Terpencil...

11
2:33 PM
Genap seminggu.

Sebenarnya aku tak bercadang pun nak ceritakan apa yang ada kat sini, memandangkan tak banyak gambar yang aku sempat tangkap. Ye la, dah nama pun tak rancang nak ceritakan kat kalian, buat apa aku nak snap gambar banyak-banyak.

Cuma aku rasa, kalian perlu tahu akan kewujudan tempat ni.

Sebab apa? Sebab aku ni jenis yang tak kedekut nak berkongsi kegembiraan. Hehehee...

Pernah dengar Gunung Pulai? Mungkin tak pernah kalau kalian bukan kelahiran/rakyat Johor terutamanya dari Kulai atau sekitarnya. Sebabnya gunung ni terletak lebih kurang bersempadanan antara daerah Kulai dengan Pontian. Kedudukannya pun berada antara Pekan Nenas dengan Kulai, lebih kurang sama.

Continue reading →

11 nasihat berguna:

Selagi Masih Ada...

3
2:17 AM
Roti canai yang pada asalnya 20 keping di atas meja, kini mungkin tinggal kurang 10 keping. Kuah dhal dan sambal masih juga berbaki. Ditambah lagi dengan dua buku roti gardenia dan kuah durian. Meja hampir penuh, namun masih terdapat ruang untuk aku merehatkan siku.

"Ha, ambik la lagi. Kang sampai tengahari tak habis. Bak kata orang, makan je selagi boleh..."

Fuh, dasat. Nak habiskan semua ni. Aku kalau sarapan roti kosong paling banyak pun 3 keping je, tu pun kalau betul-betul sedap atau saiznya yang lebih kecil/nipis sedikit daripada biasa.

"Nanti jadi macam kawan aku, umur baru 31 tahun tapi dah ada gout. Silap makan sikit je mula la jalan pun kaki dah dengkot-dengkot," sambungnya lagi.

Ermm, lain macam pulak sifir kita bila tiba bab makan. Pada aku, kalau amalkan teori "makan selagi boleh' ni, bukan ke akan jadi penyebab kita akan tiba ke satu keadaan "sekarang nak makan apa pun tak boleh"....

Entah la, sebab aku pun bukan jenis yang jaga makan sangat.

3 nasihat berguna:

What Will He Do...

2
1:37 AM
Petang.

Di dalam barisan pembayaran di pasaraya Giant. Aku adalah orang kedua yang beratur di belakang seorang wanita yang selayaknya aku panggil kakak bersama seorang anak perempuan dalam lingkungan umur awal sekolah rendah (mungkin). Melalui tutur laku kakak ini dan juga cara pemakaian mereka berdua, jelas aku dapat menelah bahawa mereka ini bukanlah dari golongan bawahan atau pertengahan seperti aku (?).

Tiba waktu pembayaran seusai semua barangannya diimbas,  dia yang mulanya tenang tiba-tiba kelihatan sedikit panik. Habis segenap ceruk beg tangan dan dompet digeledah. Tercari-cari wang tunai untuk melunaskan jumlah harga beberapa jenis sayur. Mungkin juga untuk dibuat juadah makan malam sebentar lagi.

Aku yang dari tadi beratur dah mula rasa tak selesa.

Continue reading →

2 nasihat berguna: