Hilang

6
2:27 PM
Berbicara tentang perasaan, adalah perkara yang ajaib apabila kita mampu terlahirkan rasa rindu terhadap `sesuatu' yang belum pernah kita kenal. Langsung tidak sama sekali pernah ditemui, atau pun jauh sekali disentuh untuk kita salurkan rasa kasih kita padanya. Ajaib bukan?

Sehinggakan kehadirannya yang belum pasti itu pun sudah mulai kita nantikan. Kita angankan bagaimana agaknya gerak laku dia di depan kita. Tawanya, tangisnya, keletah lucunya yang pasti sering membuat kita terhibur. Atau terjerat dengan marah tertahan. Kerana dia sudah mulai kita sayangi sejak sebelum kemunculannya lagi.

Tapi, sesekali sering juga kita terlupa akan kuasaNya.

Kita semua mampu merancang dengan segala macam aturan masa depan. Namun kemampuan kita hanya setakat itu sahaja.

Kerana, Tuhan itu Maha Berkuasa.

Terima kasih Allah, walau pun pinjaman itu masih belum diizinkan untuk dinikmati tapi angan-angan manis yang telah sempat dirasai itu juga satu kurnia.

Alhamdulillah...

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

6 comments:

  1. tersentuh hati baca coretan ni, kerana Allah belum meminjamkan zuriat buat saya. Tapi saya yakin, Allah lebih tau apa yg terbaik buat saya...buat kita, hamba-Nya. Aturan Allah tak pernah silap.

    ReplyDelete
  2. kita pilih untuk percaya yang baik-baik... kerana kita ini insan baik.

    ReplyDelete
  3. mcm cerita sama dengan si kembar aku je.

    aku nk bgtau ko, sungai bestari jaya naik air sikit. semua pakat dah letak jaring kat celah-celah sawit tu.

    ReplyDelete