What Will He Do...

2
1:37 AM
Petang.

Di dalam barisan pembayaran di pasaraya Giant. Aku adalah orang kedua yang beratur di belakang seorang wanita yang selayaknya aku panggil kakak bersama seorang anak perempuan dalam lingkungan umur awal sekolah rendah (mungkin). Melalui tutur laku kakak ini dan juga cara pemakaian mereka berdua, jelas aku dapat menelah bahawa mereka ini bukanlah dari golongan bawahan atau pertengahan seperti aku (?).

Tiba waktu pembayaran seusai semua barangannya diimbas,  dia yang mulanya tenang tiba-tiba kelihatan sedikit panik. Habis segenap ceruk beg tangan dan dompet digeledah. Tercari-cari wang tunai untuk melunaskan jumlah harga beberapa jenis sayur. Mungkin juga untuk dibuat juadah makan malam sebentar lagi.

Aku yang dari tadi beratur dah mula rasa tak selesa.


Entah apa kejadahnya yang tak kena dengan akak ni. Dasar perempuan. Beratur nak ambik lauk lembap, nak isi minyak kat stesen minyak terhegeh-hegeh, tiba kat kaunter Giant pun tetap jugak nak memperlahankan kehidupan orang lain.

Sekilas aku melihat jam tangan, rasanya dah lebih 5 minit sejak aku mula beratur. Satu tempoh masa yang dirasakan sangat panjang memandangkan aku ada komitmen lain yang memerlukan aku sampai tepat pada masanya. Arghh, hati aku dah mula berasap. Sengaja aku mempamerkan bahasa badan seakan-akan memarahi akak itu sambil merenung ke muka dia.

Sambil tercari-cari, akak tu mula membebel kecil dengan anaknya. Memarahi mungkin anak itu yang bermain-main dengan beg dia sebentar tadi sehinggakan tercicir wang tunai yang sepatutnya digunakan untuk membayar.

Akhirnya, kakak itu mengalah setelah puas mencari. Membatalkan pembayaran dan berlalu pergi bersama anaknya. Yes! Aku menang. Tempoh masa beberapa minit yang dia bazirkan petang tu betul-betul dah bagi efek dengan perancangan aku petang tu...

*****

Beberapa hari berselang.

Menjalankan rutin hidup yang normal seperti selalunya.

Tapi semacam ada yang tak kena sejak peristiwa di Giant tempoh hari. Sedikit rasa bersalah mula hinggap sebaik aku sampai ke rumah. Langsung mengingatkan aku akan seseorang yang biasa aku baca kisah beliau menolong orang. Tak kira siapa, bila-bila masa dan dalam apa situasi sekali pun. Dan kadang-kadang kisah yang dia kongsikan itu sedikit memberikan inspirasi kepada aku.

Agaknya, kalau la dia ada di tempat aku, apa yang akan dia lakukan...

*****

Genap 13 bulan sejak kali terakhir aku menaip di sini. Selamat kembali untuk diri sendiri... Assalamu alaikum.

About the author

Donec non enim in turpis pulvinar facilisis. Ut felis. Praesent dapibus, neque id cursus faucibus. Aenean fermentum, eget tincidunt.

2 comments:

  1. perasaan bersalah itu satu pertanda yang baik menunjukkan hati tuan masih lembut.

    dan saya pun perasan bila singgah ke blog tuan, seperti tak ada update. ingatkan tuan dah gantung papankekunci atau saya yang tak dapat memahami setting blog tuan sebab lain macam sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. keinginan untuk bercerita dah tak macam dulu, walau pun bahan cerita tu sentiasa ada.

      Delete