4

2
11:45 AM
Aku kadang-kadang malas nak masuk kedai buku lama-lama bukannya apa, sebab pernah mata aku ada penyakit mudah tertarik dengan cover buku yang dipamerkan de bahagian depan. Daripada lalu depan pintu, entah macamana tiba-tiba je aku dah ada kat dalam kedai. Tangan mulus aku pulak membelek-belek helai demi helai.

Kalau dah berkenan mungkin ambil masa lebih 5 minit semata-mata nak pastikan adakah berbaloi aku keluarkan duit dari dalam wallet untuk ditukar dengan sesuatu buku tu.

Dah beberapa kali berlaku. Keburukannya, bila dah sampai rumah dan baca beberapa bab awal baru la aku sedar yang buku tu bukan daripada jenis yang aku minat. Dan kesudahannya akan ambil masa lama untuk dihabiskan, atau paling teruk langsung terbengkalai.


Dalam sebulan ada 4 minggu kan, jadi kalau kekal istiqamah sepanjang bulan Ramadhan ni, tak mustahil aku dapat setelkan 4 judul buku ni sekaligus. Satu pencapaian terhebat aku sepanjang hayat.



Buku pertama, Politics Of The Temporary (Parthiban Muniandy) tu aku beli secara spontan. Tak fikir panjang sangat pun. Sebab utama aku beli adalah buku ini mengisahkan suka-duka golongan imigran di Malaysia, dan jugak menggunakan bahasa yang aku boleh faham kalau kekal fokus membaca.

Yang lain-lain tu aku beli dengan harga RM10 untuk 3 buah. Kali ni aku beli sebab harga yang berbaloi, baca atau tak belakang kira...

Sekian, tiba-tiba mata aku mengantuk pulak siang-siang buta ni. Assalamu 'alaikum!

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

  1. Baca buku omputeh.. Ni mesti speaking berabuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tengok gambau je bang. hehehe...

      Delete