Cendawan

9
7:24 PM
"Pernah tak dengar atau baca pasal pau cendawan kat pasar ramadhan Putrajaya tu. Ala, yang tengah viral sekarang ni la", dia memulakan bicara.

"Tak", jawab aku ringkas.

"Dia sebenarnya pau tapi bentuk macam cendawan, dalamnya ada inti cendawan dengan...... bla bla bla.... beratur... bla bla bla... pukul tiga.... zzzzz....", selebihnya aku tak dengar apa yang dia cakapkan. Langsung tak menarik minat aku berbanding pemanduan yang mesti aku beri lebih perhatian.

"Tak nak la, membazir masa, duit, tenaga... Jauhnya lagi satu hal. Benda-benda viral ni tak payah nak kejar sangat, mengarut je. Kat pasar ramadhan pulak tu". pantas aku memangkah dengan jawapan kuku besi sebaik dia habis membuat review ringkas. Review yang sebenarnya aku malas nak ambik port sangat.

"Kalau betul sedap atau dia ni berniaga bukan dalam bulan puasa je, kita cari la lepas raya karang..." tamat perbualan, sebelum disambung dengan topik sensasi yang lain.

Pada aku, boikot tetap boikot. Tak kira sesedap mana atau seluas mana viral yang tersebar tu, aku akan tetap teruskan boikot pasar ramadhan sampai bila-bila. Kenapa perlu bersusah-susah menyerahkan diri untuk ditipu dengan peniaga dan jugak gambaran viral yang kadang-kadang lebih indah rupa daripada rasa dan harga.

Continue reading →

9 nasihat berguna:

Luka

2
1:19 PM


Chicken Soup For The Soul
Jack Canfield, Mark Victor Hansen & Amy Newmark
mukasurat 258 & 259

Berulang kali aku baca bab yang satu ni, seolahnya aku membuka semula buku teks sejarah yang mencatatkan apa yang aku pernah lalui dahulu. Menyelak helaian demi helaian. Sampai akhirnya aku sendiri terlelap di depan monitor. Kemudian bila kembali teringat di kemudian harinya, cepat pulak aku mencapai kembali buku yang sedia aku letak atas meja. Sengaja aku susun buku-buku kat office ni di dalam jangkauan tangan supaya mudah aku capai dan susun semula, bila-bila masa.

Sepertinya juga mukasurat yang kerap aku ulang baca ni menjelma menjadi kepingan cermin satah, daripada cetakan-cetakan aksara bersaiz 11 (atau mungkin lebih sedikit).

Sangat-sangat reflek dengan pengalaman aku.

Continue reading →

2 nasihat berguna:

Tertunai

6
12:05 PM
"Telepon balik"

Ringkas pesanan yang aku dapat seringkas namanya iaitu khidmat pesanan ringkas, sebaik kembali duduk kat ofis minggu lalu, petang Jumaat. Entah kenapa pulak mak aku ni tiba-tiba suruh call. Selalu kalau nak bagitau petang tak payah beli apa-apa sebab dah masak, dia cuma hantar sms je. Takkan la rumah banjir sedangkan cuaca kat ofis aku ni panas berdenting, atau pun ada penyamun yang cuba bagi salam dari luar pagar rumah.

Kebetulan masa tu aku pun tengah pegang telefon bijak sambil membelek-belek barang apa yang baru dalam pasaran Hot Wheels dan jugak benda-benda diecast yang lain. Saje je suka-suka, bukan nak membeli sangat pun.

Lantas, secepat kilat dek kerana begitu utuhnya kasih sayang seorang anak terhadap ibunya, aku pun terus tekan ikon dail pada muka telefon bijak.

...balik JB, malam ni jugak?

...tapi stay Kluang dulu satu malam?

...Hospital Sultanah Aminah, esok paginya...?

Continue reading →

6 nasihat berguna:

4

2
11:45 AM
Aku kadang-kadang malas nak masuk kedai buku lama-lama bukannya apa, sebab pernah mata aku ada penyakit mudah tertarik dengan cover buku yang dipamerkan de bahagian depan. Daripada lalu depan pintu, entah macamana tiba-tiba je aku dah ada kat dalam kedai. Tangan mulus aku pulak membelek-belek helai demi helai.

Kalau dah berkenan mungkin ambil masa lebih 5 minit semata-mata nak pastikan adakah berbaloi aku keluarkan duit dari dalam wallet untuk ditukar dengan sesuatu buku tu.

Dah beberapa kali berlaku. Keburukannya, bila dah sampai rumah dan baca beberapa bab awal baru la aku sedar yang buku tu bukan daripada jenis yang aku minat. Dan kesudahannya akan ambil masa lama untuk dihabiskan, atau paling teruk langsung terbengkalai.


Dalam sebulan ada 4 minggu kan, jadi kalau kekal istiqamah sepanjang bulan Ramadhan ni, tak mustahil aku dapat setelkan 4 judul buku ni sekaligus. Satu pencapaian terhebat aku sepanjang hayat.

Continue reading →

2 nasihat berguna:

Berseri

4
9:51 AM
Sejak beberapa ketika aku dah berhajat nak beritahu perkara ni. Tapi sama ada aku terlupa bila ada peluang atau bibir munggil aku yang agak keberatan nak mengeluarkan bunyi-bunyian lisan.

Kalau tak silap, sejak dua pertemuan sebelumnya lagi aku dah perasan sesuatu yang agak ketara pada dia ni. Jadi, tengahari tu aku kuatkan jugak semangat untuk bertanya yang aku kira hari itu adalah masa yang paling sesuai memandangkan cuaca yang tak terlalu panas dan tidak pula hujan.

Selesai mencuci tangan dan kembali ke meja di bawah teduhan kanopi berukuran 10'x10' itu, aku pun mula berbicara.

"Eh, aku tanya ni kau jangan marah tau." Tersengih aku menunjukkan lapisan bibir yang secantik kuntuman bunga kemboja, dihiasi tahi lalat di bahagian bawah kiri.

"Tanya apa?" Soal dia. Penuh dengan nada suspen, suasana tiba-tiba menjadi redup. Matahari yang tadinya memancar cahaya malasnya kini langsung semakin tidak bermaya. Terus sahaja jaluran cahaya itu dibenam oleh gumpalan asap di antara kami.

"Tapi janji jangan marah!" Sekali lagi aku memberikan amaran, berserta layangan kad kuning ke udara.

Continue reading →

4 nasihat berguna: