Terpencil...

11
2:33 PM
Genap seminggu.

Sebenarnya aku tak bercadang pun nak ceritakan apa yang ada kat sini, memandangkan tak banyak gambar yang aku sempat tangkap. Ye la, dah nama pun tak rancang nak ceritakan kat kalian, buat apa aku nak snap gambar banyak-banyak.

Cuma aku rasa, kalian perlu tahu akan kewujudan tempat ni.

Sebab apa? Sebab aku ni jenis yang tak kedekut nak berkongsi kegembiraan. Hehehee...

Pernah dengar Gunung Pulai? Mungkin tak pernah kalau kalian bukan kelahiran/rakyat Johor terutamanya dari Kulai atau sekitarnya. Sebabnya gunung ni terletak lebih kurang bersempadanan antara daerah Kulai dengan Pontian. Kedudukannya pun berada antara Pekan Nenas dengan Kulai, lebih kurang sama.



Ha, kat sini ada air terjun yang aku rasa berbaloi untuk kalian pergi. Dan tambah elok dan bernas kalau dapat luangkan masa bermalam juga.

Dan kenapa aku kata air terjun ni berbaloi? Ah, korang tengok la sendiri. Aku malas nak cerita banyak...










Macamana nak ke sana? Tengok lagi lokasi kat bawah ni...


Boleh faham tak?

Senang je. Belok kiri kat simpang empat tu (kalau kalian dari arah Plaza Tol Kulai, Lebuhraya Utara-Selatan). Kemudian selepas masjid, terus belok kanan. Kalian akan lalu dua buah jambatan. Sebaik je lepas jambatan kedua tu, belok kiri. Landmark adalah D'Cabin Chalet. Syok jugak bermalam kat sini.

Apa yang ada kat chalet ni? Biasa la... Barbeku sampai tengah malam, mandi sungai yang sebenarnya adalah dari air terjun yang sama, ronda-ronda naik basikal yang diberikan percuma 2 buah setiap bilik atau paling rajin boleh naik "buggy" keliling kampung yang diuruskan oleh koperasi kampung ni.

Nak ke air terjun tu kalian kena jalan kaki menggunakan denai antara anak sungai dengan kebun buah kat belakang kawasan chalet tu.

Takut redah hutan? Lupakan, elok kalian baring depan tv je la. Takut pacat? Hmm, pergi pindah ke planet lain. Kalau kalian tak kisah dengan tu semua, kalian memang berhak menikmati air terjun yang jarang orang pergi kecuali budak-budak kampung situ je.

Syok walau pun air yang paling dalam cuma separas lutut je. Dan heaven bagi yang suka ambik gambar.

Sekian.

*Kebetulan, sekarang musim buah. Jadi sempat la aku keluarkan skill kokak buah durian kat sini. Free je, memang tokey chalet ni bagi. Cuma sayang, buah manggis dan langsat masih belum masak.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

11 comments:

  1. tiba tiba rasa rindu nak bersendirian di tepi jeram seperti selalu masa belum disibukkan dengan rumahtangga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beberapa minggu lepas saya sempat melepak kat pantai tanjung asam, penang. cantik jugak tempat tu. macam tersorok sikit berbanding batu ferringhi.

      Delete
  2. dah 2-3kali gak pegi gunung ni naik smpai atas. Sebelum pergi excited, tgh2 jalan mcm nk give up. kah! tapi mcm tak serik. nak pergi jugak lagi.

    tapi baru tau ada chalet yg menarik kt situ. blh try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok apa, aku sendiri pun tak pernah sampai atas lagi. tau pun sebab ada yang tunjuk.

      Delete
  3. aku kalau nampak air je mula rasa nak ngail je botak..ada potensi ikan tak kat situ?..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. potensi tipis! paling dalam pun lebih kurang paras lutut... tapi kalau rajin boleh la tracking susur turun sungai ni lalu kebun sawit sampai ke kawasan estet.

      Delete
  4. masa belajar dulu kat sana aku ada singgah sana sekali.

    konon nak mandi manda tapi masa tu tengah renovation ke apa aku tak pasti.

    last2 tak jadi aku dengan bdk kelas mandi manda situ, kitorang terus ja tukar plan g sagil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni nampak dh cantik, terasa jeles pulak.

      uhuhu.

      Delete
    2. air terjun yang biasa orang datang kat sini dulu pernah tutup sementara, tapi yang tempat aku ni tak pasti pulak.

      ya, memang tujuan nak bagi kalian jeles pun. hehee...

      Delete
  5. uishh boleh pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dialu-alukan. tak sebesar atau secantik tempat lain. tapi ok kalau suka tempat tak ramai orang.

      Delete