Luka

2
1:19 PM


Chicken Soup For The Soul
Jack Canfield, Mark Victor Hansen & Amy Newmark
mukasurat 258 & 259

Berulang kali aku baca bab yang satu ni, seolahnya aku membuka semula buku teks sejarah yang mencatatkan apa yang aku pernah lalui dahulu. Menyelak helaian demi helaian. Sampai akhirnya aku sendiri terlelap di depan monitor. Kemudian bila kembali teringat di kemudian harinya, cepat pulak aku mencapai kembali buku yang sedia aku letak atas meja. Sengaja aku susun buku-buku kat office ni di dalam jangkauan tangan supaya mudah aku capai dan susun semula, bila-bila masa.

Sepertinya juga mukasurat yang kerap aku ulang baca ni menjelma menjadi kepingan cermin satah, daripada cetakan-cetakan aksara bersaiz 11 (atau mungkin lebih sedikit).

Sangat-sangat reflek dengan pengalaman aku.



Sebagaimana aku menolak kehadiran orang luar dalam hidup aku, dan masih lagi enggan bergerak dari sudut hampa serta kecewa ke arah dunia yang lebih cerah. Walau pun pada hakikatnya aku masih lagi mampu menjamah makanan yang dia masakkan, meneguk jus yang dibancuhnya namun sepanjang yang aku ingat, aku tak pernah lagi bercakap dengan dia.

Keadaan penerimaan pada ayah aku juga hampir sama. Hanya berjumpa sekali atau dua kali setahun, tapi setiap kali pertemuan itu mungkin tak habis 10 patah perkataan yang aku perbualkan. Aku tau, sebagai ayah apa perasaan dia pada aku. Sayang dia pada aku, anak lelaki tunggal antara tiga beradik. Rasa rindu yang pernah dia berikan lewat sms beberapa tahun lalu tapi tak aku endahkan, jauh sekali untuk membalas atau meyimpan nombor telefon dia dalam memori telefon bijak aku.

Degil ke aku ni? Keras kepala ke aku ni? Entah.

Sebab apa yang pasti, aku juga macam apa yang diceritakan di atas mukasurat 288 dan 289 itu. Keengganan aku menerima orang luar itu mungkin berpunca daripada perasaan aku tidak mahu melukakan orang yang paling aku sayang. Atau mungkin pengalaman buruk yang pernah aku alami dulu masih lagi tiada pemadam yang mampu hilangkan dari skrin memori kepala aku. Tentang bagaimana aku menghabiskan sepanjang malam tidur di bawah katil sambil menekup telinga dengan tangan setiap kali tercetusnya pertengkaran dan perbalahan antara ayah dan ibu aku, sehingga perlakuan menekup telinga ketika tidur itu menjadi kebiasaan untuk aku.

Sekarang, sudah menjadi tabiat aku untuk tidur dengan dua biji bantal. Tak kira di mana sama ada di rumah atau pun di hotel (out station). Sebiji sebagai pengalas kepala dan sebiji lagi untuk diletakkan di atas telinga. Terasa tidur aku lebih aman dan tenang tanpa pekikan dan tangisan dunia luar.

Salah ke aku, menyingkirkan ayah aku sendiri dan orang luar yang aku tak ingini langsung...

Ya, aku bersalah...

Ohye, untuk soalan "best ke ada mak tiri ni?" memang aku takde jawapan langsung. Apa yang aku tau, trauma mental akibat perpisahan yang tak semua orang ingini tu sangat-sangat pedih. Luka tu walau pun cuma berparut tapi tetap terasa ngilu setiap kali tersentuh, sampai la kau tua...

Sekian, assalamu 'alaikum...

Pink - Family Potrait

Everclear - Wonderful

Papa Roach - Broken Home

Kelly Clarkson - Because Of You

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

  1. mimpi ngeri bagi seorang mak tiri bila anak tiri tak boleh terima dia dan disebabkan dia, hubungan anak dengan bapanya jadi renggang..

    owhhhh.. *raup muka*

    semoga aku dapat jadi mak tiri yang kalau pun tak disayangi anak2 tiri, sekurang-kurangnya tak lah dibenci.. "best ke ada anak-anak tiri..?" aku pun tak ada jawapan untuk soalan ni..

    apapun.. di bulan Ramadhan yang mulia ni, semoga bisa menjernihkan mana yang jeruh.. mengukuhkan mana yang goyah.. Aaamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. situasi sama tapi dalam kasut yang berbeza. sebagai anak tiri, aku pun tak reti macamana nak komen.

      Delete