku mendapat sedikit ganjaran atas nasihat "jaga diri"?

Hmm... Assalamu 'alaikum.

*Eh, hari ni 29hb Februari kan? Sengaja aku tunggu hari ni untuk naikkan entri yang ni. Bijak kan?
*Selamat hari lahir kepada yang lahir 29hb Februari. Anda memang spesis rare. Hehehee...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. Sebesar mana pun pemberian kita yg penting ikhlas kan...? Ada yg beri seumbangan banyak dengan syarat ada rakaman lensa kamera TV...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia punya cek gedabak dah macam signboard. hehehee...

      Delete
  2. Aston Martin tu nampak smart...!

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik bila aku letak sebelah dengan model sebelumnya, card tahun 2011.

      Delete
  3. kesian kat spesis rare...

    ReplyDelete
  4. Taknak komen ape, cuma kirim salam kat budak petronas tu.. :p

    ReplyDelete
  5. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete