Sedikit Ganjaran, Jaga Diri

10
2:45 AM
Lebih seminggu yang lalu...

Stesen minyak Petronas...

"Assalamu 'alaikum, pakcik..." terdengar suara perempuan yang tiba-tiba menegur aku dari belakang. Boleh tahan terkejut jugak walau pun suara tu bukan dalam nada menyergah. Ye la, tengah syok layan bau petrol yang keluar dari muncung nozzle sambil nyanyi lagu John Legend dalam hati, ada pulak orang panggil aku pakcik dari belakang.

"Wa 'alaikum salam. Haa, pakcik?" aku yang berwajah muda remaja ni dia panggil pakcik. Tengok je tarikh lahir dalam mykad macam dah berkurun, tapi jiwa masih kanak-kanak lagi tau. Atau pun pakaian aku ni yang melambangkan seorang lelaki usia lewat 60-an, tambahan pulak kalau dilihat dari belakang. "Ya, ada apa..." tanya aku.

Dengan sopan, budak perempuan yang aku kira pertengahan 20-an itu menerangkan, "Saya dari, bla bla bla dan bla bla bla. Nak mintak sumbangan untuk bla bla bla..." panjang jugak penerangan, aku agak mungkin lebih 100 patah perkataan. Yang mana tak sampai separuh pun aku faham sebab aku tengah sibuk tengok muka dia yang manis, sesekali selang beberapa saat melihat ke muncung nozzle, takut minyak melimpah pulak.

"Ha, ok la. Sekejap eh..." selesai memenuhkan petrol ke dalam tangki, aku seluk poket dan mengeluarkan wallet yang lebih banyak resit kedai serbaneka dan kad ATM berbanding duit kertas. Serius, aku tak tipu dalam wallet aku cuma ada tiga keping not merah dan beberapa keping not biru bernilai paling kecil.

Aku keluarkan dua keping not yang paling kecil dan terus hulurkan ke budak perempuan tu.

Continue reading →

10 nasihat berguna:

Persaudaraan Lelaki Selatan

4
11:50 PM
brotherhood

Jauh di selatan semenanjung sana, terceruk di daerah menuju ke pedalaman, mereka masih lagi mengikat diri masing-masing dengan semangat persaudaraan. Agar tiada lagi pengguna jalan (penunggang terutamanya) tergolek dan tercedera (atau ada yang mampus) disebabkan permukaan jalan (dan otak para autoriti) yang berlubang.

Aku bagi tahniah untuk mereka, dan 'tahi nah' untuk para autoriti. Kemain lama lagi lubang ni, sampaikan aku pun dah lupa sejak bila dia bersarang...

*Ini adalah jalan menuju ke kampung arwah atuk/nenek aku.

4 nasihat berguna:

Untuk Siti Aisyah

10
4:00 PM
"Esok kawan saya Siti Aisyah dah takde. Dia pindah balik kampung." kata Isha menukar hala tuju perbualan.

Aku sedikit keliru. "Kenapa dia pindah balik kampung?" tanya aku untuk mendapatkan jawapan.

"Mak dengan ayah dia bercerai. Dia balik kampung sekolah kat sana. Kampung dia jauh sikit kot." sedikit tersentak bila aku mendengarkan jawapan dari budak perempuan berusia 7 tahun ni.

"Awak tau ke apa maksud bercerai tu?" tanya aku. Dengan penuh yakin, dia pun menjawab, "Bercerai tu bila ayah Aisyah dah tak suka mak dia la..."

Dengan perasaan bercampur, aku tak tau nak tanya apa lagi dah. Tak sangka yang sesingkat itu usia persahabatan mereka, kurang dua bulan. Apa yang aku tau mereka berdua adalah kawan yang agak kamcing. Sama kelas dalam sekolah agama (pagi) dan sekolah kebangsaan. Cuma terpisah dengan tempat duduk je.

Dengan budak bernama Siti Aisyah ni la si Isha ni belajar membeli makanan kat kantin dan banyak pulak habiskan masa bersama. Pernah sekali aku nampak mereka berdua ni jalan saling memaut bahu masing-masing keluar dari kelas, sewaktu tamat sesi persekolahan hari tu. Sebelum berpisah, sempat pulak mereka berdua ni saling bersalam dan mencium tangan kedua-duanya.

Continue reading →

10 nasihat berguna:

Ola Abang Long Padil Bola

6
2:00 PM
muhammad ali knock out
(Gambar dari sini)

Situasi tegang dalam sebuah dewan (atau mungkin balairaya) antara sekumpulan penduduk kampung dengan pemaju yang mahu membeli bidang tanah milik penduduk kampung dengan harga terlalu murah.

Seorang makcik di belakang bangun, menjerit ke arah wakil pemaju dan suaminya yang sedang menandatanagni dokumen jual beli dan pertukaran hakmillik. Menyatakan rasa tidak puas hati, dia berkeras membantah dan meminta suaminya tidak menurunkan sebarang tandatangan.

Berang dengan bantahan makcik itu, seorang gangster upahan berbadan kerbau dengan parang di tangan tangkas meluru ke arah makcik dan menolak wanita itu hingga terjatuh. Parang diacukan ke leher makcik itu.

Orang ramai yang melihat menjerit ketakutan, begitu juga dengan makcik itu dan suaminya. Masing-masing merayu mohon dilepaskan sambil masih lagi meminta pemaju mempertimbangkan semula harga yang ditawarkan agar berbaloi dengan nilai semasa.

Gedegang!

Continue reading →

6 nasihat berguna:

Kerenah

6
1:13 AM
SATU

Ada kaitan dengan hal aurat dan aib yang perlu disembunyikan seperti mana isu breastfeeding di khalayak awam tempoh hari. Kadang-kadang aku terasa pelik jugak dengan sesetengah mereka ni, seolah dah menipis je tembok aib masing-masing. Terutama yang sesama berlainan jantina.

Bergurau tanpa batasan. Hal-hal waktu malam yang sengaja jadi bahan ketawa. Kalau sesama jantina itu mungkin boleh dimaafkan, tapi macamana kalau berlainan jantina. Seolah-olah perkara tu macam aktiviti makan roti canai je. Siap boleh gelak-gelak lagi.

Bukan itu je yang patutnya mesti disembunyikan. Tapi jugak objek yang ada kaitan dengan tempat-tempat sensitif.

Aku maksudkan pump. Ya, aku tau kau kena keluarkan susu mengikut jadual untuk dibuat stok untuk anak yang masih menyusu badan,  Tapi apa perlunya pump tu kau biarkan terdedah. Dem! Jangan sampai aku campak ke luar tingkap, terus jatuh masuk dalam tasik yang jaraknya tak habis peluh dari lobi bangunan pejabat aku ni.

Siot. Aku pulak yang naik segan.

Continue reading →

6 nasihat berguna: