Batas

4
12:41 AM
Seorang peguam didatangi oleh dua orang lelaki, adik beradik yang perbezaan umur mereka tidak begitu jauh.

Untuk berlaku adil dan memperolehi pandangan serta input yang sama, mereka bersetuju mendapatkan khidmat peguam yang sama bagi masalah yang mereka hadapi.

Perbalahan timbul apabila mereka berdua menerima tanah bendang yang diwasiatkan oleh bapa mereka, di mana petak sawah mereka itu terletak bersebelahan.

Maka atas semangat persaudaraan dan darah daging yang mengalir dalam urat-urat, mereka pun berebutlah akan siapa yang lebih berhak terhadap batas antara petak-petak sawah mereka itu. Si abang mendakwa dia yang lebih berhak kerana dia adalah saudara yang tua. Tetapi si adik pula mendakwa yang sebaliknya, di mana dia mengatakan dia lebih layak kerana arwah bapa mereka lebih kerap memberikan kepercayaan terutama dalam satu tugas penting kepadanya.

Setelah meneliti fakta-fakta dan auta-auta serupa fitnah di antara kedua-dua pihak, si peguam pun berfikir beberapa jenak sebelum bersetuju mewakili mereka seterusnya membawa kes ini ke mahkamah.

"Mengikut nilai pasaran terkini, berapakah harga tanah kamu berdua?" soal peguam memulakan bicara serius.

Continue reading →

4 nasihat berguna:

2 nasihat berguna:

Empat Dalam Satu Rabu

11
3:25 AM
SATU

Pernah tak korang ada kawan masa belajar dulu satu kelas. Kemudian bila tamat belajar, masing-masing bawak diri. Korang melangkah ke alam pekerjaan dengan kelayakan yang tak seberapa manakala dia pulak sambung belajar lagi.

Beberapa tahun kemudian, korang pun ambik keputusan nak sambung lagi pelajaran. Konon-kononnya sebab nak dapatkan kedudukan yang lebih baik dalam pekerjaan.

Tapi...

...tapi kawan korang yang sama kelas dulu sekarang ni pulak jadi pengajar.

Nah, macamana tu. Profesional la kan...


DUA

Dalam ofis aku sekarang kami kadang-kadang ada gunakan bahasa kiasan untuk menggambarkan kedudukan. struktur organisasi kakitangan dan jugak tugas-tugas yang dibuat. Gambaran yang paling tepat kami gunakan adalah sekolah!

Ya, sekolah...

Continue reading →

11 nasihat berguna:

Tentang Berak Atas Lopak, Aib Di Hadapan Tuhan Dan Breastfeeding Di Atas Pentas Dunia Sosial

6
1:33 AM
SATU

Pernah satu ketika dulu dalam kelas aku, bertanya seorang murid tu kepada ustaz tentang permasalahan aurat ketika bersolat. Masa tu darjah berapa entah, aku pun lupa. Tapi yang pasti masa tu aku dalam sekolah rendah. Dan soalan itu ditimbulkan semasa sekolah agama.

Memang menjadi lumrah ibu bapa di Johor sana menghantar anak masing-masing ke sekolah agama kelolaan kerajaan negeri pada sebelah petangnya.

Perkiraannya macam ni; kalau kau kebangsaan dalam darjah 3, kau akan dihantar dalam darjah 1 di sekolah agama. Tapi ada jugak ibu bapa yang hantar anak-anak diorang lebih awal sedikit. Kemudiannya, kalau kau tak lulus peperiksaan akhir tahun sekolah agama tu, kau tak layak naik kelas. Jadi, elok la kau belajar elok-elok kalau tak nak malu sebab terpaksa duduk sekelas dengan budak-budak yang dua atau tiga tahun lebih muda.

Hari tu, ustaz terangkan la apa yang membatalkan solat apabila pakaian yang kita pakai tak sempurna. Contohnya nampak bayang-bayang bentuk tubuh atau terdapatnya koyakan kecil sampai memperlihatkan anggota di bahagian dalam.

Tapi yang elok dan bagusnya, ada pulak murid yang cakap lebih kurang macam ni. "Ala, bukannya ada orang nampak ustaz. Batal jugak ke?"

Continue reading →

6 nasihat berguna:

Cikgu 2016

10
11:47 AM
Genap seminggu sesi persekolahan dibuka. Minggu awal sesi tahun 2016 yang membawa pelbagai cerita suka-duka dari segenap penjuru masyarakat. Bermula daripada permasalahan anak-anak yang mustahil merasai kaki disarung sepasang kasut baru, tentang sungutan pihak ibu bapa mengenai kepincangan sistem tadbiran yang dijalankan di sekolah, sehinggalah rungutan para guru tentang tugas hakiki yang mereka terpaksa galas kini semakin membebankan.

(Pergh, power jugak muqodimah aku ni.)

Biarkan itu semua kerana itu adalah asam-garam yang perlu ada untuk memeriahkan dunia sosial kita, menjadi bahan bicara ketika bersarapan pagi bersama rakan sekerja walau pun ada sesetengah isu itu tidak sepatutnya ditimbulkan, apatah lagi diambil peduli sedikit pun. Seperti mana marahnya ibu bapa terhadap para guru yang membiarkan anak-anak mereka duduk di atas dataran ketika waktu perhimpunan.

Bodoh!

Tolonglah jangan bebankan para guru dengan hal kasut sekolah anak-anak kalian yang comot ketika pulang dari sekolah, baju yang bersalut debu kesan dari duduk di atas permukaan tarmac selama 20 minit, atau pun mengadu akan mee goreng pedas yang disediakan di kantin sekolah.

Jangan jadi dungu sebegitu sekali.

Continue reading →

10 nasihat berguna: