Kanser

6
2:53 PM
Jumaat, 15 Julai 2016, tengahari...

"Lepak makan dulu Botak, tak payah nak rushing sangat. Kalau tak nak pun, minum je. Aku pun lepas ni nak ambik anak aku kat sekolah." Pelawanya ketika kami sama-sama menuruni tangga dari pejabatnya, menuju ke kereta. Ajakan yang serba salah jugak aku nak tolak memandangkan bukan selalu dapat lepak sama. Dalam tahun ni rasanya ini adalah kali kedua aku datang ke pejabatnya. Premis tingkat satu sebaris dengan bengkel kereta dan hotel-hotel budget di pekan Temerloh.

Mengikut perkiraan awal, aku sepatutnya bertolak ke Kulai (Johor) selewat-lewatnya tengahari, dan masa tu pun aku masih lagi belum check-out dari hotel. Perjalanan melalui Bera, Jempol dan Tangkak melalui jalan lama mungkin mengambil masa sehingga 6 jam lamanya memandangkan aku jenis yang suka berhenti lama di satu-satu tempat sama ada untuk makan atau solat.

"Ok la, kat mana..." Kata aku sambil memberikan isyarat kepala, tanda setuju.

Sebuah warung berhampiran bank menjadi destinasi kami, tak jauh. Cuma berjarak dalam jangkauan balingan batu dari anak mata tangga terakhir.

Perbualan biasa kami, kebanyakannya berkisar tentang kerja yang sekarang sedang kami usahakan. Telah beberapa beberapa bulan tertangguh sejak musim kemarau yang melanda daerah Temerloh dan sekitarnya, sehingga la bulan Syawal. Seterusnya melarat ke topik keluarga dan...



"...tiap kali aku jumpa kau, memang aku perasan yang kau ni makin lama makin kurus. Kurus yang bukannya sebab banyak kerja ke apa. Tapi macam orang yang simpan penyakit. Kalau free sikit tu, pergi la check up kat mana-mana. Bukan apa, kadang-kadang penyakit ni datang senyap-senyap. Silent..."

Selesai dia menjamah nasi kukus, manakala aku pula cuma menghirup air oren botol. Enggan mengisi perut terlalu kenyang, supaya lebih selesa dengan pemanduan jarak jauh sebentar lagi. Perbualan bersambung beberapa minit sebelum kami berpisah tengahari itu. Dengan janji untuk terus berhubung melalui telefon, demi kelancaran kerja-kerja.

~~~~~

Jumaat, 5 Ogos 2016, pagi...

Perbualan telefon lebih kurang jam 10 pagi. "Kena siapkan jugak Botak, aku dah janji paling lewat 14hb ni aku nak bagi diorang. Sebab minggu depan hari Rabu (esok) aku nak warded dah, nak operate kat Hospital Selayang hari Jumaatnya..."

Bagaikan terlepas cakap, perkataan `pembedahan' itu yang membuatkan dahi aku berkerut dan sedikit berdebar menantikan pengakuan dia yang seterusnya. Tentang teki-teki yang selama ini tersimpan, tersembunyi...

"Doktor dah confirm, aku ada kanser hati. Aku pergi private kat KMC (Kuantan Medical Centre) tapi diorang tak boleh buat sebab pakar tak cukup. Kena ada team nak buat operation ni. Lagi pun benda tu dah besar..." sambungnya memberi pengakuan. "Kawan-kawan yang lain aku tak bagitau lagi. Cuma kat kau sorang je Botak. Tapi tunggu la, nanti aku bagitau diorang..."

"Seminggu lepas kita jumpa tu, aku pergi check kat Kuantan. Lepas tu ngam seminggu, hari Jumaat jugak dapat result. Doktor sana dah confirm dengan dapatkan tarikh ke Hospital Selayang..."

Terkedu.

Aku tak reti macamana nak teruskan perbualan telefon pagi tu. Perbualan yang sepatut berkenaan dengan kerja, tapi berkesudahan dengan satu berita yang tak pernah aku jangka. Malahan agak mustahil memandangkan dia langsung tak pernah menunjukkan sebarang simptom-simptom penyakit yang mampu menamatkan nyawa, selain daripada berat badan yang ketara susutnya.

Apa pun, esok hari Rabu. Aku dan yang lain-lain (jika dah diberitahu) pasti akan mendoakan segalanya akan berjalan dengan lancar. insya-Allah.

Hmm, seolah-olah sejak akhir-akhir ni hari Jumaat memberikan signifikasi yang tersendiri dalam kalendar tahun ini.

Allahu Akbar...

*Dia, pernah jadi housemate masa zaman belajar, selalu payung aku tengok bola kat stadium dan bukan sedikit tempoh yang pernah kami lalui.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. harap dia cepat sembuh. aminn ya rabb

    ReplyDelete
  2. kawan sekampung dan sepembelajaran ssaya baru sahaja meninggal dunia akibat kanser kemaluan hadapan ( ai sey... lupa pulak namanya ).

    tersentap juga emosi saya sekejap...

    ReplyDelete
  3. aduii..takziah la botak..harap member ko sembuh..aku dah rasa cam member ko tu rasa..sampai skg pon aku masih berulang onkologi tu buat susulan..harap member ko tak terlambat la..

    ReplyDelete
  4. baru teringat bro... kanser prostat...

    ReplyDelete
  5. Semoga dia baik-baik saja. Pembedahan lancar dan pulih seperti sediakala. Tuhan beri sakit sbg kifarah. Harus bersyukur dan harus tidak putus asa juga.

    Jaga diri.

    ReplyDelete
  6. takziah.. smoga segala urusan dipermudahkanNya..

    ReplyDelete