Tertunai

6
12:05 PM
"Telepon balik"

Ringkas pesanan yang aku dapat seringkas namanya iaitu khidmat pesanan ringkas, sebaik kembali duduk kat ofis minggu lalu, petang Jumaat. Entah kenapa pulak mak aku ni tiba-tiba suruh call. Selalu kalau nak bagitau petang tak payah beli apa-apa sebab dah masak, dia cuma hantar sms je. Takkan la rumah banjir sedangkan cuaca kat ofis aku ni panas berdenting, atau pun ada penyamun yang cuba bagi salam dari luar pagar rumah.

Kebetulan masa tu aku pun tengah pegang telefon bijak sambil membelek-belek barang apa yang baru dalam pasaran Hot Wheels dan jugak benda-benda diecast yang lain. Saje je suka-suka, bukan nak membeli sangat pun.

Lantas, secepat kilat dek kerana begitu utuhnya kasih sayang seorang anak terhadap ibunya, aku pun terus tekan ikon dail pada muka telefon bijak.

...balik JB, malam ni jugak?

...tapi stay Kluang dulu satu malam?

...Hospital Sultanah Aminah, esok paginya...?



Hmm, tanpa perancangan dan agak tergesa-gesa. Aku rasa sedikit berbelah-bahagi. Memandangkan budget yang semacam ketat seminggu dua ni sebab payment aku untuk kerja-kerja sejak awal tahun masih belum kunjung tiba. Isi dalam poket (dan baki akaun) pun rasanya cukup untuk menampung perbelanjaan sampai ke gaji nanti. Kos untuk minyak dan tol pun perlu jugak aku ambil kira.

Sama ada nak turutkan ajakan mak aku ni dan melepaskan temujanji kerja aku pada malamnya dan hari Ahad berikutnya, atau biarkan dia balik berdua dengan sepupu aku yang perempuan tu malam-malam. Memandu di atas lebuhraya...

Keputusannya...

"Ok, nanti la lepas isya' kita gerak. Kita ambik Farah kat rumah dia. Dah on the way nak masuk highway tu."

Perbualan tamat.


**********


"Pakcik Enal baru meninggal tadi pukul 11am."

Begitu teks yang terpapar dalam whatsapp group adik-beradik, dua hari lalu hampir waktu tengahari tapi cuma sempat aku baca selepas waktu berbuka...

Entah kenapa, tiba-tiba pulak aku rasa bersalah. Bersalah sebab seawal ajakan mak aku tempohari, terdetik sedikit rasa berbelah bahagi. Walau pun permintaannya itu aku dah tunaikan dengan sebaik mungkin.

Bila difikirkan balik, tak sepatutnya aku berkira-kira untuk terima ajakan itu atau tidak. Sebab yang membuat permintaan tu bukannya orang lain. Bukannya isteri, bukannya awek, bukannya bos kat tempat kerja dan bukannya jiran sebelah rumah, tapi mak aku...

Hmm, mujur permintaan dia untuk melawat arwah pakcik aku tu tertunai. Dan jugak mak aku dapat menemani makcik aku kat hospital selama empat malam. Kalau tak, mesti rasa bersalah ni akan dipaku dalam kepala hotak aku sampai bila-bila.

al-Fatihah...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments: