Cendawan

9
7:24 PM
"Pernah tak dengar atau baca pasal pau cendawan kat pasar ramadhan Putrajaya tu. Ala, yang tengah viral sekarang ni la", dia memulakan bicara.

"Tak", jawab aku ringkas.

"Dia sebenarnya pau tapi bentuk macam cendawan, dalamnya ada inti cendawan dengan...... bla bla bla.... beratur... bla bla bla... pukul tiga.... zzzzz....", selebihnya aku tak dengar apa yang dia cakapkan. Langsung tak menarik minat aku berbanding pemanduan yang mesti aku beri lebih perhatian.

"Tak nak la, membazir masa, duit, tenaga... Jauhnya lagi satu hal. Benda-benda viral ni tak payah nak kejar sangat, mengarut je. Kat pasar ramadhan pulak tu". pantas aku memangkah dengan jawapan kuku besi sebaik dia habis membuat review ringkas. Review yang sebenarnya aku malas nak ambik port sangat.

"Kalau betul sedap atau dia ni berniaga bukan dalam bulan puasa je, kita cari la lepas raya karang..." tamat perbualan, sebelum disambung dengan topik sensasi yang lain.

Pada aku, boikot tetap boikot. Tak kira sesedap mana atau seluas mana viral yang tersebar tu, aku akan tetap teruskan boikot pasar ramadhan sampai bila-bila. Kenapa perlu bersusah-susah menyerahkan diri untuk ditipu dengan peniaga dan jugak gambaran viral yang kadang-kadang lebih indah rupa daripada rasa dan harga.



Tidak, itu bukan aku.

Jenis peniaga yang cuma berniaga mengikut musim dengan bantuan media sosial ni memang dah lama betul aku jaki tengokkan. Berniaga tak ikhlas, nak untung semata-mata. Dapat untung berkoyan-koyan, lepas raya pergi haji balik hari naik jet peribadi. Dengan orang macam ni ke yang aku nak buat urusan jual beli? Walau pun harga tu cuma beberapa ringgit, kalau tidak pada aku, tetap tidak sampai penghujung hari.

Ok la kawan-kawan, sesiapa yang tau lebih lanjut pasal pau cendawan ni, sama ada mereka ni memang ada berniaga di luar bulan ramadhan, sila la bagitau aku ye. Dapat dengan lokasinya sekali lagi bagus.

Bukan sekarang, tapi lepas raya karang...

Sekian, assalamu 'alaikum.

**********

Hari yang lain. "Abang rasa jus mangga sebelah Petronas tu sedap tak...?"

"Tak", pantas dan padu jawapan aku yang memang dah tersedia di hujung bibir sebelum dia habiskan soalan lagi.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

9 comments:

  1. Jahatnya. Sian dia. Nak dekat raya, mesti takramai org beratur dah. Pergilah beli. Aku pun takpernah rasa lg. takgigih nk beratur 2jam mcm officemate lain.. Hehe..
    Belilah air mangga tu. Sian dia. Jgn keras sgt, abg kawasan.. Aku faham perasaan takdpt tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 jam? Ok, good bye...

      Air mangga dah setel sebab bukan kat pasar ramadhan. Boikot tetap boikot...

      Delete
  2. Dah dapat tahu kat mana kedai cendawan tu nanti, ambil gambar, masuk dalam blog ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap boleh jumpa, bukan sekadar berniaga bulan puasa je...

      Delete
  3. aku pun dah lama mengharamkan param dlm kamus beli belah aku..tak mati pun kalau tak pi pasar tu..

    ReplyDelete