Berseri

4
9:51 AM
Sejak beberapa ketika aku dah berhajat nak beritahu perkara ni. Tapi sama ada aku terlupa bila ada peluang atau bibir munggil aku yang agak keberatan nak mengeluarkan bunyi-bunyian lisan.

Kalau tak silap, sejak dua pertemuan sebelumnya lagi aku dah perasan sesuatu yang agak ketara pada dia ni. Jadi, tengahari tu aku kuatkan jugak semangat untuk bertanya yang aku kira hari itu adalah masa yang paling sesuai memandangkan cuaca yang tak terlalu panas dan tidak pula hujan.

Selesai mencuci tangan dan kembali ke meja di bawah teduhan kanopi berukuran 10'x10' itu, aku pun mula berbicara.

"Eh, aku tanya ni kau jangan marah tau." Tersengih aku menunjukkan lapisan bibir yang secantik kuntuman bunga kemboja, dihiasi tahi lalat di bahagian bawah kiri.

"Tanya apa?" Soal dia. Penuh dengan nada suspen, suasana tiba-tiba menjadi redup. Matahari yang tadinya memancar cahaya malasnya kini langsung semakin tidak bermaya. Terus sahaja jaluran cahaya itu dibenam oleh gumpalan asap di antara kami.

"Tapi janji jangan marah!" Sekali lagi aku memberikan amaran, berserta layangan kad kuning ke udara.



"Ok, aku janji tak marah..." Balasnya tersenyum, menerbitkan satu riak keyakinan palsu pada mata kecilnya, persis mata yang dimiliki Emma Maembong.

"Sejak hari tu lagi, aku perasan satu benda. Kau punya berat dah bertambah ke? Sebab aku tengok kau punya pipi macam dah kembang sikit. Sikit je, tak banyak pun..." Kemas, mantap, padu dan tersusun sekali ayat yang aku keluarkan dengan sebaik mungkin. Semata-mata tak nak buat dia marah. Dan juga seboleh-bolehnya aku cuba mengelakkan daripada menggunakan perkataan G itu tanpa lari daripada maksud yang asal.

Serentak itu, air muka dia sedikit berubah. Kerana semua kata-kata yang aku tuturkan tengahari itu cuma dia dengar sebagai satu ayat sahaja, iaitu... "Kau dah gemuk la." Dan perbualan selanjutnya, kalian sendiri la teka. Apa yang pasti, aku tetap mengelak daripada menggunakan perkataan G itu.

Nampak tak? Ada dua benda dalam dunia ni yang tergolong dalam benda yang sensitif terhadap perempuan dan boleh mencetuskan perang saudara selama 100 tahun; iaitu berat badan dan umur. Kalian kalau nak hidup tenteram dalam masa beberapa hari, tolong jangan komplen kat diorang ni dengan ayat-ayat yang membabitkan pertambahan berat badan dan jugak pertambahan umur.

Contoh ayat, "Apasal aku tengok pipi kau dah makin berisi, terlebih makan ke?" akan mengakibatkan mata kau lebam dihinggap tapak kasut. Atau pun, "Aku tengok kau punya garis kat muka sekarang dah makin banyak, tak padan dengan umur. Mesti silap pakai krim muka ni..." pula mungkin akan mengakibatkan kalian bakal menghabiskan seminggu di atas katil hospital.

(Gambar hiasan)

Pernah seseorang mencadangkan aku tukar perkataan 'berisi' kepada 'berseri', tapi aku langsung tak setuju. Kan beza maknanya tu! Apa pun, pada aku size doesn't matter. Betul tak?

Selagi aku boleh duduk makan semeja dengan kau, sembang sampai kehabisan modal bicara, tak kira la macamana dengan kau punya saiz atau bentuk sekalipun. Gemuk, sederhana, kurus atau melidi... Bulat, membujur lalu melintang patah, empat persegi atau berbentuk rombus, kau tetap 'berseri' dalam hati aku.

Sekian...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

4 comments:

  1. Jalan paling mudah, tak perlu di komen orang itu makin gemuk lah , makin tua lah...diam diam sudah...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh doc. Dah depan mata, susah nak control. Prihatin la katakan.

      Delete
  2. perh sound derek ..panas telinga panas hati...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan2 takpe, sebab tu berani tanya. Kalau tak kenal, mungkin sekarang tengah baring atas katil hospital. Huhuu

      Delete