Untuk Siti Aisyah

10
4:00 PM
"Esok kawan saya Siti Aisyah dah takde. Dia pindah balik kampung." kata Isha menukar hala tuju perbualan.

Aku sedikit keliru. "Kenapa dia pindah balik kampung?" tanya aku untuk mendapatkan jawapan.

"Mak dengan ayah dia bercerai. Dia balik kampung sekolah kat sana. Kampung dia jauh sikit kot." sedikit tersentak bila aku mendengarkan jawapan dari budak perempuan berusia 7 tahun ni.

"Awak tau ke apa maksud bercerai tu?" tanya aku. Dengan penuh yakin, dia pun menjawab, "Bercerai tu bila ayah Aisyah dah tak suka mak dia la..."

Dengan perasaan bercampur, aku tak tau nak tanya apa lagi dah. Tak sangka yang sesingkat itu usia persahabatan mereka, kurang dua bulan. Apa yang aku tau mereka berdua adalah kawan yang agak kamcing. Sama kelas dalam sekolah agama (pagi) dan sekolah kebangsaan. Cuma terpisah dengan tempat duduk je.

Dengan budak bernama Siti Aisyah ni la si Isha ni belajar membeli makanan kat kantin dan banyak pulak habiskan masa bersama. Pernah sekali aku nampak mereka berdua ni jalan saling memaut bahu masing-masing keluar dari kelas, sewaktu tamat sesi persekolahan hari tu. Sebelum berpisah, sempat pulak mereka berdua ni saling bersalam dan mencium tangan kedua-duanya.

Comel siot...

Sebab tu timbul rasa belas aku bila dapat tau yang si Aisyah ni nak bertukar ke sekolah lain. Dan rasa kasihan serta tersentuh pula pada budak ni, seawal usia begini dah terpaksa melalui perkara yang dia sendiri susah nak terima dan faham.

Jadi, aku nak ingatkan korang kat luar sana, perpisahan adalah sesuatu yang menyakitkan bukan sahaja pada korang yang melalui, tapi lebih pedih lagi sebenarnya kepada anak-anak. Sebab mereka ni la yang akan hidup dalam dunia yang berbeza-beza. Ah, f*ck. Korang orang dewasa takkan faham perasaan kami.

Aku tau, sebab aku pun datang dari keluarga yang bahteranya terpecah dua... Mungkin ini yang jadi penyebab kenapa aku sedikit terasa sedih dengan perpindahan Siti Aisyah ni, walau pun dia takde kaitan langsung dengan aku. Siapa keluarga dia. Dan dari mana latar belakang dia.

Harapnya, satu hari nanti dapat la si Isha dengan Siti Aisyah ni berjumpa lagi, dan menyambung semula persahabatan tu. Aku harap sangat.

Siapa sangka kan, pelajaran hidup yang paling awal mereka perlu tempuhi dalam darjah satu ni adalah mengenal makna perpisahan. Sekali lagi aku bertanya, "Apa makna bercerai tu?"

"Bercerai tu Aisyah kata sebab mak dia dah tak suka dengan ayah dia..." jawabnya sekali lagi, dengan nada yang sedikit goyah. Mungkin sudah tak yakin dan keliru.

Sekian, assalamu 'alaikum.

Lagu kat bawah ni aku dedikasikan khas kepada persahabatan singkat mereka...

Almost Lover
All Of Me 

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

10 comments:

  1. isha dlm cite ni bukan ishy kan.hehe

    ReplyDelete
  2. sebak membacanya...
    suami akak jugak datang dari keluarga yg bercerai berai ibubapanya..so katanya dia tak nak anak2 merasa apa yg pernah dirasainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata orang putih, "stand in their shoes".

      Delete
  3. ya, perpisahan itu menyakitkan bukan kpd suami dan isteri sahaja... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ada orang lain yang lebih sakit.

      Delete
  4. kesian lahai..yg jadi mangsa anak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaannya macam tu la...

      Delete
  5. bila terfikir pon dah rasa sedih.. inikan plak kalau mengalami.. T-T

    ReplyDelete